BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 24, 2008

Jalan jalan .... 3

Kita Minum dulu... Ayaq nyok yang Mek nak minum sangat.. Ehm.. sampai dua bijik dia belasah.. kih.. kih...


Posing maut tu... Cheq ngan mek.. Kat belakang tu... Gunung Kinabalu..Kat bawah lembah tu, ada perkampungan orang Dusun.. Pergh.. lawa beb... J bagitau yang tempat ni check point wajib untuk tangkap gambaq... 15 minit sebelum sampai Pekan Nabalu...


Menuju ke puncak... kih.. kih.. Ni la jalan yang Cheq kena `panjat' untuk sampai kat Canopy Walk.. Wa.. 400 meter tu...Selamat stamina kuat...


Bunga orkid yang J kata terkecil di Asia... Hi..dalam group tu, Cheq je yang berjaya ambik gambaq orkid ni...(bangga la jugak kan..) Alahai.. kecik sangat...



Kat Taman Kupu kupu...(yang tak nampak pun kupu kupunya.. :P)

Wednesday, April 23, 2008

Jalan jalan 2... :P

Ini adalah gambaq yang sempat Cheq ambik kat sana....

Ni masa kat KK.. Tak ada apa sangat. Macam kat KL jer...



Kat belakang tu, Gunung Kinabalu... Sayang sebab kabus tebal sangat. Nampak gitu gitu jer..


Kat Kampung Warisan.. Ehm.. macam berwaris jer.. kih.. kih... tapi best la jugak...

Tuesday, April 22, 2008

Jalan-Jalan... part 1....

Sabah...
Mendengar je namanya... ada satu perasaan halus yang timbul dalam hati Cheq... Dan peluang yang terhadap depan mata pada minggu lalu.. pergh. memang berjaya membuatkan Cheq melompat ke langit ke tujuh...

Dan disebabkan itulah, sejak dapat durian runtuh beberapa bulan lepas, Cheq terus tempah tiket untuk ke Sabah... Dan sudinya Si Mek mengikut membuatkan kaki Cheq lagi-lagi bertenaga untuk ke sana walaupun hakikatnya Cheq memang tak ada idea langsung pasai negeri di Bawah Bayu ni..
"Ehm.. guna je peta..." kata Cheq yakin bila Si Mek tanya pasai jalan kat sana... Kih.. Kih... harap-harap tak sesat.. kui.. kui...

17 April
Penerbangan Air Asia ke Kota Kinabalu yang berlepas pada pukul 9.30 pagi, selamat mendarat tepat jam 11.50 pagi.. 10 minit awal daripada yang dijangkakan.. Dengan tercangak-cangak... Cheq ngan Mek ambik teksi, terus pi hotel.. Le Meridian.... Sepanjang jalan.. rasa tak percaya tu, masih mengulit hati...

Disebabkan kemasukan ke bilik penginapan hanya boleh dilakukan selepas pukul 2, Cheq ngan Mek pun makan angin la kat sekitar pekan KK ni.. Ehm... dengan tak tahu apa-apa, kami redah je.. Mungkin instinct reporter tu kuat.. Cheq berjaya menyelongkar pekan kecil ni dengan `jayanya'...

Selepas isi perut dekat Chicken Rice Shop (yang paling`confident' untuk dimakan..) Cheq ngan Mek pun checked in hotel.. Bilik ni... memang best...Yelah.. dapat bilik `special meridien's guest room'.. mau tak melompat...

Pemandangnya.. superb... boleh nampak laut... kampung nelayan yang di sebelah pulau... kapal-kapal nelayan keluar masuk.. and at one side... ada deretan kedai.. Yeszaaaaaaaa.... memang class untuk orang yang gila ambik gambaq.... macam Cheq la kan... Mek... sempat dia melayan novel.... (ceh....)

