BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009



Credit:
www.redbubble.com/people/miracles/art

Saturday, December 19, 2009

KL- GRIK- BANDING- ROYAL BELUM

Pada 11 hingga 13 Disember hari tu, cheq jadi soldier... ha..ha.... best gak sesekali masuk hutan... siap ngan uniform tentera yang lengkap.... tidoq dalam hutan.. pasang hammock.... rentas Hutan Belum ngan tasik dia.... pergh... Apapun.. terima kasih pada ATM... ajak lagi tahun depan.... Wallah..




Inilah dia platun biru....  nampak sama je semua orang....


Di perkampungan orang asli..... no troop Utusan dan Kosmo...



Baru selesai terima order untuk operasi.. ha..ha.. masa ni, masing-masing tengah adjust dan adopt uniform....



Baru balik dari perkampungan survival.... alahai...

K
Kenangan dengan pasukan anjing pencari bom.... anjing-anjing tu.. manja-manja ganas....


n
Dalam bot tempur... kat Tasik belum ni... tak dalam.. cuma 200 meter ke bawah je.... ha..ha...

Saturday, December 5, 2009

Akhirnya........................

AKHIRNYA, yang ditunggu menjelma juga....
Layannnnnnnnnnnn....
Ada yang kata best,ada yang kata biasa-biasa ja... ada yang kata percintaan meleret.........
Apa pun, bolehlah.... tak boleh lawan novel dia..
Bagi Cheq... kepuasan yang cheq dapat... masih pada novelnya... macam yang sequel pertama( walaupun Cheq tak tengok dekat wayang..)
Jadinya, filem Twilight ni.... sekadar layanan mata...
Jiwa lagi sentap masa baca novel.. huh..huh...
Anyway... siapa yang tak tengok lagi... p la tengok... then bagi komen...


p/s: ha...ha... tiba-tiba je... tersuka kat watak Jasper berbanding yang lain-lain.. cam mana tu???? Alice... still my fvrt...

Thursday, December 3, 2009

saja.. saja....



Photo Effects by Wishafriend
Photo Effects By WishAFriend.com

Photo Effects by Wishafriend
Photo Effects By WishAFriend.com

Photo Effects by Wishafriend
Photo Effects By WishAFriend.com

Photo Effects by Wishafriend
Photo Effects By WishAFriend.com

Bila cheq jadi cover....

Fake Magazines by Wishafriend
Fake Magazine Covers by WishAFriend.com

Lagi lagi mengatal...

Name Acronym Photo by Wishafriend
Name Acronym Photo by WishAFriend.com

Name Acronym Photo by Wishafriend
Name Acronym Photo by WishAFriend.com

Wednesday, November 25, 2009

Saja gatai....

MEMORI DI ALAM.....


Habuk.. Sawang...

Ehm... memang dah bersawang betul blog Cheq ni.. alahai... mintak maap la no.. Cheq memang sibuk sangat-sangat.. bukan nak bagi alasan ka apa ka.. tapi memang masa terlalu mencemburui Cheq la ni.. dok kena hambat selalu...

Sibuk Cheq ni. bukan pasai gheja saja.... yang tu tak boleh nak kata apala kan.. dah tanggungjawab... Yang menjadikan Cheq lagi sibuk la ni.. mood menulis Cheq macam tak boleh nak ditahan-tahan lagi... Alhamdulilah... novel yang Cheq dok tengah buat ni... laju sangat... Insya Allah... hujung bulan 12 ni.. tak pun bulan 1 tahun depan... siapla kot... Doa-doa sama la ek... Harap benar la sangat-sangat janji Cheq kat kawan Cheq yang seorang tu akhirnya akan tertunai...

Ehm... diam-diam tak diam.. dah nak masuk bula 12... dah penghujung tahun pun... Cepat saja masa menghambat waktu, hari bersilih ganti.. tup- tup, dah nak masuk tahun baru... Bila teringatkan benda ni, panjang saja nafas Cheq... huh... penat gak menghambat detik yang berlarian pantas pada tahun ni... apa pun, tahun ni, banyak benda yang Cheq harungi... yang Cheq tempuhi... dan nyatanya.. Cheq gembira...

