BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 2, 2011

IDIOTS

Saya bukanlah pengejar filem baru setiap kali ditayangkan. Sebab itu, ada filem yang selepas beberapa bulan habis di pawagam atau bertahun kemudiannya, baru saya tonton.
Itulah yang terjadi dengan filem 3 IDIOTS.

Untuk rekod, masuk hari ni, dah empat kali saya tontong filem itu tanpa gagal di saluran Fiesta, Astro... Senang. Tak payah beli cd atau beratur beli tiket wayang.


4 kali... rasanya, filem nilah paling banyak saya ulang dalam 3 hari. maknanya:
Saya suka filem itu

Filem ini banyak mengajar saya erti persahabatan ( hinggakan saya terfikir, ada tak dikalangan senarai kawan saya yang akan mencari dan mengingati saya seperti Raju danFarhan serta Pia *tak lupa juga MM dan Chatur*

Lagu dalam filem ni buatkan hari saya ceria... dan maksudnya, mampu membuatkan hati saya tersentuh.

Saya ketawa tak henti-henti dengan kenakalan dan sinis jawapan Amir Khan..
Apa lagi???? saya kena tengok lagi nampaknya....

p/s: pesan Rancho.... lakukan sesuatu kerana minat dan buatnya dengan cemerlang. Kejayaan akan datang kemudian....

0 comments: