BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 29, 2007

Wayang....



Kih.. kih.. setelah lama tak buat gheja gila, malam Jumaat minggu lepas, Cheq, Bib, Aleya ngan Uji pi tengok wayang. Bukan satu tapi dua sekali.. Pergh.. lega.

Cheq pun tak percaya yang boleh berjaya buat gheja gila tu. Chegitanya... tengah hari tu, Cheq rasa kosong sangat. Tak tau la pasai apa... Mungkin dah letih sangat kot... tepon la Aleya. Dia kata ada kat Bangi. Tapi Cheq tau dia pun mengeledik nak ikut... Tanya kat Bib, dia on jer. Uji pun.

Pi mai, pi mai, dalam pukui 8 malam, Cheq berjaya melarikan diri dari opis. Terus pi ambik depa kecuali Uji yang dah dok tunggu siap-siap kat Mid Valley. Pilih punya pilih, tengok la dua chegita. The Kingdom dengan Enchanted... Tak tau la pasai apa kami boleh pilih chegita The Kingdom tu. Penat gak tengok chegita tu..... Yela.. action movie... Mau tak pecah kepala. Selamat la ada Jenifer Garner.

Lepas habis chegita tu, jeng.. jeng... yang kami semua tunggu. Chegita Enchanted. Cheq dok sebelah Aleya. Minah tu, gelak tak habih-habih. Kira okeyla chegita tu... Ala, Chegita budak-budak. Tak payah pikiaq pun. Layan gelak jer.

Balik, lepak makan dan minum dulu. Dalam best-best tu, bos Senyum hantaq masej. Suruh Cheq mai awai kat opis esok sebab nak kena stanby buat story.. Adoi... depa semua pakat gelak kat Cheq...

Ehm, dalam pukui 3 lebih tu, kami pun balik. Letak kepala.. terus layan mimpi...
Itula Chegita Cheq. Dah lama tak buat gila.. sesekali, pergh, best oit...







Saturday, November 24, 2007

Serik...


Ehm... tu la oghang tua dah pesan... kalau nak sesuatu, baik berquru, belajaq dulu dengan oghang yang lebih bijak pandai. Jangan nak hentam jer...

Tu la yang Cheq belajaq hari ni... Alkisahnyer, teringin nak tukaq skin pamplet bloq Cheq ni. Ye la.. tengok oghang lain punya, lawa-lawa. Yang Cheq punya, besa ja.

Puas mencari, dapatla yang berkenan dalam hati. Cheq ikut arahan kat dalam tu sambil-sambil cuba buat-buat pandai-pandai sendighi.

Bila Cheq preview ja.. jenuh gabra. Mana taknya.. banyak input yang Cheq bubuh kat dalam blog Cheq ni tiba-tiba hilang. Nak menangis la juga. Gobek punya gobek, dapat la balik yang asal ni.

Ehm... tak tau la kalau tak dapat balik yang asai benda ni. Mau menangis gamaknya..

Bak kata oghang tua-tua... malu bertanya.. padan muka...

Kui...Kui....

Wednesday, November 14, 2007

Nak chegita mai...


Sejarah Melaka -

Kenapa Kedah, Penang & Perlis tak diserang Portugis?

1508, Alfonso De Albuquerque meyampaikan hasratnya kepada raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara masa tu) dan jugak laluan penting perdagangan timur barat.

Raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15,300 (anggaran) bala tentera.

1509- Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.

Oct 1511 - Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Kasturi).

Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..

Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

Pada 1513... setahun 12 bulan kemudian, Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah dan Pulau Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1514 - Alfonso menghantar perisik ke Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan Pulau Pinang).

Mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...

Seminggu selepas Feb 1519, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso.

Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah (setelah diterjemahkan).


Perisik 1.2.3 : selamat pagi tuan (sambil bertabik)

alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Beginilah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang

alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah)

Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak p mana, hang singgah dulu, hang gila, hang pasai apa, kepala hotak hang, mangkuk la hang ni, pungkok hang, kepala toya hang, lantak hang la, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam-macam lagi hang ada kat sana .....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang Kedah, Perlis dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan ini kan pula nak berhadapan beribu-ribu "hang"....


kah.. kah...

Tuesday, November 13, 2007

Dia mai dah...


Cerita sebenaq P.Ramlee(yang tak akan hangpa dapat dari mana-mana hikayat dan persuratan Melayu klasik.