Dah petang sikit.. redup redup sikit.. kami keluaq la merayau kat pasar depan hotel ni.. Pergh.. pasar dia memang tak boleh lawan apa yang ada dekat semenanjung.. Hasil laut dia... segar segar.. dan murah... kalau tak kerana stay kat hotel... memang dah beli rasanya udang... sotong kat situ... geram tengok yang segar-segar...

Sampai ke malam Cheq ngan Mek merayau kat area situ.. Paling best... Dan minum ayaq nyok... Si Mek ni la punya idea... Tak nak minum dalam gelas.... Nyok depa ni memang besaq-besaq... Tak larat nak habiskan.... Selamat ada Mek..

Malam tu jugak.... dengan bantuan seorang staf hotel ( Ah namanya.. kalau tak silap..) Cheq ngan Mek daftar untuk trip melancong pada esok hari... Memula tu.. pening la jugak pikiaq nak pi mana... Dan la Cheq tanya kat satu orang ni.. Pergh... RM250 hanya untuk pi Kundasang... Tengok sayuq ja... Pikiaq punya pikiaq.. kami decide ikut jugak la tour trip tu... RM185... Empat tempat.. Pusing pusing... berbaloi sangat sangat...

18 April....
Seawal 7.15 pagi.. Cheq dengan Mek dah terjengok kat lobi... Breakfast apa yang patut... then kami tunggu orang yang dijanjikan untuk bawa kami pi jalan-jalan....

Tepat pukul 8 pagi, tourist guide yang ditunggu.. J tiba.. cute budaknya.. Orang kadazan...
Dengan enam peserta lagi.. (semuanya foreign dari Australia..) kami bergerak ke Kinabalu Park... Yeszaaaaaaaaaaaaaaaa....

Dua jam setengah... itulah yang dihabaq kat Cheq pasai jarak perjalanan yang akan kami tempuhi... Ehm... jauh pun jauhla... asal sampai dan boleh tengok Gunung Kinabalu.. dari jauh pun tak kisahlah...

Sampai kat satu kawasan... kami berhenti dan.. YA Rabbi... kawasan tu memang cantik... satu kawasan banjaran Gunung Kinabalu yang di bawahnya penempatan kaum Dusun.. memang indah... dengan cuaca yang amat sejuk..... pergh. Memang masyuk...

Dah sampai kat situ... kami singgah kat satu pekan... tak lama pun... tapi yang best kat sini.. view GK nampak jelas...

Sejam setengah kemudiannya.. kami pun sampai Kinabalu Park.. Ehm.. acara mendaki pulak... :)... Kat sini, kami dikenalkan dengan tumbuhan asal hutan tu dan melihat sendir orkid terkecil di Asia.. Yang paling best... Cheq je yang berjaya ambil gambar bunga tu.. alahai.. kecik sangat...

Then... kami ke Poring, Ranau... Kat sini, Cheq `bergayut...'.. kih.. kih... Cheq naik jambatan gantungla.... tapi agak menakutkan la jugak sebab minah yang berjalan kat depan Cheq tu besaq sangat.... macam gempa bumi je bergoyangnya bila minah saleh tu jalan... Yang paling lawak.. Mek dah nak surrender masa daki bukit tu... kih... kih.... nampak hopeless sangat Mek masa tu.. Ehm... tak expect kot nak naik sampai 400 meter.. Tu yang termengah sakan....

Tapi.. kat sini, memang best.... best.. dan best.. Itu je yang boleh Cheq habaq... tapi penatttttttttttttttt... Ketaq la jugak kepala lutut Cheq lepas turun dari perbukitan tu... J gelak sakan kat Cheq ngan Mek...

Lepas tu.. kat situ jugak... ada kolam ayaq panas.. maleh nak mandi, Cheq ngan Mek rendam kaki je.. ehm.. ayaq suam suam kuku... boleh la... Dah pueh berendam, kami pi Taman Rama-Ram kat one side... tu pun.. Cheq redah je.... bolehla... macam yang kat Penang je...

