BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 23, 2008

melaka... here we come....

Mulanya...

"Jom g Seremban,"
"Ehm... alang alang dah ke Seremban, baik shoot terus gi Melaka.... Gempak sikit,"
"Sapa Nak drive?"
"Aku tak pandai auto. So, baik naik keta aku je. Nanti Shah boleh ganti,"
"Set,"










Dan Ahad lepas, Cheq, Shah, Lin dan Amar pun menjelajah bumi Melaka. Hampeh.. macam tak pernah pi sana tapi memang best. Yang bestnyer Cheq rasa, sebab pi dengan bebudak ni... Adoi.. ada je la benda lawak yang depa ni buat. Yang Cheq, as usual, senang menjadi photografer... so, nasib la kan kalu gambaq-gambaq candid tu diambik....

Disebabkan Cheq ngan Shah teringin nak makan asam pedas Melaka, so kami pun lunch la kat satu restoran ni... Not bad la... Cheq masih terbayangkan asam pedas kat Muar hari tu... pergh..

Then.. kami pi la Banda Hilir... Berpusing macam nak rak.... Ehm... macam bebudak ikut rombongan sekolah.. semuanya gila nak bergambo...

Epilog...
"Amar.. perut aku sakit la... Ni mesti pasal makan durian kat umah ko..." jerit Mazlina esoknya...
"Kalau you all nak tau, I memang nak naik sangat sangant menara tu tapi tak per la...."Kata Shah macam nak menangis...
"Adoi... macam tak larat je nak pi keja esok..." Cheq mengadoi...
"Lin.. nasi goreng tadak la... aku tak dan nak masak..." Amar membela diri.....

Friday, July 11, 2008

Syaitan Merah II


Hik.. hik.. akhirnya, komik yang paling menarik minat Cheq sejak dulu, difilemkan untuk kali keduanya.... yesza... apa lagi kalu tak Hellboy II: The Golden Army.... Pergh, Cheq pi dengan geng Kelab Sepi ( ni semua gar-gara filem Sepi... Coi...)

Tak plan.. dan selalunya benda yang tak plan ni la yang jadi... Itulah yang jadi masa nak p tengok filem ni... Lin selaku presiden, mengwar-warkan aktiviti untuk minggu ni iaitu tengok wayang.. Dia roger Cheq masa Cheq tengah assigment kat UPM... Cheq iyakan ajelah... padahal tak tau lagi nak tengok citer apa...

Dan semalam, Cheq pun balik awal la dari opis... Dan pukul 8.30 malam, Cheq, Lin, Izah dan Saiful pun dah tercegat kat Berjaya Time Square.. La ni, tempat ni dah jadi fvrt Cheq nak tengok wayang... sebab... tak ramai...

Disebabkan itulah.. kami dapat tiket Hellboy walaupun 10 Julai tu adalah hari tayangan pertama di wayang.. Pergh.. penuh panggung...

Citer dia... superb... dan memang superb dan superb..... Cheq bagi 4 dari 5 bintang.. Effect, storylines, skrip... memang best... dan lagi kelakar..... kui.. kui...


Ehm.. tak tau la Cheq pasai apa yang Cheq suka sangat ngan budak setan ni.. kelakar ngan selamba dia kot... Anyway... citer dia memang superb.. Wa... nak p tengok lagi...

Saturday, June 28, 2008

GANU-2

EMPAT DARA PINGGITAN....


ACARA TEKA KASUT SAPA PALING CUN...


JOM CARI BILIK... JANGAN SESAT LA PULAK...


ANTARA PEMANDANGAN YANG MENAKJUBKAN.. MENYAMANKAN MATA SERTA MENDAMAIKAN HATI...


LAGI PEMANDANGAN YANG MENDAMAIKAN JIWA...


AYAQ KELAPA MUDA.. PERGH.. SEDAP OOO...

Tuesday, June 24, 2008

Ganu.. redang terindah-1

Pergh... sejak balik dari Sabah lepas, Cheq memang tak dan nak rehat langsung.... belambak betui gheja. Dan bagai bulan jatuh kat atas riba, Kak Jibah ajak Cheq pi redang. Ehm.. apa lagi, cukup time dan masa, Cheq bungkus baju, terus g Redang. Yang lagi best, ainul ngan diana dari grafik pun ikut sekali.... Shah pun memula nak ikut tapi ada kekangan... so, kami pi berempat je la..

Trip kami tak ubah macam kami datang, jajah dan takluk. Mana taknyer... masa kat Mozana Resort, cuma geng kami je yang ada kat situ.... Then yang lagi lawak... perjalanan kami menaiki bot ke pulau ni, Cheq rasa macam dalam adegan menyeludup orang... Ye la... bermula dengan feri, kemudian tukar naik tongkang dan last sekali bot laju.. sebijik mcm cerita gerak khas... Adoi...


So, ni sedikit paparan gambar masa kami kat sana...



Ni lah kengkawan Cheq yang sama-sama pi Ganu... Pergh.. Geng ni memang gempak... Ni kat Maritim Park. NAk tau best ke tak, kena mai sendhigi dan snorkeling..baru hampa tau best ke tak..







Di kala senja (cewah..) kredit kat Ainul yg ambik gambaq ni.. nampak tak kat background??? Memang gempak time ni.... ngan angin yang berbisik lembut...adoi... boleh lena....




Waktu pagi di Mozana Resort... Pergh.. shahdu beb... gambaq ni ambik dalam pukui 7 pagi... dah agak lewat tapi still masyuk untuk ambik gambaq....



Monday, June 16, 2008

Tinggal kenangan....

Malam Rabu lepas (11/Jun/2008) tatkala Cheq sedang bersiap untuk berlepas ke Terangganu, mak jang Cheq yang tak pernah-pernah tepon Cheq....tepon Cheq.
"Kakak...mak jang nak bagitahu ni.. mak su dah tak ada..." cheq yang time tu tengah angkat beg ke dalam kereta... terus terberhenti.
"Innalilah...." ucap Cheq lepas sedetik dan masa tu jugak, wajah mak su yang last sekali Cheq jumpa kira-kira 2 minggu lepas, terbayang.
"Pak su nak bawa balik jenazah ke Sepang. Kakak nak ikut sekali ke?" tanya mak jang. Cheq pandang beg-beg yang bersusun dalam kereta.
"Mak jang, kakak on the way ke Terangganu ni," Cheq terus terang dengan mak jang.

Cheq tepon mama lepas tu dan bagitau kat dia..." Pi ja la. Dah gheja..." kata mama sekali gus memberi keputusan buat Cheq yang dalam dilema.

Dan sepanjang perjalanan ke Terangganu, langsung Cheq tak boleh tidoq. Bukan teringatkan sangat mak su tapi sesekali bayangan wajah dan kenangan bersama dengan yang hadir, secara tidak langsung mengeraskan mata Cheq dari terlena.

Buat Mak su.. damailah kau di sana dalam mengadap yang Maha Pencipta. Dalam kekuatanmu melawan penyakit kanser buah dada... akhirnya kau tewas dalam pelukan kasih sayang suami dan anak-anakmu. Mak su... moga kau sentiasa dalam kerahmatan Allah...

Al Fatihah....