BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 30, 2010

Jengok Jengok : Takkan Pernah Jauh.....2...

“Janganlah manja sangat,” kritikku apabila Shah mengadu tak larat hendak meneruskan latihan senamannya. Annie yang berada di satu sudut, sedang melakukan beberapa pergerakkan, sekadar memandang. Latihan yang ditetapkan hari ini, kebanyakkann bertumpu pada memulihkan kekuatan tangan, terutamanya jemari.  “Mana ada saya manja. Saya betul-betul tak larat Dyba,” katanya. Bola tenis yang dipegangnya, segera aku ambil. Ada kesungguhan dalam suaranya itu.
“Yelah. Berhentilah dulu. Awak nak air ke?” tanyaku namun ditolak Shah.
“Saya nak rehat sekejap saja. Awak pun letih saya tengok. Awak okay?” tanyanya. Aku tersenyum.
“Bukan buat apa pun. Saya okay saja,” balasku. Jemarinya aku capai lalu aku gengam erat. Dan tidak aku sangka, Shah membalas gengaman itu. Pantas aku mendongak memandangnya.
“Awak dah boleh gengam, Shah,” ucapku. Ya Allah.. kalau ikutkan hati...
“Tapi tak semua jari saya boleh gerak,” katanya perlahan. Aku pandang wajahnya dalam dalam. Herotan pada bahagian mulutnya dah hampir hilang akibat rawatan akupuntur. Dan hari ini, satu lagi keajaiban berlaku.
“Tak apa... tak apa,” kataku melawan sebak gembira. Cepat saja tanganku hinggap di bahunya lalu diusap lembut.
“Kan Annie cakap, benda ni, on going proses. Biar sedikit, tapi ada hasil. Tengok ni, kan dah makin baik. Kalau awak sabar sikit lagi, Insya Allah, awak akan pulih, Shah,” bahunya terus aku usap.
“Tapi saya takkan jadi macam dulu lagi walaupun...” pantas saja aku menggeleng, menafikan kata-katanya itu.
“Itu tak penting. Sekarang ni, saya nak awak sembuh. Boleh berjalan. Jadi balik macam dulu atau tidak, biar Allah saja yang tentukan,” tukasku. Aku lihat Shah menarik nafas panjang sebelum menghela dengan berat.
“Kenapa awak susahkan diri kerana saya, Dyba?” tanyanya dengan matanya memandang tepat ke dalam mataku. Aku sekadar angakt kedua bahuku.
“Kalau dulu awak sanggup lakukan apa saja untuk saya, kebahagiaan saya.. mengapa sekarang saya tidak?”


DARI kejauhan, Wairin sekadar memandang. Hatinya berkocak dengan pelbagai perasaan. Entahlah, hendak dikatakan cemburu, tidak pula dia marah melihat Dyba dan Shah berdua begitu.
Namun, hatinya langsung tak dapat ditenangkan. Puas dia memujuk hati. Puas sudah dia cuba merelakan pekara silam itu untuk hilang dari ingatannya. Namun segalanya semakin mencengkam jiwanya.
“I tahu, you masih ada hati dengan Shah kan???” kata-kata itu seolah menghantuinya. Benarkah...???
“Tanya balik hati you Wairin. Jangan tipu diri you sendiri. Selagi you macam ni, selama itulah you menyakitkan banyak hati,” dia tersandar dengan kata-kata Fazril itu.
“I akui... you tak happy hidup dengan I... Jangan nak nafikan perkara tu Wairin...” pangkas Fazril pantas tatkala Wairin mahu membuka mulut.
“Tapi itu tak bermakna I akan biarkan you terus mengharap sesuatu yang tak mungkin menjadi milik you. I tahu perasaan you... mimpi you tapi Shah bukan jodoh you, Wairin,” terhenyak dia dengan kata-kata suaminya itu.........


- bersambung..................

Monday, August 23, 2010

nice surprise from Germany....

Selepas lebih 15 tahun saya akhirnya berjumpa dengannya. Saya langsunga tak sangka, akan berjumpa lagi dengannya. Dulu, kami taklah rapat walapun pernah sekelas. Almaklumlah, saya ni pemalu sikit pada zaman persekolahan. dia pula, memang popular. Tak kira di kelas, asrama atau padang, nama dia memang orang tahu, dirinya memang ramai yang kenal.

Dan masa terus berlalu. selepas PMR, masing-masing kami membawa diri. dan hinggalah lewat beberapa bulan lalu, kami berjumpa kembali di alam FB ( salah satu sebab saya menyukai FB.. dia berjaya menemukan saya dengan rakan lama. itu tak boleh saya nafikan..)

Tup tup pagi ini, dia telefon saya.... jom jumpa dekat Damansara sementelajh dia ada beberapa urusan dokumentasi berkaitan suaminya...

Em... akhirnya... saya bertentang mata dengannya. dan sungguh, dia tak pernah berubah.

