BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 16, 2008

Sahabat....

Mulanya....
"Aku rasa tak sedap hatilah..."
"Apsal?"
"Tahla.. aku rasa macam aku ada buat salah je kat semua orang.."
"Pulak..."
"Tulah.. Paling ngeri, bila aku pandang je muka kengkawan aku, aku rasa aku banyak sangat buat salah kat diorang..."
"Ler..."

Sahabat Cheq yang seorang itu memang Cheq kenal sebagai seorang yang garang.... Tapi memang Cheq sayangkan dia sebab, dalam banyak-banyak kawan dan sahabat, dialah yang paling jujur.... Dan bila dia tegur tu... walaupun dengan suara tinggi.. Cheq tahu, dia buat sebab dia sayangkan kengkawan dia...Dan kerana sahabat Cheq yang seorang itulah.... Cheq mula kenal dengan salah satu kelemahan dalam diri Cheq....

"Hang tak boleh macam ni... Tak semestinya hang ajer yang buat salah dengan depa.. Hang tahu tak.. kalau hang terus macam ni, hang sendiri yang akan susah.... Benda ni lama-lama akan makan diri hang sendiri...."
"Cheq tak boleh la..."
"Hang kena ubah.... Sampai bila hang nak ingat bila orang tetiba tak cakap ngan hang... hang yang buat salah... Hang tau tak.. kengkadang tu, mood depa tu sendiri yang tak betul... dia ada masalah sendiri ka... tu yang depa kurang bercakap ngan hang.. bukannya hang yang buat salah..."

Cheq tersentap dengan nasihat sahabat Cheq ni... Dan langsung tak menafikan kata-kata dia ni... Rasanya, nilah antara kelemahan Cheq.. Suka salahkan diri sendiri dan senang buat assumption yang Cheq buat salah kat orang...
Bukan apa... Cheq rasa, dengan cara ni, Cheq lagi `selamat'.... tak payah nak memanjangkan chegita... Tapi bila sahabat Cheq tu kata macam tu... mungkin dah tiba masa Cheq ubah benda ni...
Sahabat... terima kasih kerana tunjukan jalan...

Epilog...
"Lain kali, kalu ada apa-apa... direct tanya kat aku... Tak payah nak susah-susahkan otak kau dengan benda yang belum tentu betul..."
"Lepas ni, jangan senang-senang nak mengaku yang hang tu salah... Berani sikit... dah tu, jangan sensitif sangat kalau tetiba depa tak bercakap dengan hang.."

Wednesday, August 6, 2008

Sejuk... nyaman....

Bila kali terakhir kita duduk dan menangis di bahu seorang ibu???
Dan kali pula kali terakhir kita memeluk erat sambil dipujuk oleh seorang ayah??

Dan begitulah Cheq... Baru-baru ni, dek kerana hambatan jiwa yang sedikit berkocak, semangat Cheq seolah terbang entah kemana... Cheq pulang segera ke hinggapan sayap kasih dan sayang mama dan abah untuk memayungi hati ini.

Dan benarlah kata umpama orang lama.. Kembali kepada pangkuan kedua ibu bapa adalah sesuatu yang amat sejuk... amat damai... amat indah....

Dan perasaan itulah yang Cheq nikmati apabila dipeluk dan dipujuk oleh mama dan abah.... Yang kusut mudah benar terlerai.... sebak yang membekam dada hingga membawa tangisan, mudah amat berhenti.. Yang dirasa kini....tenang amat..

Dan semuanya kerana mama dan abah...

Biarlah Cheq tak punya apa... tapi Cheq masih ada mama dan abah... ada adik adik Cheq...
Biarlah Cheq tak diterima dan ditolak... tapi mama dan abah sentiasa menerima....mengisi setiap kekosongan ini.... Yang sentiasa memeluk Cheq dengan kasih sayang yang tiada ubahnya...

Dan itu dah cukup untuk Cheq hidup bagai seribu tahun lagi...

