BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 30, 2010

Jengok Jengok : Takkan Pernah Jauh.....2...

“Janganlah manja sangat,” kritikku apabila Shah mengadu tak larat hendak meneruskan latihan senamannya. Annie yang berada di satu sudut, sedang melakukan beberapa pergerakkan, sekadar memandang. Latihan yang ditetapkan hari ini, kebanyakkann bertumpu pada memulihkan kekuatan tangan, terutamanya jemari.  “Mana ada saya manja. Saya betul-betul tak larat Dyba,” katanya. Bola tenis yang dipegangnya, segera aku ambil. Ada kesungguhan dalam suaranya itu.
“Yelah. Berhentilah dulu. Awak nak air ke?” tanyaku namun ditolak Shah.
“Saya nak rehat sekejap saja. Awak pun letih saya tengok. Awak okay?” tanyanya. Aku tersenyum.
“Bukan buat apa pun. Saya okay saja,” balasku. Jemarinya aku capai lalu aku gengam erat. Dan tidak aku sangka, Shah membalas gengaman itu. Pantas aku mendongak memandangnya.
“Awak dah boleh gengam, Shah,” ucapku. Ya Allah.. kalau ikutkan hati...
“Tapi tak semua jari saya boleh gerak,” katanya perlahan. Aku pandang wajahnya dalam dalam. Herotan pada bahagian mulutnya dah hampir hilang akibat rawatan akupuntur. Dan hari ini, satu lagi keajaiban berlaku.
“Tak apa... tak apa,” kataku melawan sebak gembira. Cepat saja tanganku hinggap di bahunya lalu diusap lembut.
“Kan Annie cakap, benda ni, on going proses. Biar sedikit, tapi ada hasil. Tengok ni, kan dah makin baik. Kalau awak sabar sikit lagi, Insya Allah, awak akan pulih, Shah,” bahunya terus aku usap.
“Tapi saya takkan jadi macam dulu lagi walaupun...” pantas saja aku menggeleng, menafikan kata-katanya itu.
“Itu tak penting. Sekarang ni, saya nak awak sembuh. Boleh berjalan. Jadi balik macam dulu atau tidak, biar Allah saja yang tentukan,” tukasku. Aku lihat Shah menarik nafas panjang sebelum menghela dengan berat.
“Kenapa awak susahkan diri kerana saya, Dyba?” tanyanya dengan matanya memandang tepat ke dalam mataku. Aku sekadar angakt kedua bahuku.
“Kalau dulu awak sanggup lakukan apa saja untuk saya, kebahagiaan saya.. mengapa sekarang saya tidak?”


DARI kejauhan, Wairin sekadar memandang. Hatinya berkocak dengan pelbagai perasaan. Entahlah, hendak dikatakan cemburu, tidak pula dia marah melihat Dyba dan Shah berdua begitu.
Namun, hatinya langsung tak dapat ditenangkan. Puas dia memujuk hati. Puas sudah dia cuba merelakan pekara silam itu untuk hilang dari ingatannya. Namun segalanya semakin mencengkam jiwanya.
“I tahu, you masih ada hati dengan Shah kan???” kata-kata itu seolah menghantuinya. Benarkah...???
“Tanya balik hati you Wairin. Jangan tipu diri you sendiri. Selagi you macam ni, selama itulah you menyakitkan banyak hati,” dia tersandar dengan kata-kata Fazril itu.
“I akui... you tak happy hidup dengan I... Jangan nak nafikan perkara tu Wairin...” pangkas Fazril pantas tatkala Wairin mahu membuka mulut.
“Tapi itu tak bermakna I akan biarkan you terus mengharap sesuatu yang tak mungkin menjadi milik you. I tahu perasaan you... mimpi you tapi Shah bukan jodoh you, Wairin,” terhenyak dia dengan kata-kata suaminya itu.........


- bersambung..................

2 comments:

Anonymous said...

Sedang mencari novel ni.. tapi setakat ni belum jumpa lg..

Shanika Latisha said...

Salam... nnt akan dikhabarkan andai dh berada di pasaran...