Ni pun, dah ramai dok tanya Cheq plan untuk tahun depan.. Ehm.. lelah la Cheq sekejap nak jawab soalan tu... yang penting.. Cheq dah pun awai-awai lagi dah merencanakan perjalanan hidup Cheq untuk 2010 nanti.. cumanya... sama ada akan diizinkan Allah atau tak.. terpulanglah padaNya...

Lastly.. sebelum terlupa...SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.... moga pengorbanan yang kita lakukan antara sedar dan tidak... dirahmati Allah.. percayalah... setiap pengorbanan.. ada balasannya...

Tuesday, October 27, 2009

ALAM Media Tour.....

Baru-baru ni (23-25/ 10/09) Cheq dijemput oleh MISC dan ALAM untuk ikut dan tengok cara kadet-kadet metreka menjalani latihan. Ehm.. memang best... dalam demam-demam pun, layan gak panjat tanker tu... terus kebah demam... ha..ha... Anyway... it just a splendid experience.... kalu boleh, nak je Cheq ikut kapal yang belayar tu...

Ha..ha... bakal angkasawan kapal kontena...

Ambik jeket keselamatan... kat belakang tu.. Asri.. my fvrt photographer... senang betul buat asgmt ngan dia ni... ha..ha... apa pun.. pose dulu...

On the way ke kapal latihan...

Ngan stringer Melaka... Naz yg haru biru plus happening..

Sesat.... kapal yang sekangkang kera tu pun we all boleh sesat.. selamat ada plan.. tapi masalahnya.. semuanya tak faham....

Akhirnya... dengar taklimat... tu la.. dak2 degil... dah sesat baru nak dgr taklimat...

Itulah sedikit sebanyak citernya... banyak lagi gamabq.. nt Cheq upload.... anyway.. tq so musc pada rakan-rakan media yang dermakan gambar ni...

Friday, October 9, 2009

bercinta

Sedang menyemai cinta....

buat Aidan Shiraz dan Fiqah Nur Ariana ....
dari babak ke babak.. dari bab ke bab... dari helaian ke helaian...
moga cinta makin berputik, kembang dan memekar...
walaupun antara kita...
segala begitu ASING....

Monday, October 5, 2009

cerita lepas raya....

Dah masuk minggu ketiga raya dan suasana masih macam tu.. meriah kat mana-mana... dengan lagu raya yang tak habis lagi berputar, open house yang berderert perlu dihadir serta kuih raya yangmasih berbalang-balang.... gitulah ceghita lepas raya...

Dan sebab tu jugaklah, Cheq ambik masa nak update blog ni... sibuk sebelum.. selepas dan sesudah raya....

Sebelum raya...
macam yang Cheq habaq dulu... keje menyiapkan stok bahan berjalan dengan baik... menakjubkan... siap beberapa hari sebelum jumaat 18/9.... jadi, lepas saja jumaat, Cheq terus cabut balik kulim... hik...hik..

alhamdulilah.. langsung tak jem... tapi hujan sepanjang jalan... dari lepas rawang... sampai seberang jaya... hujan tak berhenti... kejap lebat.. kejap renyai...

Tahun ni, buka puasa kat dalam keta je sebab tak leh berhenti kat tepi highway cam tahun2 yang lalu... hujan lebat.... huh..huh....


Masa raya....
Tahun ni rekod... selalu balik umah nani dalam kul 11 pagi.. tahun ni, dalam kul 4 petang baru sampai... sebabnya... ramai betul orang datang berziarah... ha..ha... best la jugak...

Tahun ni jugak, sibuk dan letihnya melampau sikit... angah bertunang pada raya kelima (khamis) ehm.. segala persiapan, kami buat adik beradik je... simple-simple je... alhamdulilah, semuanya berjalan lancar...

As usual... Cheq jadi photografer... hik..hik.. nanti bila-bila senang... Cheq up load gambaq...

Dan raya tahun ni jugak, Cheq first time drieve sendiri pi penang.. bukan apa.. selalunya, angah yang bawa... disebabkan dia ada kenduri dan kesian mama yang nak pi umah sedara dia kat Penang, Cheq pun bawak la dia.. ehm... rasanya Cheq sanggup drive kat Kl dai Penang.. pening....

