Akhirnya, peperangan menyiapkan manuskrip telah berakhir... dengan segala perasaan yang saling bertingkah... saya angkat bendera pelangi... sebagai tanda sebahagian warna hati dan jiwa saya tika menoktahkan perjalanan Shah dan Dyba. Membaurkan pelbagai rasa dan rona minda saya tika melandaikan cerita Hafiy dan Khalel.... Sungguh.. saya rasa, inilah peperangan yang paling melelahkan saya...
Pernah menukilkan cerita tentang penagih dadah.. pernah mewarnakan hidup pengidap Aids.. dan pernah menyusuri sirna jiwa sorang ibu. Namun... menjiwakan watak pesakit strok.. memang kelelahan saya dibuatnya... ehm... yang pasti.. sehingga saya menoktahkan manuskrip saya ini,. lagu Cinta Zulaikha nyanyian Mawi berdendang merdu di dalam minda saya. Entah.. mungkin pengarapan cerita ada berkisar tentang itu... dan yang pasti, liriknya, cukup dekat dengan saya.
Pejam mata bayangkan cinta
Satu cahaya terindah
Dari jiwa
Terang Jiwa
Kekasihku kau ku puja
Menjelma di langit musim berduka lara
Terpinggir sepi hampir putus asa
Melayar hari kelam yang tak bermaya
Dan makna
*
Hendakku luahkan
Takut makanlah diri
Hendak kusimpankan
Meracuni hati
Hendak ku jeritkan
Takut malu sendiri
Hendak ku diamkan
Kau takkan mengerti
Biar susah bagai cinta zulaikha
Cinta dalam mimpi jadilah nyata
Biar pahit manis juga terasa
Hari ini hampa esok gembira
* saya cilok dalam salah sebuah laman wed.. lupa kat mana tah. anyway.. tq..
Justeru, kini, saya hanya tunggu dan lihat bagaimana hasilnya nanti baby saya yang nombor empat ni... Harap-harap, tiada nyanyian luka lagi...
Ops.. Pesta Buku yang baru-baru ni, saya hanya berkesempatan pergi satu hari. anmun cukup meninggalkan memori manis... berjumpa dengan sahabat, idola dan mentor saya di lingkar kawasan Karangkraf/Alaf.. cukup membekas di hati. Maaflah.. tempoh hari, tak dapat berlama-lama. Banyak temu janji yang perlu dilunaskan... apa pun. PBAKL memang boommmmmmmmm...