BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 24, 2009

TAk pernah sangka....................

Sunday, January 25, 2004

Puisi yang diadaptasi daripada novel Kasihku Abadi.

Pintaku padamu Tuhan
dikurniakan hati secekal Iwana
suami penyayang seperti Risyam
putera yang bijak seperti Rayyan
puteri yang patuh seperti Rania

Lalu
ku sujud padamu Ya Rahman
dijauhkan daripada
manusia keji seperti Haiqal
cintanya yang tidak pernah kekal
dugaan hebat kepada Risyam
hanya yang merasai akan faham
godaan syaitan kepada Wana
akibat perbuatan syirik manusia
penderitaan hebat seperti Kartini
gelombang hidup seperti Hadi

Apakah kita masih tidak bersyukur dengan pemberianNya?
ujian ditimpa, apakah balasan dosa didunia?
dan
apabila bermulanya kekeliruan
antara hati dan badan
tengoklah dengan mata
lihatlah dengan hati
renunglah dengan akal
dan fikirkanlah dengan iman
Insya' Allah
yang tersurat akan terserlah
dan yang tersirat akan terbentang

sherrina,
25 Januari 2004, 3.45 am

p/S: tak pernah Cheq sangka... ada puisi yang dititipkan untuk novel pertama Cheq.. Kasihku Abadi... Dalam hati.. tuhan saja yang tahu tahu.... pada penulisnya.. terima kasih Cheq ucapkan terima kasih..

1 comments:

Unknown said...

cite 2 m'mang sdh dan m'bwa 1000 mkna yg harus difahami bahawa cinta xada tkr gantu