Lepas raya...

Masuk je opis hari isnin tu... terus bau kuih raya... ha..ha... so, everything, back to normal... just love it...

ehm.. plan nak buat open house... tengok la macam mana nanti... takut gak... yela.. umah baru.. tak banyak benda lagi... takut tak seperti yang dihajati... apap pun.. tengokla macam mana...

p/s: apa pun, Cheq memang seronok tahun ni bila tahu kawan jauh Cheq dapat balik beraya kat kampung dia... walaupun tak dapat jumpa atas masalah teknikal... Cheq tetap happy... untuk awak, selamat hari raya... (walaupun dah lepas raya...)

Tuesday, September 15, 2009

SALAM LEBARAN

Waktu makin berpenghujung... masa makin menghampir... takut tak ada kesempatan... di sini Cheq utuskan salam kemaafan... pada semua... pada sahabat handai, ahli keluarga serta pengunjung setia blog ini....




MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Tuesday, September 8, 2009

Kehadirannya.........



Buat kakakku yang jauh di perantauan... Laila Kamilia
Salam tahniah penuh kasih sayang atas kehadiran permata baru dalam keluarga mu...
Hana Nurien....
Muah......

citer lagi...

Mood yang terhuyung hayang....
Banyak benar nak dibuat.. nak disiapkan sebelum raya... macam nak semput mengejar dateline...
Stok raya ada baru boleh balik raya... kata Bos Cheq... huh..huh...
adeh... memang nak pitam....
Mana lagi nak siapkan mss... benci betu.. asyik tinggal yang sedkikt tu la.. macam-macam nak jadi.. time tu la idea nak stuck....
apa pun.. ramadan tahun ni memang best....
Wallah...

Monday, August 17, 2009

The Real Meaning of Words....

STRANGER....



SORROW...



RESCUE...



PATIENCE...



PAIN...



LOVE...



INNOCENT...



FRIENDSHIP...



DIVINE...



DEPARTURE...



COMPASSION...



BEST FRIEND...

tips....

PANDUAN MEMAKAI TOPENG MUKA

1. Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.

2. Tetulang besi ialah bahagian atas

3. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar

4. Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis tali ikat dengan kemas belakang kepala)

5. Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu

6. Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka

7. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran

8. Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar kerana bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman

9. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian luar atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.

10. Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk

TAk susah pun........................

TIPS.........

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isyaĆ¢€™. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

27. Katakan 'Aku cinta padamu'sekurang-kurangnya sekali sehari.

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu..

32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum bersama... jika itu yang dia suka.

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk bersama.

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan..

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awakan'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan."

NOTA Cheq: Ramai yang menghargai nyawa (sebab nyawa hanya satu) tapi berapa ramai yang menghargai perkahwinan?( sebab boleh banyak kali kahwin???? ehmmmmmmmmmmm)

Friday, August 14, 2009

ehm.................

Nak tak nak... nak juga update blog ni.... tak tau nak chegita apa sebabnya banyak yang berlaku seminggu dua.. sehari dua ni...

Yang teratas.. Cheq sempat g Cameron Highland ngan Bib, Aleya, Fieda, Airuk ngan Ana... Chegita dia.. tggu la... tak ada masa nak upload gambaq lagi... kalu nak tahu meriah tak meriah.. blh la pi tgk kat blog depa ni dulu...

then... seminggu ni, Cheq keluaq masuk Ampang Puteri.. check up back spine Cheq... ehm.. utk sebulan... kena jaga dari jatuh ngan makan ubat.. ueks... lemah betul...

Paling utama... Cheq rindukan + risau seseorang tu... tambahan lagi lately ni tak ada berita sejak kejadian `earthquake' kat tempat dia baru-baru ni.. hati makin walang...Moga Allah melindungi dia dalam kerahmatanNya...

Akhir sekali... kembalinya Ustaz Asri ke Rahamatullah.... terkejut.. sedih dan tahla... apa pun, suara emasnya yang mengalunkan takbir raya saban tahun akan Cheq rindukan selepas ini.. dan lagunya... pergi tak kembali itu akan membuatkan Cheq lebih dekat dengan satu hakikat mengenai kematian... Al Fatihah buatnya..

