BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 25, 2011

sana sini....

Salam...

Aku memang suka haiwan. Tambah tambah kucing. Tapi,m oleh kerana aku tinggal di atas kayangan, maka minat yang satu itu, aku pendam.
Tapi kawan...
Aku tetap membela.  Aku bela hamster. Jenis syirian. Yang ni memang jenis besar. Gebus... Asalnya ada dua ekor. Sepasang. aku namakan yang coklat, Oji, yang oren, Oja. Memang jinak.
Tapi si Oji hilang tanpa dikesan masa aku bawa dia pulang ke kampung. memang aku sedih sangat-sangat.
Tinggal Oja.
Cukup seminggu, kesiankan dia yang sorang-sorang, aku beli lagi sekor. warna oren juga. Yang ni aku namakan dia Junior. Garang sikit ( sebab betina kot). So, duduklah diorang ni dengan harmoni dalam cage aquarium tu.
 Sebab dasar selalu rasa tak cukup (dan teringat ingatkan Oja yang warna coklat), aku gigih mencari lagi sepasang. Setelah mengharung beberaap tempat, hatta hingga ke Bangi, akhirnya aku jumpa apa yang aku idam dekat kedai di kawasan pasar pudu.  yes.. misi berjaya. Dari dua, la ni dah jadi empat. Cage tu pun nampak macam dah sempit.

Elok dua minggu aku beli yang baru, tup tup, satu petang, bila aku balik kerja, aku nampak ada benda merah-merah dalam cage. Bila aku pandang betul betul.. rupanya...

RUPANYA.. si Junior sudah beranak... enam ekor.. diulangi.. enam ekor.
Tapi, dua ekor mati. tak tahu kenapa. So, kerana tak mahu yang lagi tiga ekor tu makan anak-anak si Junior, aku pindahkan diorang ke cage lain.

Tadi...
Aku tengok, anak-anak si Junior dah makin kuat, makin besar... dan yang penting sihat. pergh... tak sabar nak tunggu diorang besar.. tumbuh bulu... nama???? Ehm.. entahlah...