Dan 15 tahun yang tertinggal, kami cuba catch up dengan waktu yang amat singkat... dia dah kahwin dengan lelaki Jerman ( it's really nice to met you mr. Sarip... ha..ha..) dah anak dua.. sepasang... ( ralat tak dapat jumpa anak dia yg cute tu...) dan maca -macam lagi yang kami bercerita.... anyway.... it's really... realy... nice surprise for me... especially on monday morning...)

Ops... lupa nak kenalkan... dia yang saya maksudkan... Mydatul Faraheeza... hik..hik...



Well Farah.. just wait for the next surprise ok....

Thursday, August 19, 2010

Jengok Jengok : Takkan Pernah Jauh.....

Dan paling penting, aku  takut aku tidak kuat untuk melihat wajahnya. Antara lebam di pipi dan dahi serta keputusan aku menerima tawaran dengan sebuah majalah antarabangsa, aku terperangkap sendiri dengan perasaan halus yang semakin kuat bemain tali dalam hati dan mindaku.


Aku cuba mengelak berjumpa dengannya semenjak aku dibelasah oleh Yasser di kawasan pejabat Tuan Razak beberapa hari lepas namun kerinduan aku terhadap Hafiy dan Khalel membuat aku tak bermaya.  Dan sudah aku jangka, wajahnya keruh memandang di bahagian mukaku itu. 

Wajah itu juga membuatkan apa yang akan aku lakukan selepas ini, makin nekad. Dan Cuma menzahirkan melalui perkataan, aku kalah sendiri. Justeru, pilihan membisukan saja apa yang akan berlaku selepas itu., aku ambil walaupun aku tahu ia akan melukan hati lelaki tulus di depanku ini.
            “Dyba?”
            Aku lepas nafas....


... (bersambung...)

Tuesday, August 17, 2010

Hotel vs baza ramadan

Salam...

Kejap saja masa berlalu... ramadan tahun ni, ramadan yang ke 5 saya di tempat kerja tercinta... banyak cerita dan kenangan yang tercipta di sini.

Ingat masa 2 tahun pertama, tiap kali tiba ramadan, maka berderatlah jemputan berbuka puasa dari hotel, kementerian atau syarikat koporat... Yummy.. makanan memang best....
Siap senaraikan lagi hotel mana nak pergi hari apa... Jadi, sepanjang bulan puasa, memang kami naik turun hotel je lah ...( macam bagus je kan makan kat hotel....) nak kata jimat.. tak pun sebab duit habis dekat parking.... ( almaklumlah..parking hotel.. tahu jelah harganya....)

Masuk tahun ke 3, saya dah kurang. entah mengapa, saya seolah jemu dengan makanan di hotel... Justeru.. berbuka di rumah menjadi pilihan...

Bukan saja selesa, solat maghrib pun tak terkejar-kejar.Jemaah terawih pun dh tak tertinggal-tinggal lagi...

Tapi sejak ada rumah sendiri... memang saya dah tak pandang berbuka di luar dah... Cuma kalau dah tak ada pilihan sangat-sangat, baru saya berbuka di luar. ( itu pun atas arahan mandatori bos...)

Dengan isu-isu masih banyak hotel yang tak ada sijil halal, kaki saya makin berat nak menjengah ke sana.  Dengan sesak lalu lintas... dengan berebut nak cari parking... memang letih... Saya rasa, saya dah tak kuasa langsung nak terjerumus lagi dalam `kegilaan' tersebut.

Justeru... setelah masuk tahun kedua berpuasa di rumah sendiri, dengan kerja macam saya ni, bazar ramadan menjadi mangsa tetap saya... Saya pilih yang dekat-dekat saja... Bazar ramadan Tasik Permasuri ( ada tiga) Sungai besi, tak pun.... dekat Ampang..( ni kalu rajin terlebih...)

Bazar ramadan ni pun berhantu jugak.. hi.hih... bukan apa... memang rambang mata... macam semua nak dimakan... semuanya sedap.. Bayangkan panjang gerai menjual  nak dekat 1 km... macam macam adaaaaaa...

Huh..huh... tahun lepas.. memang terbabas jugak la kalu membeli di baza ramadan ni...  Tapi tahun ni sampai puasa hari ni, alhamdulilah... belum lagi terbabas dengan pembaziran... kik..kik... 

Yang penting.. bila saya nak masak ek.............. hik..hik..

Thursday, August 12, 2010

RAMADAN.... datang lagi...

Nama saya SYA'BAN..saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu RAMADHAN akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi besama isterinya iaitu REZEKI & kedua-dua anakya iaitu SAHUR & IFTAR!! mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu RAHMAT,BARAKAT & KEAMPUNAN!!mereka akan pulang selpas 30 hari dengan menaiki pesawat EID AIRLINES ......Hargai mereka & anda akn mendapat berkat!! Insya'ALLAH... AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN..

 Saya senyum-senyum membaca utusan ini yang tertampal cantik di entry FB seorang kawan lama... Ya... dah masuk hari kedua Ramdan dan Alhamdulilah... saya tidak pernah lelah menjalani ibadat yang satu ini... Secara peribadi, saya amat menyukai puasa... tidak kira puasa sunat atau wajib.. memang saya suka berpuasa...

