BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 27, 2009

JAtuh Cinta.............

DAH lama si Bib nak kenalkan Cheq ngan mamat ni... tapi Cheq buat tak tau ja... Tah, tak rasa nak berkenalan pun. Tapi si Bib ni tak habis-habis dok chegita pasal mamat ni.. Dari chegita Bib, mamat ni sweet sangat...( ye ke...) baik... (ehm...), caring.... (iskh...) tapi Bib ada bagi warning.. he's a bit dangerous ... no... too Dangerous...

Entah macam mana... last Saturday... Cheq jalan-jalan kat MPH... tah macam mana... mata Cheq ternampak la kelibat mamat ni... ( secara teknikal...)... tak juga rasa nak tegur ke apa ke... ehm.. masa nak keluar MPH.... tah macam mana.. tergerak la juga nak jumpa mamat tu yang dok elok kat kat satu rak...

Ehm... bila dah kenal... memang Cheq jatuh cinta.... adeh...bukan kat dia je.. kawan-kawan sealiran dengan dia juga... Pergh.. sampai bawa ke mimpi la katakan....

Err.... lupa lak... ni la dia...



:D.....




ni la mamat yang Cheq nak habaq tu....

:P

Friday, May 22, 2009

Jumaat....

Sekali lagi.. jumaat menjelma.... fuhhhhhhhhhhhhhhh

Wednesday, May 20, 2009

Ketika.....

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM..
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Friday, May 15, 2009

huh..huh... bayar tag Fatin Nabila...

10 facts about me.................

1- Suka sangat melancong.... tak kira la kat mana... yang penting, tengok, kenal tempat orang...

2- Suka masuk museum.... apa yang dicari...tahla...

3- I love reading... ni kena tempias Bikash... then mek Aleya..

4- My sweetheart.... mestilah my Boboy....( tah macam manalah boleh lekat nama ni kat Myvi kesayangan Cheq..)

5- Cukup pantang dengan orang yang tak tepati janji... mood mulalah goyang.. silap boleh ribut...

6- Gila shopping... asal berkenan je, rembat...still cerewet... ha, cam mana tu??

7- Orang selalu cakap muka Cheq garang.... kih..kih.... ye ke??? alahai. kenai la dulukan..

8- Kat opis... acapkali jadi translater bergerak.. huh.huh..

9- Insya allah... seorang pendengar yang baik....

10- Alergik apa saja yang berkaitan kambing....

Saturday, May 2, 2009

Here we are.,... SIPAdan....

Tu dia... yang ditunggu-tunggu.... ke SIPADAN!!!!!!!!!!!

Jeti Sipadan... ha..ha.. lagi sikit... lagi sikit dah nak sampai Sipadan...

akhirnya.... Cheq jejak kaki juga di Pulau tercantik di dunia ini... Xceli... yang cantiknya tu kat baah pulau tu.. which means.. kat dalam laut... Pergh... memang cantik.. dan sampai la ni... Cheq ralat betui sebab awai-awai tak ambik lesen diving ngan ada underwater camera.. huh...huh... At least, jumpa la jugak Baracuda, shark... ikan tah apa ap ayang Cheq tak tau nama.... satu je ayat yang boleh Cheq tulis... amazing...

Pos pulau Sipadan... kat sinilah tentera kita mengawal keselamatan pulau ini dari diceroboh musuh.... errrrr.. memula tu, gerun gak.. macam kat zon perang...

Ngan geng divers.... memang superb...

Mabul-Sipadan.... 3...

Pose paling mahal....

Dari kiri..: Cheq, Ha, kak KuZah, Ainul,Diana,Aleeya,Des dan Reza... semuanya hingga hari ni dok mabuk kepayang lagi... (errrrrr... mabuk nak mai lagi kat Mabul..)

just love this pix...credit to Ainul...

Kapalai lagi... credit to Ainul..

Mabul-Sipadan 2....

View homestay yang Cheq menginap... happening walaupun hanya menyediakan kemudahan asas...

Kapalai Banglow Water Resort... Harganya.. murah je.. semalam 400 USD jer...

Gerrrrrrr.. sejuk... nak berenang kat bawah ni pun no hal...

Subhanallah... seindah lukisan alam yang tak dapat dicoretkan dengan kata-kata...hanya mata dan jiwa saja yang dapat menterjemahkan nukilan alam ini...

Mabul-Sipadan.. 1

Yam seng.... muka-muka kelaparan yang baru dijamu dengan pelbagai makanan laut... makanannya .. memang superb....

Pose sebaik tiba di Mabul... Billabong Homestay... pergh.. masyuk beb..

Water Village Banglow.... sebelum tu.. dah layan snorkeling dulu kat area ni... Yang paling kelakar... ada ular air tengah dok sedap berlingkar kat salah sebuah tiang kayu resort ni.. yang tak jauh dari tempat kami snorkeling.... Istimewanya area ni... penuh dengan tapak sulaiman.... (tapak manusia pun banyak la... pilih je nak tangan atau kaki...)


Rumah simpanan tangki gas untuk divers... Tempat ni memang sesuai layan blues... cari ilham.. tido pun best...