14 Jun ari tu... tah macam mana, apa mimpi, Bib ajak g Zoo Negara.... Ha??? Zoo??? Cheq dah bantai gelak dah bila dia mula-mula ajak... Bukan apa.. Cheq memang suka sangat pi zoo ni... malah, masa tahun-tahun pertama Cheq kerja, tempat ni seolah jadi tempat rasmi Cheq buat asgmt...
Nak chegita... memangla panjang... mana taknya.. dari pukui 11 pagi sampai nak dekat pukui lima petang baru kami keluaq dari zoo ni... macam-macam yang jadi.. ha....ha.. yang penting.. kami enjoy...........(sambil angkat tangan ala-ala Nora Danish... cewah..)
So.. sebagaimana orang kata satu gambaq menceritakan 1001 chegita... nilah hasilnya...*Ni bukan pertandingan sapa lagi tinggi tau..( yang sah-sah kami semua kalah ngan benda alah kat belakang tu...)
*lepas tengok urang utan......... ha..ha.... ni tmpt fvrt Aleya.... kui..kui...
*er.... sama tinggi je.... (bib.. shut up... :P)
* my dear frenz......... (dear = yg kat belakang tu....) hik..hik...
*Pertemuan yang tak disangka... punyalah besaq bumi Allah ni.. kat tempat ni juga kami jumpa Kak Norz........ puh.. gamat satu zoo gamaknya dengan ketawa kami ni...
Nota Cheq: MAcam yang Aleya kata... bila last time korang p zoo?? Anyway, to Aleeya untuk gambar2 ni....... ( muahhhhhhh)..
Monday, June 22, 2009
LAwatannnnnnnnnnnnnn??? hik..hik...
Posted by Shanika Latisha at 6/22/2009 11:27:00 AM 0 comments
Monday, June 15, 2009
karya baru lagi..... NORZAILINA NORDIN...
Posted by Shanika Latisha at 6/15/2009 12:16:00 PM 0 comments
TERIMA KASIH....
Harga sebuah kesabaran sangat bermakna bagi mereka yang betul-betul ikhlas dengan penantian dan harapan. Pendek kata, tiada istilah 'give up' dalam hidup mereka. Sikap mereka patut dijadikan pedoman bagi mereka yang mengimpikan kejayaan, usaha perlu ada tanpa erti jemu dan putus asa. Selain itu, nilai kepercayaan terhadap seseorang juga sangat penting dalam hidup kita seharian.
Kita perlu menanamkan sikap saling percaya mempercayai antara satu sama lain dan jangan sesekali khianati kepercayaan yang telah diberikan. Andai sudah dikhianati adalah sangat sukar untuk orang mempercayai kita sepertimana kepercayaannya pertama kali. Garapan penulis juga agak santai dan tidak membosankan sehingga memaksa kita untuk meneruskan pembacaan dan terlupa dunia sekeliling!
Sekali lagi, saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada Shanika Latisha atas garapan novel beliau yang banyak mengisahkan sains perubatan sebagai tema.
Mungkin penulis pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor perubatan suatu ketika dahulu, kan? Untuk pengetahuan penulis, saya sangat berminat dengan karya anda yang bertemakan perubatan. Karya penulis berjudul 'Kasihku Abadi' masih menjadi koleksi saya sehingga sekarang. Saya harap novel seterusnya bertema sains perubatan akan muncul selepas ini! Tahniah sekali lagi. Terima kasih.
2- "Hadirlah kau ke dalam hidupku, meskipun sebagai mimpi"
Novel ni aku capai masa bercuti kat kampung. biasala kalau balik kampung aku rasa rilek sikit utk baca buku especially pagi2. Bagi aku novel ini merupakan Pilihan yang terbaik utk aku baca dengan penuh tumpuan pagi Jumaat ini :).
Memang sengaja saya mengejar baca "Selamat Tinggal Memori" sebelum membaca "Sejuta Nafas Cinta". Shanika Latisha adalah penulis yang berani mengetengahkan novel kisah yang agak berat dan ada kelainan. Jika dalam "Kasihku Abadi" beliau membuka kisah HIV/Aids serta angkara guna2, dalam "Selamat Tinggal Memori" dia berkongsi kisah thriller seorang pengedar dadah. Kali ini Shanika Latisha memilih kisah pasangan suami isteri yang lama menunggu kelahiran cahaya mata sehingga sudah mula disindir org sekeliling.
Buku ni taklah setebal mana, namun terbit kepuasan membacanya. Shanika Latisha kelihatan seperti penulis yang sangat matang dalam karyanya ini. Susunan bahasanya lembut dan mendalam. Gelora jiwa-jiwa dalam watak2 "Sejuta Nafas Cinta" dilakarkan dengan baik sekali sehingga sukar utk melepaskan buku bila membacanya.
Bagi saya kisah sebegini jarang dilakarkan oleh penulis2 kisah cinta yg muda. Tahniah buat Shanika Latisha kerana meneroka ke genre yang sebegini. Ada nilai yang patut dibanggakan dalam novel ini.
