BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 22, 2010

Terima kasih... komen 1

Takkan Pernah Jauh - Shanika Latisya - Alaf21

Pergilah ke mana mahumu, namun takdir menyatukan kita...

"Kita bagaikan mentari dan bulan... berjauhan, tetapi saling memerlukan."

` TPJ ni mengisahkan Dyba yang terjumpa sepasang bayi kembar dan atas rasa tanggungjawab, dia sanggup nak pelihara bayi kembar tu dan dia minta best friend dia *ye ke bestfriend :)* tolong sama-sama jaga bayi kembar ni..bukan dok sekali ek...harap maklum...Shah ni pun dia sanggup nak tolong Dyba sebab derang ni memang rapat n dah lama jadi bestfriend...*tapi macam sebenarnya masing-masing suka sama suka tapi tak nak declare cuma nak declare jadi bestfriend aje*..disebabkan tanggungjawab pada bayi kembar ni, derang berdua dah tak berapa nak join kawan-kawan derang yang lain..dah tak join Fazril, Wairin & Neesa...kawan-kawan derang tertanya-tanya tapi semua persoalan dibiarkan tergantung tanpa jawapan yang tepat. Mula-mula emua ok tetapi tetiba jadi tak ok bila sesuatu berlaku antara Dyba dan keluarganya...apa dia ek? *baca sendiri la ek :D *

` TPJ agak berbeza dengan novel alaf yang biasa-biasa..pada aku yang baca semua novel dari majority penerbit novel, aku rasa selalunya alaf suka buat cerita remaja dan dewasa tapi TPJ ni cerita tentang remaja pada zaman-zaman study kat U atau kolej + dewasa yang umurnya 40+...tabik la pada Shanika sebab dia ni masih muda remaja tapi leh buat citer dewasa yang bukan dewasa biasa-biasa 30++ tu tapi yang 40++..jalan cerita dia mudah: mula-mula masa kini (kembar tu dah dewasa) pastu flashback balik masa kembar tu baby..tapi ada gak selit-selit time kembar tu baby, time Dyba ada problem dan lain-lain la tapi takde la susah nak faham tapi kalau korang baca lompat-lompat memang la tak faham kan...so, baca ikut kronologi ek...

` Moral of the story..

1. Cuba lah menerima kenyataan walaupun ia pahit untuk ditelan...

2. Fikir dahulu sebelum kita nak buat sesuatu perkara tu kerana kalau kita dah buat, kita takleh nak undur walaupun mungkin kita ada sedikit rasa menyesal kerana telah melakukan perkara tu...

3. Luahkan la perasaan anda..jangan pendamkan..orang tak tahu kita suka kat dia kalau kita tak bagitau...

4. Kalau 'dia' dah pilih orang lain dan orang lain tu adalah kawan atau sahabat kita, jangan la kita berdendam...

5. Jangan buat sebarang kesimpulan tanpa kita dengar apa-apa penjelasan..dengar dulu baru buat kesimpulan...

6. Jodoh di tangan ALLAH s.w.t..kalau telah ditakdirkan yang dia itu jodoh kita, larilah jauh mana pun, terpisah la lama mana pun, kita tetap akan bertemu juga tapi kalau dah ALLAH s.w.t takdirkan yang dia tu bukan jodoh kita, kita rapat macam mana pun tetap akan terpisah....

` Untuk penulis...teruskan menulis...maaf kalau komen-komen ni menyinggung hati dan perasaan...oh, ya...paling suka masa majlis akad nikah Shah & Dyba...rasa macam touching sangat sebab akhirnya mereka bersatu juga...jodoh kan...

p/s: terima kasih pada Adhan @ dunia-novel.blogspot.com

Thursday, September 16, 2010

Duit raya...

Salam....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....

Walaupun dh seminggu raya, kemeriahan masih terasa.. kalau sebelum ni kampung, dengan keluarga, kini pastinya meriah raya diteruskan di tempat kerja... rumah terbuka....

Dalam meriah-meriah raya, di sini saya nak war-warkan mengenai kuiz berkaitan novel-novel saya...

Mudah saja.... nyatakan scene yang anda suka di dalam ke empat-empat novel tersebut dan mengapa. Ulasan tidak perlu panjang. Sekadar 30 patah perkataan. Paling mudah, ikut saja aturan yang diberikan.

Contoh:
1- Kasihku Abadi.
Scene yang digemari:
Page:
Sebab: 

2- Selamat Tinggal Memori

Scene yang digemari:
Page:
Sebab:

3- Sejuta Nafas Cinta:
Scene yang digemari:
Page:
Sebab:

4- Takkan pernah Jauh
Scene yang digemari:
Page:
Sebab:


Setiap penyertaan terpilih akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM150 ( tempat pertama) RM100 (kedua) dan RM50 (ketiga) termasuk cenderahati istimewa dari saya. Cenderahati khas juga akan diberi kepada 20 peserta terawal yang menghantar jawapan.

Ops... tarikh peraduan ini akan bermula dari 20 September sehingga 30 Seprtember. Keputusan akan diumumkan pada 10 Oktober nanti.

Segala penyertaan boleh dihantar pada latisyaz@gmail.com. Sila sertakan nama penuh, alamat serta nombor telefon yang boleh dihubungi.

Ehm.. apa lagi... jangan lepaskan untuk mendapat duit raya dari saya... :0

Thursday, September 2, 2010

Seminggu itu...

Salam...

Dah seminggu pun.... he..he.. dah seminggu pun saya menyambut hari lahir... Dan Alhamdulilah... saya bersyukur sangat-sangat dengan limpahan kasih sayang Allah pada saya... moga hendaknya, diperpanjangan dan berkekalan rahmat Allah pada saya pada tahun yang mendatang ini..

Ehm.. tak dapat nak bercerita banyak.. mungkin gamabr -gambar ini saja yang boleh bercerita...

KEK yang seribu satu cerita..... Illena... thank you so much....
Selepas hampir 13 tahun... kami jumpa balik... dan lebih beerti.. tahun ni sambut birthday dengan kengkawan lama....
Di restoran Nelayan Titiwangsa..... kita jumpa kembali @ex-SMKK... muah... love you all.... *L-R: Duduk: Mont, peoih, Ayun Belakang: Ilena, kak chik, dan Azah....