BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 1, 2010

Kawan lama....

Sejak beberapa bulan lalu, saya seronok sekali.. Dan keseronokan ini patut saya ucapkan pada Facebook yang telah menjumpakan saya semula dengan rakan-rakan sewaktu alam persekolahan dulu...


Diam tak diam, dah nak dekat 13 tahun kami tak jumpa. Semenjak tutp buku lepas SPM 1997, terus kami tak bersua langsung. Cuma ada la dua-tiga orang yang masih berhubung.. tu pun boleh dibilang dengan jari....

Dan sejak adanya FB.. saya dah mula mengulit cerita indah bersama sahabat-sahabta lama saya itu.. Ehm.. aa yang dah sampai ke Jerman.... dah bertahun lamanya menetap di sana... dan tidak terlepas... dan paling mengejutkan saya... masih ramai yang berada di Kuala Lumpur... tak jauh mana pun... Dan masih ramai juga yang terus mencipta kerjaya di Kulim....

Saya sendiri tak tahu di mana silapnya.. selepas SPM, langsung tiada khabar berita... mungkin saya yang mendiamkan diri... yang menghilangkan diri... dan itulah ayat yang pertama yang saya dengar.. saya dapat dari rakan saya itu...." kau ni tak berubah... macam tu jugak... tapi apsal hang menghilang?? langsung tak ada berita... yang lain tu... kami dengaq la juga...." ha..ha.. yang saya, hanya mampu tersengih...

Seronok rupanya kembali berkongsi cerita lama dan baru... Yang nyata... kalau dulu banyak berkisar tentang lepas ni nak sambung U mana.. mak kerja apa... kini.. rata-ratanya bercerita tentang keluarga, tentang kerja..... anaknya begini... begitu.. suaminya begini.. isterinya begitu.... Ehm... saya jug ayang terkulat-kulat.. tak ada topik kalau   masuk bab yang satu ni...

Apa pun, saya lega... saya bersyukur... saya gembira dengan pertemuan semula ini... dan doa saya... harap saya akan berjumpa lagi dengan semua... yang masih tidak dapat saya jejaki... 

Dan paling penting, bila menatap kembali gambar-gambar kenangan yang diambil sewaktu zaman sekolah lalu, saya dihimpit memori indah.. dengan melihat  gambar yang berlatar belakangkan sekolah... satu persatu kenangan menerpa... eh.. ni kelas aku ni.... eh... kat sini la aku kena denda... ehm.... kat belakang bangunan ni la aku selalu lepak... . semuanya membuatkan saya tersenyum sendirian...

Pantas benarmasa berlarian... dan itulah hakikatnya....