BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 5, 2011

Aryana Balqis...

Salam..
Masih bercerita tentang Ramadan.
Kali ini tentang terawih saya dua malam lalu.
Saya dah nampak budak perempuan ni berjalan dengan ayahnya sejak turun dari lif lagi. Comel dia memakai teleking kanak-kanak dengan bunga berwarna pink. Tiba di surau, ayahnya sekadar meninggalkan dia di depan pintu surau sambil berpesan sesuatu. Saya sekadar memerhati dan menuju ke tempat wudhu. Tak sedar saya, tup tup, dia berdiri di sebelah saya. Dan bila saya mula mengambil air sembahyang, dia mula meniru. Dalam hati, alahai... kesiannya. Lantas saya menyuruh dia membuka dulu telekungnya. Tapi dia macam terpinga-pinga. Dan waktu itu, baru saya teringat. Budak itu berkomunikasi hanya dalam English dan bahasa Cina sementelah anak kacukan (antara apa dengan apa kacuknya, saya kurang periksa). Itu yang saya dengar apabila mereka dua beranak bercakap dalam lif pada awal tadi.
Jadi, saya pun menerangkan padanya dalam BI. step by step how to take wudhu. ha..ha...
Lepas dah ambik wudhu.. terkial-kial pula memakai telekung. Pun saya bantu.
Bila menunggu azan dilaungkan, dia beritahu saya. 'This is my first time at this kind of place," Saya cuma tersenyum sebab ketika itu azan sedang dilaungkan.
Usai azan, dia berkata lagi. I never wear this cloth (yang merujuk kepada telekung yang dipakainya,' saya katakan padanya, you look cute in this robe. And God must love you wearing this cloth," dia tersengih-sengih.
Dan selepas itu, bermulalah soal jawabnya. Dan ayat yang paling saya tak boleh lupa ialah... Kakak.. what is going on?' tanyanya apabila ada yang bersolat sunat, berselawat sebelum memulakan terawih.. dan sebagainya. Ehm.. jenuh jugak la saya nak jelaskan. satu, sebab umurnya masih muda. Tak lebih lapan tahun agakan saya. kedua, saya bimbang, words yang saya gunakan untuk menerangkan mengenai perbuatan dalam solat, disalah erti.
Dan apa yang membuatkan saya kagum dengan anak kecil ini, dia tak merunggut sekali pun walaupun dalam surau itu agak panas dan telekungnya asyik kena betulkan. Dan tak pernah tanya, lama lagi ke nak habis...
Dia bersolat dengan tekun ( walaupun mengikut orang kiri kananya dalam melakukan perbuatan, walaupun dia bergerak ke kanan ke kiri mungkin lenguh berdiri sewaktu ayat Al -Quran dibacakan dalam solat dan membetulkan cermin mata berbingkai putih yang dipakainya, walaupun ke surau seorang diri kerana ibunya bekerja)
Dan paling hebat, dia tekun sehingga witir.

Dan itulah Aryana Balqis, Si Comel yang saya jumpa dan harap akan terus jumpa. Moga hatinya suci, putih dan telus itu terus dijaga oleh Allah...

0 comments: