BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 22, 2010

Lagi.........

Salam....

Saya lanjutkan lagi kisah saya di bumi barakah ini...

Entah bagaimana hendak saya gambarkan suasan di Mekah, saya sendiri tidak pasti. Hiruk pikuk kenderaan bersama ratusa ( malah mungkin ribuan) jemaah yang bertali arus  di jalanan membuatkan ada ketikanya saya rimas sendiri.

Apa yang saya gambarkan kota mekah ini di dalam kotak fikiran saya, nyata jauh meleset. Boleh saya andaikan, kota ini tak ubah seperti di Bukit Bintang. Cuba membayangkan, Masjidil Haram itu letaknya di tengah-tengah Bukit Bintang... itulah yang saya rasa.

Dengan pesatnya kerajaan Saudi membangunkan dan menaik tarafkan hotel serta meluaskan jalan, saya kematian kata. Di mana-mana saja, hotel dibangunkan. Hinggakan hanya kuranghampir 10 meter dari perkarangan utama Masjidil Haram, Hotel mewah didirikan. ( entah mahu mengatakan subhanallah atau astafirullahalazim.... lihat sendiri... hakimi sendiri...)  Tak dapat tidak, hotel amat diperlukan. amat penting terutama apabila tibanya musim haji atau Ramadan.. namun, pada perkiraan saya, janganlah dibina hingga ke hadapan pintu masjid. Kan tak molek begitu... Malah, pembinaan Clock Tower yang betul-betul mengadap Masjidil Haram dari arah timur membuatkan saya berimiginasi sendiri... membayangkan bunyi loceng jam itu bersenada dengan azan.... ehmmmmmmmmm..  entah mana satu yang akan lebih mendominasi.... alahai... tunggu dan lihat sajalah.... 

Jalan raya utama yang tidak pernah sunyi dari kesesakan lalulintas.... Gara-gara semua pusat komersial ( di kiri kanan jalan) bertumpu di jalan utama ini...

Pembinaan Clock Tower yang makin berpenghujung. Ketika hari terakhir saya di sini, jam gergasi ini telah siap dipasang dengan sempurna. ( gambar ini diambil pada hari kedua tiba di Mekah)

Mekah alMukaramah yang berlatar belakangkan pembangunan pesat. Kren-kren dibelakang itu adalah untuk projek pembinaan hotel di belakang Masjidil Haram yang terletak kurang hampir 10-15 meter...

Yang saya bimbangkan, bandar ini akan menjadi bandar atau pusat pelancongan ibadah... seperti yang berlaku di Mumbai dan China. Orang melancong sambil melawat kuil dan tokong....

Ada yang bertanya, menangis tak apabila melihat pertama kali masjidil haram dan kaabah? Aduh.. sulit benar untuk saya menjawabnya....  terus terang ( ini saya sendiri ya..) pertama kali melihat masjidil haram dan kaadah... saya tidak menangis.. cuma terbit rasa kagum... tiada perasaan terharu atau sayu.... mungkin persekitaran dan waktu yang berkejaran ketika kami sampai, membuatkan saya berperasaan begitu....

Dan seperti kata orang-orang lama.. tak kenal.. tak cinta. Begitulah saya... Setelah masuk hari kedua, dan saya ingat lagi, selepas Asar...( yang kebetulan, Allah memberi izin kepada saya bersolat di dalam Hijir Ismail) saya menagis sepuas-puasnya apabila melihat kaabah... sungguh... perasaan sayu itu tiba di kala itu. benar-benar mengadap Kaabah... ketika itu, hati saya dipasak hiba yang amat sangat... mengingatkan timbunan amanah Allah yang saya olang olengkan... himpunan dosa yang saya lewati sejak diberi akal membezakan antara benar dan salah, saya hiba sendiri....

Apa pun.... banyak cerita yang saya titip sepanjang di bumi ini yang memberi pengajaran dan ada masanya, ia menjelmakan sikap dan perangai saya sendiri... Yang boleh saya katakan... Subhanallah...

Dan saya sambungkan nanti ya....... :)

p/s: saya menerima khabar berita gembira... dan insya allah, sedikit masa lagi, akan saya kongsikan dengan anda semua yang masih sudi menjengah blog ini....

0 comments: