BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 31, 2011

Hero saya...

Salam....

see.... i like him... so much... ha..ha... inspired me this lately.... 

Friday, January 28, 2011

Rancang...

Salam...

Banyak benar yang saya rancang sejak kebelakangan ini... Sungguh... nak ke sana, nak ke sini, nak buat itu, nak buat ini... nak jumap orang tu, nak jumpa orang ni.... Fuh.... sana sini saya rancang dengan rancangan yang tak habis habis....

Apa pun.. moga apa yang saya rancang.. benar benar berlaku... Yang penting, moga impian dan doa saya di dalam  pelukan  Tuhan.................

Iklan jap....

Salam...

Iklan buat mereka yang mencari cari novel saya yang dikatakan agak sukar untuk di dapati di kedai kedai buku... Dan inilah solusinya.............


Mari beramai ramai serbu karnival Karangkraf  ini.....

Monday, January 24, 2011

atas.. bawah...

Salam..

Satu nasihat yang amat baik saya terima awal pagi ini...

Hidup ini sebenarnya mudah... kalau ikut prinsip kalau mengejar harta, tengoklah ke bawah... kalau mengejar ilmu.. pandanglah ke atas....

Ehm.. mudah dan cukup mendalam....
Dan rasanya, itulah ubat terbaik untuk mengubat hati hati yang sering saja dilanda iri hati, gundah gulana kerana kejayaan orang atau apa saja hal hal yang berkaitan dengan hati yang banyak dengan cas negatif...

Apa pun... saya cuba untuk bergembira....

Wednesday, January 5, 2011

Pecah retak

Salam..

Sejak beberapa hari lepas, mata kiri saya asyik terkejip kejip.
Tanya kawan, dia kawan, saraf je tu..
Tapi kalau dah tiga hari berturut turut, memang goyang juga hati ni....
Mimpi-mimpi yang hadir pun banyak yang lain macam..
Sampailah pagi tadi... bangun tidur... nak bagi ikan dalam aquarium makan...
Perasan ada air yang meleleh di sekeliling aquarium...
Sudah... aquarium dah retak...

Jadinya...
Berkejarlah ke Jalan Pudu..
Beli aquarium baru... ehm.. rupanya ada yang nak berganti... nak berumah baru...
Maka, seronoklah ikan-ikan saya itu...

Ingatkan itu saja..
Rupanya, ada berita tak begitu enak nak didengar...
Alahai hati pujangga jiwa.. sabar dan sentiasa waras ya...
everything will be okay....

Sunday, January 2, 2011

IDIOTS

Saya bukanlah pengejar filem baru setiap kali ditayangkan. Sebab itu, ada filem yang selepas beberapa bulan habis di pawagam atau bertahun kemudiannya, baru saya tonton.
Itulah yang terjadi dengan filem 3 IDIOTS.

Untuk rekod, masuk hari ni, dah empat kali saya tontong filem itu tanpa gagal di saluran Fiesta, Astro... Senang. Tak payah beli cd atau beratur beli tiket wayang.


4 kali... rasanya, filem nilah paling banyak saya ulang dalam 3 hari. maknanya:
Saya suka filem itu

Filem ini banyak mengajar saya erti persahabatan ( hinggakan saya terfikir, ada tak dikalangan senarai kawan saya yang akan mencari dan mengingati saya seperti Raju danFarhan serta Pia *tak lupa juga MM dan Chatur*

Lagu dalam filem ni buatkan hari saya ceria... dan maksudnya, mampu membuatkan hati saya tersentuh.

Saya ketawa tak henti-henti dengan kenakalan dan sinis jawapan Amir Khan..
Apa lagi???? saya kena tengok lagi nampaknya....

p/s: pesan Rancho.... lakukan sesuatu kerana minat dan buatnya dengan cemerlang. Kejayaan akan datang kemudian....

Salam Tahun Baru

Sekali lagi... Alhamdulilah...
Allah bagi aku kesempatan untuk hirup udara dan melihat keindahan 2011....
Sambut dekat mana? mudah...sambut di opis saja. Sebab kerja malam. Balik kul 12mlm... tengok bunga api dari rumah saja. tak payah penat redah jem, redah orang ramai...

Azam tahun baru?
Jangan tanya. sebab bagi aku, keazaman untuk melakukan sesuatu, tak perlu dicanang... tapi perlu dibuktikan dengan cemerlang... Then, kejayaan akan datang.
Apa pun, SALAM TAHUN BARU.