BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 6, 2007

Walimatus urus punya chegita


LEGA... tu ja yang Cheq dapat habaq lepas empat hari bercuti panjang. Kih.. Kih.. tak plan pun nak cuti panjang sampai macam tu tapi memandangkan angah pun cuti dan kenduri mamu Yab pada 1 Disember, Cheq pun balik la Kulim. Lagipun, Cheq rasa, Cheq dah penat sangat gheja... Jadi, tak salahla kalau Cheq ambik cuti panjang sikit.


Nak chegita mai pasai kenduri sepupu Cheq ni. Bukanla nak kondem atau apa tapi banyak yang tak syok jadinya masa kenduri tu. Paling haru, ghamai yang kecik hati dan marah kat mami Cheq ni.

Tahla.. tak tau nak masuk belah sesapa tapi sebagai anak mami, Cheq rasa tak salah kalau acara kawen kita mengikut adat selepas mendahulukan agama. Ehm.. adat ni bagi Cheq, pemanis agama, pengukuh bangsa. Kalau agama tak bersatu dengan adat, banyak yang pincangnya.

Tula yang terjadi masa kawen anak mamu Cheq ni. Cheq rasa, pengantin ni mesti rasa rugi seumur hidup sebab tak buat apa yang selalu anak-anak mami buat masa kawen. Oi... meriah tau dengan adat berinai, acara buka pelamin, makan beradat dan banyak lagi. Tambah pula, dia cucu sulung, pembuka majlis....

Tu yang Cheq dok berchegita sesama kami anak beranak.... Kalau Cheq kawen nanti, kalau diizinkan Allah, Cheq nak buat semua tu... Biaq oghang ingat sampai bila-bila meriahnya majlis kita. Lagipun, cheq percaya, kawen ni hanya sekali seumur hidup. Dan kalau kita kawen untuk kali kedua atau kali ke berapa pun, tak akan sama dengan majlis pertama kita.

Yang best, Cheq dah start berangan macam mana kenduri Cheq nanti... Cuma yang tak terangan, si mapley... kih.. kih...

Dalam pada tu... sempat la juga Cheq test skill ambik gambaq oghang kawen.. Best la juga. Gambaq.. bolehla tahan walaupun ada beberapa keping yang terblur.. He.. he.. art la tu konon-konon...

0 comments: