BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 24, 2009

Puas... lega...

Lama menyepi??? Adalah jugak... Cheq ke hujung dunia (kononya)... Kali ni, Cheq membawa diri hingga ke Sabah... Destinasi? Tawau- Semporna- Mabul- Sipadan....

Perjalanan kali ini memang superb... Ringan kepala.. tenang benar jiwa tatkala menjejakkan kaki di sini... seolah Cheq sampai di satu dunia baru.... Dengan kiri kanan... depan belakangnya di kelilingi lautan... kehijauan dan kebirauan air laut itu cukup menenangkan hati Cheq yang sebelum ini cukup gundah.

Ehm.. nak chegita.. memang cukup panjang.. tapi apa yang boleh Cheq katakan... gian Cheq nak snorkeling... tercapai... Pergh... macam tak naik darat je... ralik je tengok jerung... penyu.. baracuda.... segala jenis ikan lagi dan tak lupa.. terumbu karang yang... Subhanallah.. memang cantik... Sayangnya... Cheq tak ada underwater camera.... huh..huh...

Natijah dari perjalanan ni... muka cheq gelap habis... ha..ha... but i really don' t care... sebabnya.. Cheq puas...

Ehm.. Cheq tak nak chegita banyak-banyak... insya allah... nanti Cheq postkan gambar.... so... tunggggggggggggguuu....

p/s: buat dia... terima kasih kerana mengajar Cheq erti sabar....

Wednesday, April 15, 2009

Sekali lagi...

Entah macam mana, background blog kesayangan Cheq ni hilang... hua!!!!!! dan semalam, Bib dh roger Cheq mengenai kehilangan backgound pari-pari tu....So, terpaksalah Cheq tukaq benda alah ni... Menci sebenarnya nak buat benda-benda remeh ni..

Tapi memandangkan sayang... Cheq buatla juga... hi..hi...

By the way... pesta buku dah hampir.... Dah menabung ke untuk borong novel idaman kalbu???

Friday, April 3, 2009

Yang ke 6....

EHM.. satu lagi sejarah negara tercipta... peralihan berkuasa telahpun berlaku.. So... all the best to Datuk Seri Najib Tun Razak....

Harapnya.. beliau berjaya meneruskan legasi ayahandanya....

Perdana Menteri Malaysia ke 6....

Tun Abdullah Ahmad Badawi...

Still the best... Tun Mahathir Mohamad...

Saturday, March 28, 2009

Earth Hour.... Jom jayakannya...

Jom sama-sama selamatkan bumi.... Untuk hari ini.. dan generasi yang akan datang.. Hanya sejam... ia mampu menyelamatkan dunia ini dari terus `kepanasan'...

Bumi ini milik bersama...


Malam ini.. hanya satu jam... 8.30- 9.30 malam... mari kita jayakan..

Monday, March 23, 2009

Enam bulan lahirnya...

Hari ni, genap 6 bulan buah hati Cheq yang ketiga ni menjengah... Mungkin sesiapa yang pernah menyinggah di laman ni, pasti pelik bila tetiba saj Cheq menulis tentang novel ini...

Bukan apa.. bagi Cheq, inilah masanya untuk Cheq nampak hasilnya penulisan Cheq ini memberi kesan kepada pembaca di luar...

Dan setiap kali menerima komen dan kritikan, hati ni tak pernah lekang dari berbunga-bunga... Yang pastinya, depa yang pernah membaca karya Cheq sebelum ni mengatakan, yang Cheq ni memang `pandai' buatkan depa menangis.... (kecuali yang kedua.. Selamat Tinggal Memori yang rata-ratanya mengatakan ianya sedikit `keras' dan `kering' tanpa ada adegan percintaa...


Ha...ha.. entahla... tak terniat pun Cheq nak mengalirkan air mata sesiapa... yang Cheq tau... Cheq cuba menyelamai hati watak-watak Cheq tu dengan sebaiknya (walaupun ada kelemahan dan perkara yang Cheq terlepas pandang).

Bagi Cheq, buah hati ketiga Cheq ini cukup bermakna. Cukup bermakna sebab ia cukup rapat dengan hidup Cheq. Malah, menghadirkan semula beberapa watak dari novel pertama juga bukannya mudah... Dan paling tidak dapat dilupakan... ada pembaca yang `seronok' bila `berjumpa' lagi dengan Wana...

Ehm... Sejuta Nafas Cinta.... kepada hangpa yang pernah membaca dan memiliknya.. Cheq ucapkan terima kasih yang teramat-amat...

"Kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Sabar itu separuh daripada
iman. Itulah rentetan sebuah kehidupan Nurul Wahyu dan Aril. Kesabaran
mereka diuji apabila permata hati yang bertahun-tahun dinanti disahkan
mengalami komplikasi jantung.
Terasa luluh dan remuk redam hati
apabila impian yang bertahun-tahun dianyam, dicarik tanpa rela.
Di saat getir beginilah, terjadinya satu keajaiban. Pertemuan Nurul Wahyu dengan
Carisha... ibu muda yang disahkan menghamilkan bayi yang tidak
dapat dijangka hayatnya. Bukan menyerah kalah, bukan cepat pasrah,
tetapi Carisha nekad ingin mendermakan jantung si anak buat mereka
yang lebih memerlukan. Tapi, bolehkah? Semudah itukah?

SEJUTA NAFAS CINTA... menyelami erti sebuah kecekalan. Kekuatan
hati sepasang wanita melalui segala kemelut... mengenepikan gelojak
perasaan semata-mata untuk membahagiakan hati sendiri, juga hati
lelaki bernama suami yang adakalanya sukar dimengerti.

Kesabaran apalagi yang diharapkan andai segala pengorbanan
telah dipertaruhkan? Segala kesetiaan telah dicurahkan? Segala
doa telah dititipkan?"