BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 22, 2010

Terima kasih... komen 1

Takkan Pernah Jauh - Shanika Latisya - Alaf21

Pergilah ke mana mahumu, namun takdir menyatukan kita...

"Kita bagaikan mentari dan bulan... berjauhan, tetapi saling memerlukan."

` TPJ ni mengisahkan Dyba yang terjumpa sepasang bayi kembar dan atas rasa tanggungjawab, dia sanggup nak pelihara bayi kembar tu dan dia minta best friend dia *ye ke bestfriend :)* tolong sama-sama jaga bayi kembar ni..bukan dok sekali ek...harap maklum...Shah ni pun dia sanggup nak tolong Dyba sebab derang ni memang rapat n dah lama jadi bestfriend...*tapi macam sebenarnya masing-masing suka sama suka tapi tak nak declare cuma nak declare jadi bestfriend aje*..disebabkan tanggungjawab pada bayi kembar ni, derang berdua dah tak berapa nak join kawan-kawan derang yang lain..dah tak join Fazril, Wairin & Neesa...kawan-kawan derang tertanya-tanya tapi semua persoalan dibiarkan tergantung tanpa jawapan yang tepat. Mula-mula emua ok tetapi tetiba jadi tak ok bila sesuatu berlaku antara Dyba dan keluarganya...apa dia ek? *baca sendiri la ek :D *

` TPJ agak berbeza dengan novel alaf yang biasa-biasa..pada aku yang baca semua novel dari majority penerbit novel, aku rasa selalunya alaf suka buat cerita remaja dan dewasa tapi TPJ ni cerita tentang remaja pada zaman-zaman study kat U atau kolej + dewasa yang umurnya 40+...tabik la pada Shanika sebab dia ni masih muda remaja tapi leh buat citer dewasa yang bukan dewasa biasa-biasa 30++ tu tapi yang 40++..jalan cerita dia mudah: mula-mula masa kini (kembar tu dah dewasa) pastu flashback balik masa kembar tu baby..tapi ada gak selit-selit time kembar tu baby, time Dyba ada problem dan lain-lain la tapi takde la susah nak faham tapi kalau korang baca lompat-lompat memang la tak faham kan...so, baca ikut kronologi ek...

` Moral of the story..

1. Cuba lah menerima kenyataan walaupun ia pahit untuk ditelan...

2. Fikir dahulu sebelum kita nak buat sesuatu perkara tu kerana kalau kita dah buat, kita takleh nak undur walaupun mungkin kita ada sedikit rasa menyesal kerana telah melakukan perkara tu...

3. Luahkan la perasaan anda..jangan pendamkan..orang tak tahu kita suka kat dia kalau kita tak bagitau...

4. Kalau 'dia' dah pilih orang lain dan orang lain tu adalah kawan atau sahabat kita, jangan la kita berdendam...

5. Jangan buat sebarang kesimpulan tanpa kita dengar apa-apa penjelasan..dengar dulu baru buat kesimpulan...

6. Jodoh di tangan ALLAH s.w.t..kalau telah ditakdirkan yang dia itu jodoh kita, larilah jauh mana pun, terpisah la lama mana pun, kita tetap akan bertemu juga tapi kalau dah ALLAH s.w.t takdirkan yang dia tu bukan jodoh kita, kita rapat macam mana pun tetap akan terpisah....

` Untuk penulis...teruskan menulis...maaf kalau komen-komen ni menyinggung hati dan perasaan...oh, ya...paling suka masa majlis akad nikah Shah & Dyba...rasa macam touching sangat sebab akhirnya mereka bersatu juga...jodoh kan...

p/s: terima kasih pada Adhan @ dunia-novel.blogspot.com

0 comments: