BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 5, 2007

Ujian di Penghujung Syawal...


Alahai... banyak betul ujian yang diberikan kepada aku sejak dua menjak ni. Bukan nak mengeluh,merungut, marah atau sedih cuma sedikit `lelah' untuk menghadapinya.

Bermula dengan belakang kereta aku dicium, walaupun sekadar tercalar, aku dah mula rasa tak sedap hati. Dan gerak hati aku yang resah ternyata memberi petunjuk ada lagi ujian lagi besar menanti.

Boboy (gelaran pada kereta yang merangkap buah hati aku) menjadi mangsa aktiviti tak berhati perut manusia yang inginkan hak orang lain dengan mudah namun kejam.

Ceriteranya bermula apabila Ujie ajak aku minum dekat Sup Meletup pada malam Sabtu lepas (2/11/07).Ikutkan,aku agak keberatan untuk mengiyakan pelawaan kawanku itu sementelah perut aku telah pun diisi penuh semasa majlis hari raya anjuran unit pengarang Utusan.

Memikirkan tiada sesiapa pun di rumah pada malam itu dan aku tak ingin keseorangan, aku pun dari pejabat terus ambil Ujie dan singgah di tempat yang dirancang kira-kira pukul 9.30 malam. Di sebabkan di depan kedai makan tu penuh, aku parking di sebelah jalan, bersisikan Apartment Cemara. Lagipun, bukannya aku tak pernah parking kat situ.

Borak punya borak, jam menginjak 11.00 malam. Ujie ajak aku balik. Sampai jer kat kereta, aku terus ke sebelah pemandu dan sebaik saja aku buka pintu, Ujie panggil aku. Dengan tak rasa apa-apa, aku ke sebelah sana dan...

"Boboy kena pecah la ika..." Dan aku pun tak terkata apa-apa. Aku jenguk ke dalam kereta melalui cermin tingkap belakang sebelah kiri yang dah berderai.

"Beg aku dah kena kebas la..." kata aku. Masa tu juga baru aku teringat yang kedua telefon kesayangan aku ada dalam beg tu... Dan apa lagi, mati kutula aku. Nak telefon sapa, semua nombor ada dalam tu.

Akhirnya, aku mesej mama, minta nombor telefon angah. Mujur masa aku telefon angah, dia tak balik ke rumahnya di Balakong lagi. Dalam 15 minit macam tu, angah sampai dengan Cik Kerry, kawan dia yang badan beso tu. Dah ambil gambar apa yang patut, angah bawa balik Boboy ke opis dia.

Ingatkan dah settle masalah tu. rupanya, tak juga. Kunci rumah aku pun lesap sekali dalam kejadian tu. Selamat masa aku sampai kat rumah, housemate aku tak tido lagi. Fuh... kalu tak, ada la yang tido kat luar atau masjid....

Next day, pepagi lagi, aku dah terpacak kat kedai kunci. Aku buat kunci baru tapi hampeh.. satu kunci tu tak leh guna la pulak... Dalam pukul 10.30, Angah sampai kat umah aku dan mujur aku ada kat bawah apartment aku, nak telefon dia.

"Cermin keta dah settle. tak tinted je lagi," aku anggukkan saja. Yelah.. Tinted tu, lain kali ajerlah. Then, aku hantar angah kat Ukay Perdana...

Adoi... lelah aku. Sampai jer kat opis. terus aku buat kerja apa yang patut dan sepantas boleh. Mujur hari tu hari Sabtu, kena buat translation ruangan antarabangsa jer. Dalam pukul 3.00, aku tepon Angah dan suruh aku call Izah, awek dia, temankan aku pergi Maxis Center.

Aku keluar opis dalam pukul 4.00 ptg, terus ambil Izah kat UM then ke Maxis Center kat KlCC. Punya la seksa cari parking.. last-last dapat juga. Masuk kat MXC, ramai la orang beratur. ehm... Dalam kul 5.45, baru aku dapat balik sim card baru. Barula rasa `bernyawa' sikit. Ingat nak beli handset baru, modal tak beberapa best lak. So, Izah pinjamkan aku handset dia.. kira cincai la sebab tengah darurat ni...

Balik tu, baru singgah buat laporan polis. Mulanya aku maleh nak buat tapi kakak kesayangan aku, Kak Najibah suruh juga aku buat. then kawan aku, Shahrul pun suruh aku buat. Dan aku pun pergila buat.... Kat Balai polis Salak Selatan. Tak pasal-pasal, aku masuk balai.. walaupun cuma nak buat laporan.. (ni kena mandi bunga ni...:) )

Alahai... dah settle, aku pun bawa la si minah tu gi makan. Dan masa tu, baru aku sedar aku dah mula fobia. Jantung aku ni... dup dap.. dup dap jer masa makan tu. Kesiankan kat aku... :(

Balik jer rumah, aku tak leh tidur langsung walaupun dah nak dekat 24 jam benda tu jadi. Terbayang-bayang Boboy yang menjadi mangsa... terkedu aku apabila kedua telefon aku kena kebas..

Ehm, bak kata kak Najibah, jangan fikir sangat benda yang dah hilang... sebab tuhan nak gantikan dengan yang lebih baik... Dan yang lagi penting, benda tu dah bukan rezeki kita... Dalam hati, aku anggukan saja sebab dah jelas betul kata dia..

Itulah ciretera aku...


Yang lawaknya...


  • Ujie yang terduduk masa tengok Boboy yang kena pecah... Aku??? tah, boleh cool gile masa tu.

  • Masa angah sampai jer kat crime scene, aku terus ajak Ujie gi tandas. Tak tahan dah. Dah jumpa tandas, kunci la pula. Terpaksa aku guna tandas lelaki...

  • Selamat aku simpan paper kat dalam kereta. Aku dapat nombor telefon opis dari paper tu dan terus aku tepon. Megat Lutfi yang jadi OC malam tu... Megat.. TQ!!!

  • Cuma tiga nombor jer yang aku teringat nak minta masa tu... Kak Jibah, Abang Zamri dan Su.

  • Orang pertama yang aku call selepas angah adalah Abang Zamri. Sebab apa? Jangan tanya sebab aku pun tak ada jawapannya....

  • Beg yang hilang tu, actually aku dapat jer.. Dan bukannya ada apa sangat pun. Kalau tak salah aku, selain telefon, yang ada daalm beg tu ialah barangan make up, CD A Walk to Remeber (Bib, nanti aku ganti balik tau...) dan buku perubatan serta ubat yang aku baru ambil... Ehm, aku ingatkan... pencuri tu mesti menyesal gila... tak balik modal pun dia curi beg aku tu... kah.. kah..!!!!

He... he.... Betulla orang cakap.. dalam duka, pasti terselit suka... Dalam bencana, pasti tersembunyi hikmah.... Jadi, selagi kita bertenang, selagi kita redha.. Insya Allah, yang berat akan jadi mudah dan yang kusut akan terungkai...

:)



0 comments: