BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 30, 2007

Seiring Sejalan....


Kita rapat, kita berkawan, kita berkongsi sesuatu dengan seseorang, semuanya ditentukan oleh Dia. Kadang kala, kita tak faham mengapa dan kenapa kita kenal dengan seseorang itu. Macam sahabat aku ni: Bad, Bib, Aleeya, Suzie, Kak Jibah, Fatimi dan Abang Zamri. Kalau nak diikutkan, memang tak ada satu pun yang common antara kami ni tapi serasinya, tuhan saja yang tahu.
Tapi kan, seingat aku, satu benda sama antara aku , Bib dan Aleeya ialah, kita orang mempunyai sebuah masalah besar yang sama. Apa bendanya tu, tak payahla aku ungkaikan di sini cumanya, masalah problem kami ni, memang cukup lawak.... :)
Lawak tak lawak, macam yang mama aku selalu cakap, kawan tu anugerah dan Yang terpilih saja yang akan dapat. So, terima kasih selamanya kerana menjadi anugerah terbaik buat diri aku.....


Ops... syahdu la plak tetiba... ni mesti sebab dah lama tak jumpa diorang.. :(

Monday, October 29, 2007

Adoi... tercabut tangan...


Pengalaman berkayak menjelajah pulau-pulau di sekitar Krabi memang syok... walaupun macam nak tercabut tangan aku mendayung ngan member aku, Idora. Sepanjang berkayak, macam-macam yang kita orang jumpa. Batu berukir muka orang la... bentuk gajah la... bentuk burung helang la... ehm, mmg menggagumkan. Tak lupa, berkenalan ngan monyet-monyet pulau. Fuh, kalau sukan olimpik ada kategori berenang bagi haiwan primat, aku gerenti mahkluk ni menang besar... kih.. kih..


Cuma yang tak best tu.... naik je ke darat... peh, muka memasing jadi hitam... sun burn dia... jgn cakap. pakaila sun block apa pun, for sure tak jalan punya... apa nak buat... dah nak berkayak sangatkan...? :)

Indahnya Krabi, Thailand...



Saja nak berkongsi....bulan Ogos lalu, bos Cheq dengan baik hatinya menghantar Cheq ke Krabi, Thailand. Tugasan luar negara pertama Cheq.. Pergh, best... Teruja sangat-sangat... Buat yang pertama kali menjejak kaki ke Thailand macam Cheq ni, memang banyak yang nak di explore... Paling penting, negara Gajah Putih ni, Cheq dah sampai... Dan group kami disambut oleh si montel ni... Best tapi bau dia.. Ya Rabbbbiiiiii!!!





















Izinkan ku singgah di sini...


Entah mengapa, hati tak pernah terbuka langsung untuk mewujudkan blog ini walaupun telah dipujuk, disuruh malah ada di antara sahabat yang mahu membinanya untuk aku. Namun, setelah rakan pejabat menunjukkan blognyer, hati aku tetiba jadi `sejuk' dan lantasnya meminta dia mengajarku. Bukanlah aku ini buta IT namun sejak sekian lama tak terjerumus dalam hal-hal IT ni, kepala terbeku sekejap.. Dan akhirnya, inilah hasilnya walaupun tak seberapa....

Akhirnya...


Setelah sekian lama, akhirnya Ika Latisya hadir menemui semua dalam edisi yang paling di tunggu... menerusi blognya.. :)