Dalam pukui 7 petang... kami sampai balik kat KK... letih gila.. tap malam tu.. Cheq pi jugak jalan jalan kat bandar KK... memang tak reti letih... :P. Mek.. Cheq rasa memang dah surrender gila masa tu.... Tapi lepas kena pizza hut.. aiskrim.. mak ai.. tenaga melampau lampau la pulak Si Mek tu...

19 April...
Last day... lepas breakfast.... dalam pukui 11 kami dah check out hotel... Dan kami pi beli benda-benda alah untuk di bawa balik... Ehm.. macam mula-mula sampai kat Pasar Filipina hari tu.. macam tu la jugak kami hari ni.. Tak tau nak beli apa.. Si Mek.. rambang mata.. Cheq rasa.. kalu boleh, semua dia nak angkut balik. Geram sebab banyak benda cantik cantik...

Disebabkan awai lagi nak pi airport... Cheq pi la Muzium Sabah... Well... it's beyond my expactation... Nothing much to say about this place... Welll, not to say this place teruk tapi... menyedihkan.. nothing... Especially rumah-rumah warisan etnik.. macam tak terjaga... the sorrounding.. memang best tapi items kat situ... sorry to say la.. very sad...

Dah la tu.. ada satu kejadian yang hampir saja membuatkan Cheq naik darah... Kat sini.. ada satu kedai makan... di sebabkan Cheq tak lapar sanagt.. Cheq beli je la air tin soya...(memandangkan hari agak berbahang....) Yang frustnya.. dalam air tu ada ulat (kalau tak salahla... tapi Mek pun cakap benda tu ulat..) Cheq minta la tukaq tapi boleh pelayan tu buat tak layan.. Masa Mek nak bayar.. penjaga kaunter tu pelik sebab Cheq tak minum.. Cheq habaq la... ingatkan dia nak ganti ke apa ke... tapi hempeh.... Geram betui... selamat la kat tempat orang.. kat Sabah pulak tu.. kalau tak... Ehm. lu pikir la sendiri...

Letih berjalan.. kami terus decide nak rehat kat airport je... patah balik kat hotel, ambik beg then terus ke airport... Masa tu pun dah pukui 4 lebih.. ok la... Sampai kat airport.. terminal dua... terus gi rehat kat surau.. memang letih gila...

Nak dekat sejam kat situ.. Cheq ngan Mek turun dan terus check in beg.... ehm.. beratur panjang la jugak... tup tap... tup tap.. tepat pukui 6.35, flight pun berlepas... Dan dari tingkap flight... nampak cantik sangat matahari yang sedang turun dan langit perlahan-lahan menjadi merah... pergh.. indah....

Ehm... sepanjang penerbangan... Cheq tido kejap... Dan rasanya.. mimpi Cheq.. memang mimpi indah... Si Mek... dok pulun habiskan novel dia...

Sabah.... hadoi... bila la nak sampai lagi...

p/s:
1- Buat sahabatku Aleeya@Marwati (Si Mek.....) tq sangat-sangat sebab sudi temankan Cheqbuat kerja gila ni.. well... sometime kita kena buat jugak gila-gila ni.. baru hidup lagi best... Dan plan kita nak jalan guna kat Sabah hanya menggunakan map... memang menjadi... :)..

2- Gambo??? tungguuuuuuuuuuuuuuuu..... next n3...

Friday, April 11, 2008

Evergreen selalu.....

Celine Dion on the album Falling Into You.