Wednesday, August 5, 2009

Maaf...


Alahai....
Berdosa sangat-sangat bila tengok tengok tarikh... dah masuk pun bulan ogos...
Berdosa sangat-sangat apabila tengok je tarikh tu.. janji yang satu tu belum tertunai...

Bersalah sangat-sangat sebab kecewakan sahabat baik Cheq yang seorang tu..
Bersalah sangat-sangat... yang dirancangkan.. belum lagi menampakkan hasil...
Rasa tak tenang sangat-sangat... bila melihat manuskrip tu terus tersadai...
Rasa nak menjerit sangat-sangat... bila idea yang diharapkan... tak nak menjelma...

Yang paling utama... rasa bersalah tu.. terus menghantui....
Buat sahabat seorang tu.. maaf sangat-sangat... janji tu tetap Cheq tunaikan... cuma masa saja yang menentukan.. tunggulah... siap yang satu tu.. siaplah yang Cheq janjikan tu...
Alahai..... maaf sangat-sangat....

Friday, July 24, 2009

TAk pernah sangka....................

Sunday, January 25, 2004

Puisi yang diadaptasi daripada novel Kasihku Abadi.

Pintaku padamu Tuhan
dikurniakan hati secekal Iwana
suami penyayang seperti Risyam
putera yang bijak seperti Rayyan
puteri yang patuh seperti Rania

Lalu
ku sujud padamu Ya Rahman
dijauhkan daripada
manusia keji seperti Haiqal
cintanya yang tidak pernah kekal
dugaan hebat kepada Risyam
hanya yang merasai akan faham
godaan syaitan kepada Wana
akibat perbuatan syirik manusia
penderitaan hebat seperti Kartini
gelombang hidup seperti Hadi

Apakah kita masih tidak bersyukur dengan pemberianNya?
ujian ditimpa, apakah balasan dosa didunia?
dan
apabila bermulanya kekeliruan
antara hati dan badan
tengoklah dengan mata
lihatlah dengan hati
renunglah dengan akal
dan fikirkanlah dengan iman
Insya' Allah
yang tersurat akan terserlah
dan yang tersirat akan terbentang

sherrina,
25 Januari 2004, 3.45 am

p/S: tak pernah Cheq sangka... ada puisi yang dititipkan untuk novel pertama Cheq.. Kasihku Abadi... Dalam hati.. tuhan saja yang tahu tahu.... pada penulisnya.. terima kasih Cheq ucapkan terima kasih..

Wednesday, July 15, 2009

Terima kasih....

Award ni... dari Kak Eka... sebenarnya dah laama dia bagi kat Cheq.. tapi disebabkan ada masalah teknikal... Cheq tak dapat nak tempek kat blog ni... Dan kali ni... nasib menyebelahi Cheq... bolehla pulak... ehm. dah namanya Award Bertuah kan.. so.. harapnya.. Cheq akan sentiasa bertuah.... Kak Eka... muah.. tq..

Ni pulak dari Bikash....
Bib... Tq so much.... peace!!!!! Wallah...

Wednesday, July 8, 2009

TAG.. Bikash






1. Copy badge untuk diletakkan diblog anda -
Dah!


2. Link @ ceritakan siapa yang memberi award ini –
Bikash....... ehm.. nak chegita pasal minah ni.. memang tak pernah habis... tapi yang penting.. dialah sifu Cheq.. kawan Cheq dari masa belajaq lagi...

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda ditag) -
i. suka membaca
ii. suka melancong
iii. suka menonton
iv. suka mengemas rumah
v. selalu dibuli oleh Bikash dan Aleeya
vi. Paling pendek + kecik dalam famili dan member
vii. kelam kabut
viii. suka pandu laju-laju
ix. suka jaga malam
x. sayang sangat kat boboi....

4. Pilih 6 orang penerima award seterusnya & nyatakan nama mereka -
i. Kak Eka Fahara
ii. Fatin Nabila
iii. Lynn Dayana
iv. Aleya Aneesa
v. Dhiya Zafira
vi. Nia Azalea