BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 23, 2011

gila ke apa?

Salam..
Ngeri kan tajuk entry ni.. tapi itulah yang saya alami pada minggu-minggu terakhir ramadan ni. Banyak sangat cerita gila yang saya hadap sepanjang waktu itu.
1- Saya kena marah dengan `kawan jauh tapi mesra' saya... Nun.. Mr O..  sebabnya, ada budak opis buat gila ajak saya jadi girlfriend dia... ha.. ha.. tu gila tahap apa saya pun tak tahu. yang best dia dah `beranak pinak'..  So, i told my dear.. and you all can guest what his answer plus reaction... ( i thought.. if my Mr O was here.. at the time i told him this ridiculous story.. he will slap ( or even worse... give that particular person a good punch on face..) gila kan.. so, bawa-bawa la bertaubat.. ingat isi rumah... ingat dosa pahala..
macam Mr O saya cakap ( err.. nasihat) memang seronok kalau ada some body else beside our soulmate. But.. guest.. how long it will last? 2 month? 3 month? or just a few weeks? then what wil come next? of course.. disaster...
ha..ha... now i know betapa dia ambil berat dekat saya... ( cewah)
~Mr O.. i heart you okay for always give me a good, reasonable answer and advice..

2- Nak potong perut
Ni kerja saya dengan sorang kawan.. sapa lagi kalu tak Des...  saya cakap kat dia.. say anak potong perut sebab perut saya dah boncitttttttttt ( dia kata itu perasaan saya je...)

3- Kasih Alia..
Saya dah pernah cerita yang saya sedang gilakan drama bersiri ini. Dan natijahnya.. sepanjang bulan ramadan ini, saya langsung tak berbuka di luar. Hanya di rumah. Diulangi.. .hanya dirumah. Semata-mata sebab tak nak terlepas cerita ini seperti mana menyesalnya saya tak ikut cerita Nora Elena. (sebab ada Aaron Aziz.. tu je.. he..he..) adik dan Des kata.. ko memang giila...

Kesimpulan.. itu hanya sebahagian cerita gila saya pada seminggu dua ramadan ini. Itu tak termasuk lagi saya anak let go hamster yang dah makin beranak pinak... ( saya dah pening nak membela.. dah nak dekat 20 ekor.. sapa nak, roger saya...) Boboi kesayangan saya kena bedal sebab ada orang tak reti nak tengok side mirror sebelum buka pintu kereta.. selamat scratch sikit saja.. boleh hilang dengan polish (minta-minta boleh hendaknya...)
ehmm.. apa pun.. saya enjoy!!!!!!!!!!

Thursday, August 18, 2011

lainnya dierrrrrrrrrrrrrr

Salam...
Sapa tak kenal dengan si Harry Potter.. ye tak..

Dari yang ini.....



Ke ini...

Terkini...


Thursday, August 11, 2011

membelai jiwa..

Salam...
Dua tiga menjak ni.. saya bagai disihir dengan tiga lagu ni.. iskh... memang teruk sihir lagu-lagu ni.. sampai buka mata, saja, dalam kepala dh ada lagu ni.. nak buang maca mana tu??

1) Sofaz _ Dan Bila Esok
2) Alyah - Kisah Hati
3) Dedali- Saat Aku Mencintaimu...

Ayakkkkkkkkkkkk... disihir dan terus disihir oleh lagu-lagu ni...

pembawakan.....

Salam..
Rasanya, saya dah mula ketagih... ha.ha.. bukan ketagih candu, teh ais atau apam balik... tapi drama bersiri melayu... diulangi.. drama bersiri melayu...  (sapa yang kenal saya memang tau sangat dah peel saya yang tak suka ikut citer bersiri.. tetambah melayu...)
tapi.. disebabkan cerita ini...



saya dah mula ketagih yang ini pula...




Termasuklah...



Sambil-sambil menanti dan berbuka puasa, saya jamah dulu drama ini..
Dah..Dah... ketagih dah nampaknya...

Alahai..


Monday, August 8, 2011

penampar ala-ala transformer...




Salam..
Saya terpanggil menulis perihal ini kerana semenjak dua menjak ini, saya rasa amat rimas.. Rimas sangat-sangat kerana adanya seorang hamba Allah yang boleh saya kategorikan sebagai tak ret-reti bahasa... Dan andainya anda pernah melayari laman sosial facebook saya... saya pernah meletakkan status Mode: rasa nak bagi penampar ala-ala transformer... inilah cerita penuhnya...