Saya dapat rasakan Shanika sangat akrab dengan watak2 dalam dunia "Sejuta Nafas Cinta". Setiap watak, tak kira kecil atau besar, mempunyai jiwa dan sangat real dalam cerita ini. Bait-bait rasa yang diluahkan dalam perkataan sangat mengesankan buat saya dan membuat saya turut berada dalam dunia "Sejuta Nafas Cinta". Saya masih ingat Wana, arwah Risyam dan anak2 mereka, Rania & Rayyan :) Good to see them back. Wana masih lagi kuat mengharung hidupnya tanpa Risyam.
Sekalung tahniah buat Shanika Latisha atas kelahiran "Sejuta Nafas Cinta" ini. Saya sangat puas menatap kisah ini. Kepiluan Carisha dan Ayu dapat saya selami sepenuh hati. Kedua-dua wanita ini bergelut dlm kemelut yang sama; anak. Mimpi menemukan mereka dan baby2 mereka yg belum lahir. Bagi Carisha mimpi itu bagai satu kemusnahan manakala bagi Ayu mimpi itu adalah suatu pengharapan. Sentuhan scene mimpi tu membuat saya semakin sebak dan menitiskan air mata.
Selain itu turut diselitkan konflik hubungan ayah-anak antara Sean Mukhriz dgn ayahnya dan juga konflik perasaan Aril yang terduga cintanya buat Ayu apabila Marsya muncul dalam hidupnya. Walaupun byk kisah disulam dalam novel ini, ianya sangat kemas dan memberi signifikasi kepada cerita.
Bagi saya ini adalah happy ending. Walaupun Imrana pergi, namun sebahagian kecil dari dirinya membesar dalam Zahin dan pertemuan Zahin dgn seorg budak perempuan dalam mimpinya membuatkan saya meremang bulu roma dan menitiskan air mata. huhu... Bacalah novel ni utk menghayati naluri seorg bakal ibu yang hebat diuji.
Kehilangan itulah yang mencetuskan satu nafas baru yg menjadi satu-satunya permata dalam hidup insan lain. Ternyata ALLAH membalasnya dengan ganjaran yang amat besar. :) Carisha mendapat kasih bapa mertua yg pernah membencinya dan permata baru dalam hidupnya, Imran.
sure fine whatever
rinn
NOTA CHEQ: sengaja Cheq paparkan email kritikan ini di dalam blog Cheq kali ni... Bukan apa... sekadar panduan dan memotivasikan diri ketika menyiapkan novel ke empat Cheq... Insya Allah... tiada aral, siaplah nanti dalam sedikit masa.... doa-doakanlah...
Posted by Shanika Latisha at 6/15/2009 12:08:00 PM 0 comments
KARYA baru............... EKA FAHARA....
HA...HA.... yang Cheq tunggu dah tiba (walapun dah keluar pun..)
so, kepada yang menyinggah kat blog ni.. jangan lupa dapatkan novel terbaru dari akak kesayangan Cheq ni.. Eka Fahara.... JAWAPAN YANG PASTI...
P/S: kalau nak lagi best... dapatkan melalui online... ha..ha... ada cenderahati untuk anda...
kepada semua... selamat membaca....
Posted by Shanika Latisha at 6/15/2009 11:55:00 AM 0 comments
Thursday, June 11, 2009
Sekadar panduan.....
Pengertian Bulan-Bulan Masehi
o 1. Januari - berasal dari perkataan 'Janus', iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
o 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu 'Februo' yang bermaksud 'kesucian'. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
o 3. Mac - berasal dari perkataan 'Mars', iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
o 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu 'Aperto' yang bererti 'terbuka' atau 'berkembang' . Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
o 5. Mei - berasal dari perkataan 'Maia' iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama 'Atlas'.
o 6. Jun - berasal dari perkataan 'Juno', salah satu tuhan orang Romawi.
o 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah 'Julius Caesar' yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
o 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu 'Caeser Augustus' bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama 'Sextilitis' (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
o 9. September - berasal dari perkataan 'Septem' yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
o 10. Oktober - berasal dari perkataan 'Octo' yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
o 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu 'Novem' yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
o 12. Disember - berasal dari bahasa latin 'Decem' yang bererti 'sepuluh' tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.
Nama Asal Hari-Hari Masehi
o 1. Sunday - berasal dari perkataan 'Sun's Day' ertinya matahari.
o 2. Monday - berasal dari perkataan 'Moon's Day' bererti hari bulan.
o 3. Tuesday - berasal dari perkataan 'Day of Tyr' sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama 'Tyr'.
o 4. Wednesday - berasal dari perkataan 'Woden' nama salah satu dewa suci Rom.
o 5. Thursday berasal dari perkataan 'Day of Thor' sempena nama dewa Rom iaitu 'Thor' yang bermakna 'Dewa Halilintar'.
o 6. Friday - berasal dari perkataan 'Day of Freya' iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama 'Freya'.
o 7. Saturday - berasal dari perkataan 'Saturnus' yang bererti bintang 'Saturnus' mengikut kepercayaan orang Romawi.
NOta: Seramai mana yang mengingati turutan bulan Islam dengan lengkap??? Jangan terkejut jika ada yang hanya tahu Ramadan dan Syawal je.... fikir fikirkanlah...
Posted by Shanika Latisha at 6/11/2009 01:08:00 PM 0 comments