Duri duri.....

Mulanya

"Nak g ke tak?"
"Aku plan nak makan hujung minggu ni.. kat Hulu Langat then terus gi berkelah..."
"Ala... lambat sangat la... jom je la.."
"Ye la... Yang lelain-lain?"
"Nanti aku roger...."

Dan malam Isnin lepas, Cheq yang baru bukak posa, terus siap, then pegi ambik Lin, Saiful ngan Amar... Ting tong ting tong... dalam kul 10.30mlm... kami sampai kat Chow Kit... Yang lambat tu sebab kami pi makan dulu kat Kampung Baru... Tu pun sebab Saiful tak makan lagi.. cian la pulak...

Pergh... emapt biji kami sebat malam tu.. Yang lawak.. Saiful baru je beberapa ulas, dah kepanasan....

Yang Lin... ehm..melantak tak hingat dunia... Dan trip ni la Cheq baru tau yang Amar tak makan durian.... Kah.. Kah... padan muka... tengok la je ek...

Epilog...

"Aku panas la oi..." adu Saiful tak henti henti.. Muka pun dah naik merah..
"Korang jangan sendawa dalam keta ni dah... Karang ada yang balik jalan kaki," Lin bagi amaran sebaik je air cond keta di buka...
"Demam la jawabnya aku esok..." kata Cheq sambil mengipas...."

Wednesday, July 30, 2008

Chelsea...

Mulanya...
"Wan, kalu ko nak gi tgk bola, ko jgn lupa ajak aku tau..."
"Eleh.."
"Aku nak pass..."
"Tengoklah..."
"Iskh.."
Dan malam semalam, pasukan kegemaran Cheq, The Blues menang lagi.. Hik.. Hik.... sukenyer.. Bukan tak minat pasukan tempatan tapi memang Cheq fanatik group di bawah bimbingan Luiz Fellipe Scolaris ni...
Tapi sayangnya.. disebabkan kekangan kerja dan hambatan date line, Cheq macam nak menangis sebab TAK DAPAT PI...wa!!!! wa...

Tapi rasa terkilan tu terubat sebab fvrt player Cheq, Ballack tak turun... kih.. kih... kira orait la tu... Tak pa la... next time, Cheq pi tengok depa kat tempat depa sendighi.. lagi best..

Epilog

"Wan... aku benci ah kat ko..."

"Kih.. Kih.. Best ooo. Aku siap salam ngan interview Scolaris.."

"Benci ah..'

"Jeles la tu..."

"Huh..."

Saturday, July 26, 2008

Jauh ke Dalam Bumi....

Mulanya

"Bosan ah.. "
"Dah tu.... Aku tak nak tengok Hancock.."
"War of Dragon?"
"Macam kanak-kanak jer...??
"Habis tu?"
"Belasah jer la.. Janji aku tak tidur dalam panggung..."

Adeh.... sejak memegang jawatan setiausaha dalam kelab Sepi ni... pening gak kepala Cheq nak arrage xtvt kumpulan.... Cewah.. macam bagus jer... Dan disebabkan waktu dan pilihan filem yan terhad (pada hal belambak kat wayang...)Jadi ni la filem yang kami pi tengok malam tu... Journey to the Center of the Earth...







Well.. okeyla... Brendan Fraser memang sesuai ngan watak macam tu... The Journey Man.... Kah.. Kah....
Tak menyesal la tengok citer ni.. So.... layan....

Epilog...

"Shah... cepat ah... Tangki aku dah penuh ni..." keluh Izah sebaik saja tak jumpa toilet masa keluar panggng
"Amar.... bak sini seringgit!!!" jerit Lin masa nak bayar parking..
"Adoi... sakitla Amar... mentang-mentang aku kecik.. ko main belasah je ek buka pintu.." selamat tak bengkak tangan Cheq.
"Apa-apa jelah... Dah malas nak fikir..." jawab Shah bila cerita yang dia nak tengok kena reject....