Kawan sepejabat... hanya kawan sepejabat. Saya pun kurang mengenali hamba allah ini... Cuma baik kerana dah berada di bawah satu bumbung yang sama...
Tapi... tapi kannnnnnnnnnn.. dia ini memang saya rasa susah nak faham cakap melayu la kot... Berkali-kali mengajak saya ke sana sini... kuar makan.. kuar tengok wayang... gi jalan-jalan... Adoiya... minta maafla.. awak tu dah berkeluarga... ada yang menunggu-nunggu di rumah... Sungguh.. saya dah letih nak memahamkan dia.. yang saya bukan jenis kuar-kuar.. saya jenis suka memerap dalam umah.. dan paling penting... mengadap pc saya.. menyiapkan mss saya( yang saya rasa lebih afdal dari kuar tak tentu hala.. tambah-tambah dengan kepunyaan orang...)
Pun.. dia tak faham-faham... Saya rimas.. muak mengadap dia.

Dan datang bulan Ramadan....

Dan membuatkan hati saya terdetik... dia sapa nak menyebok saya berbuka dengan siapa atau di mana? Dan terkini... sekali lagi dia mengajak ( maybe the correct word is memaksa) saya berbuka puasa dengan dia...  dan bila saya cakap, saya dah berjanji dengan adik beradik saya untuk berbuka sekali, dia macam tidak puas hati. huh.......... payah kan. Dan boleh dia kata.. ala adik ipar you tu baru lima enam bulan.. bukan sarat pun... adoi.. kalau la boleh... memang saya nak bagi penampar ala-ala megatron kat dia.. then lenyek dia dengan bumbee... huh.. hati saya memang panas dengan statement kurang akal hamba Allah ni.. HELLO APA HAK AWAK NAK KUAR STATMENT MCM TU?

Dan untuk pengetahuan dia.. saya memang dah bertahun berbuka di rumah. saya selesa berbuka di rumah kerana tak perlu terkejar-kejar mengerjakan solat maghrib dan saya tak perlu terlepas terawih...

Tolonglah... jangan susahkan orang kalau dah tak boleh menyenangkan. Dan kalau dah sekali orang kata tak nak.. that's mean. TAK NAK... CUBA FAHAM BAHASA SIKIT... awak tu bukan budak-budak lagi...
ehmmmmmmmmm alahai...

Friday, August 5, 2011

Sukan la pulak...

Salam..
 Mei lalu, aku dah memulakan tugas di meja Sukan... meja yang dah lama aku hendak masuk... First day, kecut la juga.. tapi dah 3-4 jam kat situ, aku dah mula okay. tetambah pulak dengan member -member kat desk ni banyak membantu.
Di sini, aku di beri peluang cover Sukan Malaysia (Sukma). Penat beb.. tapi aku suka. Banyak aku belajar pasal sukan masa aku cover sukma ni. kenai la 2-3 member dari agensi lain.

tapi aku tak lama.. cukup sebulan setengah.. tup-tup aku kena pindah ke foreign desk.. senang citer aku jadi mangsa keadaan.. nak buat macam manat tak.. kita di bawah.. ada yang di atas...so, ikut je la.. hem...hemm

Chelsea , Malaysia, Singapura, Harimau Malaya.... 1

 Dah lama pun benda ni.. mesti ada yang dah baca dekat blog cik Aleya... so, ni cuit-cuit kenangan pada 21 Julai 2011 lalu di Staduim Nasional Bukit Jalil. Meriah.. Hebat... dan segala rasa.. walaupun resultnya semua orang dah tahu.. 1-0, saya tetap bangga dengan Team Malaysia... Bak kata Aleya.. gol tak aci..
he..he...




Bersemangat... sampai beli jersi... :)






Saya memang peminat setia Chelsea... tak kira la pemain dia ditukar-tukar setiap musim ke... pemain dia hensome ke... keeper dia best ke.. saya tak kira... saya fan Chelsea...





P/s: terima kasih buat cik Des... lain kali belanja tiket free lagi ya... :)


Aryana Balqis...