Suka berpuasa ini bukan hanya disebabkan keberkatan yang amat banyak di dalamnya, tetapi, elemen kesihatan dan pembersihan jiwa yang sarat terkandung di dalam setiap hari berpuasa.

Macam encek German saya cakap... Dear.. fasting is more about what you can think... it's abaout religion, soul, health and spiritual... ehm... i wish i can fasting and feel all the experiences.. so i can grab all the goodness behind it..."  

Apa pun, saya mengharapk rahmah dan berkat Ramadan ini... Moga-moga saya dipanjangkan umur , disihatkan tubuh dan dipermudahkan urusan untuk saya menjalani ibadah ini... bukan untuk saya saja.. malah untuk semua....

p/s: Dear Encek german... macam mana puasa hari ini??? :)

Tuesday, August 3, 2010

Yang tertinggal.... world cup....

Salam...

Dah saya ceritakan.. dah saya kongsikan sedikit sebanyak mengenai perjalanan dan pengalaman saya di bumi barakah tersebut.

Kalau nak diceritakan, memang banyak. Cerita saya dan Dhiya melilau mencari beg tambahan gara-gara membeli belah, saya yang mula kemaruk memakai dan mencari jubah ( subhanallah... memang rambang mata melihat jubah-jubah yang dijual di sana... yang saya tak boleh lupa... lalu je kedai jubah... gelap je... ha..ha.. dah jubah tu gelap.. yang masuk kedai pun pakai baju gelap...) cerita `bertawaf ' di Masjid Nabawi mencari pintu As Salam (sementelah mutawif tak terang dan memberitahu di mana arah pintu tersebut berada.. terima kasih pada kak Nor kerana menunjukkan), cerita gua Hira` dan tongkat serta laluan yang berjaya membuatkan saya kecut perut tapi masih control macho.... aduh... saya lelah sendiri dalam keriangan mengingati memori di sana...

 Tapi yang paling saya tak boleh berhenti ketawa dan tersenyum... mengenangkan kerja gila yang saya buat dengan Kak Ros... ha.... ha... 
Semua maklum, sebelum dan semasa saya di Mekah... World Cup memang tengah panas. Malah, semasa penerbangan ke Bahrain ke Jeddah, sempat kapten memberitahu keputusan perlawanan antara German vs Argentina... apa lagi... bersorak sakanlah saya (dalam hati...) bila German menang waktu tu..

Berbalik cerita ketika di Mekah.... sebaik saja pulang dari menunaikan umrah, tiba di lobi, yang kebetulan saya dan Kak Ros bersama waktu tu, hairan dengan riuh rendah dan ramai pak-pak Arab serta pekerja hotel berkumpul di tempat tv. Saya tanyakan pada seorang pak arab tu... game dengan sapa... dia cakap German dengan Espanyol.... apa lagi... dari berdiri di tepi tiang... siap dapat tempat duduk lagi... ( selamat ada pekerja hotel, pak arab tu baik hati tarik satu kerusi panjang untuk saya dan kak Ros)  Yang kelakarnya, hanya saya dan Kak Ros perempuan... ehm.. tak dapat nak nolong la ek kalu dah kaki bola...

Suasana.... baik semi final.. mahupun final... memang riuh rendah... ingatkan pak arab ni kureng minatkan bola.. tapi masya allah... boleh runtuh hotel tu bila diorang ni menjerit.... kami berdua ( saya dan kak ros.. aku pandang kau.. kau pandang aku... bersorak pun ala-ala sopan... almaklumlah... kami dua ni je lain jantina) ehm... memang tak nafikan yang diorang ni kasar... tapi tebal dengan sifat gentleman nya... umpamanya masa final, dah siap-siap mereka sediakan kerusi untuk kami berdua dengan posisi yang cukup menarik...(sebab saya dan kak Ros dah kata dengan pekerja hotel tu akan datang tengok final dan ada sorang pak arab tu beriya-iya suruh saya datang masa final)

Apa pun, itu antara memori paling indah sepanjang berada di Mekah... Rezeki Allah pada saya... sebab saya dah tawakal je... kalau tak dapat tengok semi final ngan final World Cup... rupanya... ehm.. lebih pula yang saya dapat walaupun hanya menonton dari televisyen 30 inci..... bukan flat skrin pun...

Bila saya bercerita dekat `buah hati' saya, Encek German tentang saya menonton bola di Mekah.... dia terkejut ( Saya membayangkan dia menggeleng panjang dengan cerita.. saya itu) As he said to me... "well dear, i know how much you love the match...... but next time... please dear.... at least have more women with you okay...." 
Nasib baiklah dia tahu benar yang saya ni suka menonton bola.. peminat german... hi...hi... encek german... thank you for understanding ya...

Apa pun, keletah Kak Nor, Kak Ros dan Fitri.. memang melekat kejap di dalam jiwa saya.... ehm.. apa lagi ya yang belum saya kongsikan dengan kalian.... ehmmmmmmmmmmmm....