There were nights when the wind was so cold
That my body froze in bed
If I just listened to it
Right outside the window
There were days when the sun was so cruel
That all the tears turned to dust
And I just knew my eyes were
Drying up forever

I finished crying in the instant that you left
And I can't remember where
or when or how
And I banished every memory
you and I had ever made

But when you touch me like this
And you hold me like that
I just have to admit
That it's all coming back to me
When I touch you like this
And I hold you like that
It's so hard to believe but
It's all coming back to me
(It's all coming back, it's all coming back to me now)

There were moments of gold
And there were flashes of light
There were things I'd never do again
But then they'd always seemed right
There were nights of endless pleasure
It was more than any laws allow
Baby Baby

If I kiss you like this
And you whisper like that
It was lost long ago
But it's all coming back to me
If you want me like this
And if you need me like that
It was dead long ago
But it's all coming back to me
It's so hard to resist
And it's all coming back to me
I can barely recall
But it's all coming back to me now
But it's all coming back

There were those empty threats and
hollow lies
And whenever you tried to hurt me
I just hurt you even worse
And so much deeper

There were hours that just went on
for days
When alone at last we'd count up
all the chances
That were lost forever

But you were history with the
slamming of the door
And I made myself so strong
again somehow
And I never wasted any of my time
on you since then

But if I touch you like this
And if you kiss me like that
It was so long ago
But it's all coming back to me

If you touch me like this
And if I kiss you like that
It was gone wth the wind
But it's all coming back to me
(It's all coming back, it's all coming back to me now)

There were moments of gold
And there were flashes of light
There were things we'd never do again
But then they'd always seemed right
There were nights of endless pleasure
It was more than any laws allow
Baby, Baby, Baby

When you touch me like this
And when you hold me like that
It was gone with the wind
But it's all coming back to me
When you see me like this
And when I see you like that
Then we see what we want to see
All coming back to me
The flesh and the fantasies
All coming back to me
I can barely recall
But it's all coming back to me now

If you forgive me all this
And I forgive you all that
We forgive and forget
And it's all coming back to me
When you see me like this
And when I see you like that
We see just what we want to see
All coming back to me
I can barely recall but it's all coming
back to me now

(It's all coming back to me now)
And when you kiss me like that
(It's all coming back to me now)
And when I touch you like that
(It's all coming back to me now)
If you do it like this
(It's all coming back to me now)
And if we . . .

Tuesday, April 8, 2008

Tu dia...


Diam tak diam... pesta yang paling Cheq dok tunggu-tunggu, dah pun menjengahtiga hari nan lalu... tapi yang tak bestnya.. Cheq sampai ari ni, tak dan lagi nak menjengguk pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kat PWTC... Ehm... harap-harap, hujung minggu ni Cheq dan la pi.. kalu tak.. wa....mesti menyesal punya....

Tuesday, April 1, 2008

Tak taula...

Minggu lepas, di awal minggu, tak banyak benda yang jadi.. Cumanya, minggu ni, Cheq dapat off sampai tiga hari.. Pergh.. lega betui urat dan tulang menulang serta otak Cheq ni...

Then.. Sabtu pun menjelma...dek kerana bosan, petang Sabtu tu, lepas Zohor, Cheq bawa la Boboy gi bengkel.. cadangnya nak buat balancing ngan aligment je. Tup tup, banyak pula `demamnya' si Boboy tu.. absober la.. minyak power stereng dah due date la.. break pad dah haus la... adoi.. Cheq pun, buat ajerla... dah alang-alang... Tau pukui berapa siap???? Nak dekat pukui 7.. sabar je la....

Hari Ahad pula.. badan dah rasa tak sedap... dan natijahnya, malam tu, Cheq demam selsema.. Selamatla Isnin tu Cheq off jugak.. Nak elak sakit tekak yang macam selalu Cheq dapat, Cheq bantai makan ais krim.. lega la juga.. alhamdulilah.. tak rasa sakit tekak pun...

So, sepanjang hari Isnin, Cheq bantai lena sepanjang hari. Malam pun, macam tu jugak.. Tu la.. ada nikmat jugak demam and sakit ni.. Dapat la jugak badan ni berehat.. kalau tak, main belasah jer...

Ehm dan hari ni... demam mai balik tapi yang tak tahan tu, selsema tak mau hilang-hilang lagi... adoila....