Salam..
Masih bercerita tentang Ramadan.
Kali ini tentang terawih saya dua malam lalu.
Saya dah nampak budak perempuan ni berjalan dengan ayahnya sejak turun dari lif lagi. Comel dia memakai teleking kanak-kanak dengan bunga berwarna pink. Tiba di surau, ayahnya sekadar meninggalkan dia di depan pintu surau sambil berpesan sesuatu. Saya sekadar memerhati dan menuju ke tempat wudhu. Tak sedar saya, tup tup, dia berdiri di sebelah saya. Dan bila saya mula mengambil air sembahyang, dia mula meniru. Dalam hati, alahai... kesiannya. Lantas saya menyuruh dia membuka dulu telekungnya. Tapi dia macam terpinga-pinga. Dan waktu itu, baru saya teringat. Budak itu berkomunikasi hanya dalam English dan bahasa Cina sementelah anak kacukan (antara apa dengan apa kacuknya, saya kurang periksa). Itu yang saya dengar apabila mereka dua beranak bercakap dalam lif pada awal tadi.
Jadi, saya pun menerangkan padanya dalam BI. step by step how to take wudhu. ha..ha...
Lepas dah ambik wudhu.. terkial-kial pula memakai telekung. Pun saya bantu.
Bila menunggu azan dilaungkan, dia beritahu saya. 'This is my first time at this kind of place," Saya cuma tersenyum sebab ketika itu azan sedang dilaungkan.
Usai azan, dia berkata lagi. I never wear this cloth (yang merujuk kepada telekung yang dipakainya,' saya katakan padanya, you look cute in this robe. And God must love you wearing this cloth," dia tersengih-sengih.
Dan selepas itu, bermulalah soal jawabnya. Dan ayat yang paling saya tak boleh lupa ialah... Kakak.. what is going on?' tanyanya apabila ada yang bersolat sunat, berselawat sebelum memulakan terawih.. dan sebagainya. Ehm.. jenuh jugak la saya nak jelaskan. satu, sebab umurnya masih muda. Tak lebih lapan tahun agakan saya. kedua, saya bimbang, words yang saya gunakan untuk menerangkan mengenai perbuatan dalam solat, disalah erti.
Dan apa yang membuatkan saya kagum dengan anak kecil ini, dia tak merunggut sekali pun walaupun dalam surau itu agak panas dan telekungnya asyik kena betulkan. Dan tak pernah tanya, lama lagi ke nak habis...
Dia bersolat dengan tekun ( walaupun mengikut orang kiri kananya dalam melakukan perbuatan, walaupun dia bergerak ke kanan ke kiri mungkin lenguh berdiri sewaktu ayat Al -Quran dibacakan dalam solat dan membetulkan cermin mata berbingkai putih yang dipakainya, walaupun ke surau seorang diri kerana ibunya bekerja)
Dan paling hebat, dia tekun sehingga witir.

Dan itulah Aryana Balqis, Si Comel yang saya jumpa dan harap akan terus jumpa. Moga hatinya suci, putih dan telus itu terus dijaga oleh Allah...

Salam Ramadan

Salam..
Saya mulakan entry ini (dah berminggu saya tak jengah) dengan ungkapan Salam Ramadan buat semua.. tak kira di mana anda berada.. (cewah...)
Ramadan saya tahun ini, agak tenang. Sementelah saya ditukarkan ke foreign desk.. masuk kerja kul 9 pagi, blk 5 petang sepanjang Ramadan, hidup saya memang aman.
Jadi, saya hanya memasak. Dari mula puasa, hinggalah semalam, saya masak saja. simple-simple saja. Dan untuk kuih, saya beli di bazar ramadan yang di depan rumah. Senang sangat. Alhamdulilah.
Terawih, masih di surau kecil di apartment sebelah. Tahun ini, ada kurang sikit jemaahnya. Maklumlah, semenjak tiada pelajar UPNM di kejiranan saya, suasana agak sunyi sikit. Faham-faham sajalah kalau berjiran dengan pelajar.  Riuh rendah. Tiap kali terserempak dengan pelajar-pelajar tu, saya mesti teringat momen-momen ketikda di UIA dulu.. indah...

Apa yang pasti, Ramadan ini masih menjanjikan ganjaran Rahmat dan Berkat yang tidak putus-putus...