Salam...
Cerita tentang DiA..
Semalam, hantar email, beritahu aku yang dia akan balik kampung..
aku tenung kelender... terpisat pisat...
Baru nak balik kampung? getusku dalam hati...
Yelah.. tinggal tak sampai 48 jam untuk sambutan Christmas dan DiA masih di opis tatkala memberitahu aku tentang kepulangan DiA ke kampung...
Dan itu membuatkan aku terfikir...
Kalau di Malaysia... 3-4 hari sebelum raya, mesti dah bergelut pulang. berkira kira jalan mana harus diikut, pukul berapa haru skeluar kerana tidak mahu sangkut dalam jemmed...
Dan paling penting, cuti sebelum dan selepas raya mesti panjang panjang.
Tapi DiA.... rileks je.. Dan selalunya begitulah. Tak berkejar untuk balik kampungnya yang ambil masa kira-kira dua jam perjalanan.
Masih mahu memastikan segala kerjanya dan kerja pekerja di bawahnya menyiapkan kerja sebaik habis. Tiada alasan untuk kesilapan... untuk melakukan kali kedua...
Gerrrrrrrr.. kan bagus kalau aku boleh macam tu...
tapi bolehka??
Apa pun..
Untuk DiA...
Merry Christmas,.. as usual.. i'm happy for you...
Thursday, December 23, 2010
Balik kampung...
Posted by Shanika Latisha at 12/23/2010 01:05:00 PM 0 comments
tekanan
Salam....
mengadap mereka-mereka yang kurang faham tentang kerja, memang agak menaykitkan hati.
Dan itulah yang aku lalui hampir setiap hari...
Secara tak langsung, my blood go upstairs...
Tapi, di sebalik sukarnya memudahkan memahamkan orang,
Saya masih tak jemu memahamkan orang...
walaupun ada kalanya teretik dalam hati...
susah sangat ke nak faham....
Posted by Shanika Latisha at 12/23/2010 12:58:00 PM 0 comments
Wednesday, December 22, 2010
Inspirasi
Salam...
Kadang kala, inspirasi itu datang tanpa salam, tanpa pamitan...
Dan beberapa hari lewat kebelakangan ini,
Saya bagai ditiup inspirasi yang cukup lembut, yang cukup nyaman,
Hingga mampu membuatkan setiap zarah saraf saya hidup...
Dan dia,
pemberi inspirasi,
terima kasih yang tak terucap,
kerana kau,
membuatkan aku lebih mudah memilih,
lebih senang memberi, lebih terbuka menerima...
teman, terima kasih...
Posted by Shanika Latisha at 12/22/2010 09:54:00 PM 0 comments
komitmen
Salam...
Komitmen, dalam erti lain, tanggungjawab
Dan lebih mudah, amanah
Saya setuju itu dan untuk mengangguk pada satu-satu komitmen, bukannya mudah.
Tambah-tambah apabila ia komitmen sepanjang hayat, selagi nyawa dikandung badan, selagi nafas membelit jiwa....
Aduh...
Tegakah saya?
Posted by Shanika Latisha at 12/22/2010 09:50:00 PM 0 comments
licin... salji
Salam...
Disember makin berpenghujung...
Sajli yang memutih, melicinkan jalan, meliputi bangunan..
buat sata risau..
ya... risau...
sebab setiap tahun bila tibanya Disember,
kawan saya yang seorang itu akan selalu merunggut..
memberitahu sukarnya setiap pagi dan petang..
berkereta ke tempat kerja...
Uhhhhh... beberapa kali katanya hampir terbabas kerana licin jalan yang diselimuti salji...
TUHAN...
Sentiasa selamatkan dia ya....
kerana dia pendamai jiwa saya....
Posted by Shanika Latisha at 12/22/2010 09:45:00 PM 0 comments
Ingat ingat
Salam...
Kita selalu diingatkan...
Jangan terlalu selesa di satu tempat... di satu keadaan
Sebab...
lama lama, keselesaan itu akan membunuh kita dari dalam
akan membuatkan apa yang sepatutnya kita rasa,
menjadi tumpul... menjadi kaku..
Posted by Shanika Latisha at 12/22/2010 08:43:00 PM 0 comments