BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 18, 2008

Kuasa seorang sahabat..

' Berapa sahabat yang hang ada????' Soalan ni pernah ditanya oleh seorang kawan Cheq lama dulu dan sampai Cheq habaq kat dia.... tak lebih dari lima oghang. Dia terkejut dan kata, `awat hang tak ramai kawan ka?' Cheq geleng jer..' Tapi kawan Cheq memang la ramai.. yang kenai lagi la ramai..." balas Cheq selamba.

Cheq memang tak ramai sahabat dan hakikatnya, memang Cheq tak pandai nak kawan ramai-ramai... Bagi Cheq, biarlah berjuta kawan tapi bersahabat, biarlah yang sanggup sehidup semati, yang sama-sama boleh ketawa dan menangis....

Dan semalam, Cheq dapat lihat kuasa seorang sahabat sejati. Dan sampai ke detik ini, Cheq betul betul rasa dirahmati kerana Cheq dikurniakan beberapa sahabat yang mampu memahami isi hati Cheq tanpa ada istilah penghakiman...

Semalam.. Cheq seharian di Shah Alam ngan mek Aleeya.. Temankan dia shooting untuk cover katalog buku Alaf 21.... Ingatkan teman je tapi tak sangak terpaksa jadi PA dia... kih.. kih... Well, syok jugak Cheq rasa kerja ni.. mana tau sok, sok Cheq boleh tukaq bidang kan..

Well, alhamdulilah.. semuanya berjalan lancar. Shooting kat Taman Tasik Shah Alam. Dengan dua krew alaf yang tak habis-habis buat lawak dan ditambah dengan jojie, si penata rias Aleeya hari tu, semuanya gamat....

Dah habis shooting, Cheq singgah jumpa sahabat Cheq...Shah.. Adoi.. rindu betul Cheq kat dia dua tiga hari ni... dan semalam, terlampias jugakla.. Selamat tak peluk dia.. kih.. kih...

Dan apa yang paling penting, yang Cheq nak habaq mai ialah apa yang Cheq dan Aleeya kongsi masa perjalanan balik ke KL... And, thank's God for the jammed and the rain...

Segala apa yang terpendam dalam hati kami, terluah puas. Berchegita panjang Cheq dan dia pasai macam-macam, termasuklah hai berkenaan masa depan kami. Dan bila Cheq luahkan apa yang bergelodak dalam hati ni, Cheq lega betui sebab Aleeya faham...

Dan sungguh, berkongsi tu amat melegakan terutamanya bila bercakap ngan sahabat yang amat memahami.


Dan apa yang dialami membuatkan Cheq faham seba apa oghang tua-tua kata kawan tu cerminan peribadi kita.... dan benda ni jugak buat Cheq sedaq kenapa ramai oghang sanggup buat apa saja daripada kehilangan kawan dan sahabat...

Pada Aleeya... hanya ungkapan terima kasih saja yang mampu Cheq titipkan...

0 comments: