Kita rapat, kita berkawan, kita berkongsi sesuatu dengan seseorang, semuanya ditentukan oleh Dia. Kadang kala, kita tak faham mengapa dan kenapa kita kenal dengan seseorang itu. Macam sahabat aku ni: Bad, Bib, Aleeya, Suzie, Kak Jibah, Fatimi dan Abang Zamri. Kalau nak diikutkan, memang tak ada satu pun yang common antara kami ni tapi serasinya, tuhan saja yang tahu.
Tapi kan, seingat aku, satu benda sama antara aku , Bib dan Aleeya ialah, kita orang mempunyai sebuah masalah besar yang sama. Apa bendanya tu, tak payahla aku ungkaikan di sini cumanya, masalah problem kami ni, memang cukup lawak.... :)
Lawak tak lawak, macam yang mama aku selalu cakap, kawan tu anugerah dan Yang terpilih saja yang akan dapat. So, terima kasih selamanya kerana menjadi anugerah terbaik buat diri aku.....
Ops... syahdu la plak tetiba... ni mesti sebab dah lama tak jumpa diorang.. :(
0 comments:
Post a Comment