Dia seorang pelakon, penyanyi, komposer,pengarah, pelawak, penulis skrip, etc. Dia seorang Seniman Agung yang terkenal. Semua orang tau pasai tu.

Tapi hangpa tau tak P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik-beradik?

Tiga daripadanya adalah artis. Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh seorang pakar sejarah. Berikut adalah nama adik-beradiknya:

A Ramlee, B Ramlee, C Ramlee, D Ramlee, E Ramlee , F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee , O Ramlee, P Ramlee, Q Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee.

Tapi yang sempat rakam album dan jadi artis cumalah: A Ramlee, L Ramlee, M Ramlee dan P Ramlee.

Beliau jugak ada 3 saudara pupu di mana dua daripada depa ni bergiat dalam bidang musik iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip.

Manakala seorang lagi terlibat dalam bidang perniagaan.. iaitu Ramli Burger.


Sekian terima kasih.


Wekekekekekekekek....

Saturday, November 10, 2007

Pabila Sabtu menjelma...

Adoi.... memang lemah betui Cheq kalau mai gheja haghi Sabtu. Bukannya apa. Cuma bab makan tu lecei sikit.

Chegita mai.... punyala lapaq hari ni... Dah la kantin tak buka, kedai makan kapitalis kat depan opis pun seghupa juga... Mai pukui empat lebih, perut semua oghang mulala berbunyi.

Tak tahan... Abang MIB mencemar duli pi beli roti canai. Pergh.... sedap oii.. Dah tengah lapaq... hujan pulak tengah haghi tu.. 12 keping dia beli... clear sekelip mata.... Macam ikan pirhana...

Time-time ni la baru ghasa makan semeja ngan Srikandi Maliah, Yanz Smile, Shahrul Blur dan Tun Joana.... Bukan depa tak sudi tapi masa tak kena time... sibuk memanjang... Kalu Dang Timi ada, laghi syok Cheq ghasa...

Yang lawak tu, bos Zuki ngan Abang Yusman pun joint sekali.... Nampak sangat semua oghang lapaq...

Tu dia... kena roti canai kuah kambing ngan kacang dhal... semua tersandaq...

Cheq nak habaq mai....


Tu dia.. haghi minggu mai dah. . Bagi yang gheja, pasti menarik nafas lega kerana inilah waktu berehat.
Tapi bagi Cheq, cuti tak cuti, sama ja. Dah kejha macam ni, tak dak beza langsung... kalu nak betui-betui cuti, kena minta cuti panjang. Baru berbaloi.

Tak ada apa sangat yang jadi kat ceq sepanjang minggu lepas. Cuma nak habaq mai, yang paling tak dapat ceq lupa, jamuan hari qaya kat Alaf 21 aghi tu. Cheq bukanlah kejaq sangat bab makan tu cuma saat berjumpa dengan kawan-kawan lama, tu lagi penting.

Plen punya plen, cuma Aleya yang jadi ikut. Bib tak dan sebab ada kelas. Cheq pun masa makan tengah hari, pi ambik minah tu kat tempat gheja dia. Yang lawak, dua-dua tak ingat roundabout mana kena masuk nak p Alaf. last-last, Cheq masuk semua roundabout. Kih.. kih... Yang penting, jumpa.

Kat sana, qhamai la yang Cheq jumpa.... Oiii.. meriah sungguh. Lagi satu, Cheq dan jumpa kawan lama Cheq masa kat UIA. Cumanya, kami tak dan nak gebang lama-lama sebab dia nak kena balik opis.

Lagi satu Cheq nak habaq... selalunya Cheq yang interview orang.. Ari tu, Cheq yang kena interview. Dengan RTM pulak tu.... Gelabah la juga Cheq... Ya la.. Cheq bukannya mesra kamera sangat.... Selamat masa tu dengan Aleeya... Kalu tak... Wa... kelu lidah Cheq...

Kalu oghang lain pi rumah terbukak dapat kuih muih, Cheq pulak, dapat buku... Ala, complimentary yang Cheq tak pi tuntut... belambak-lambak la pulak... Tu dia.. jenuh Cheq nak baca..

Kak Saadi dan sindiaq Cheq.. `Lain kali `ghajin sikit mai sini.... Jangan time nak hantaq manuskrip ja nak nampak batang hidung..." He.. he.. sorryla. Cheq memang tak dan. Kalu dekat, dah lama Cheq pi....

Masa balik, tersalah ambil jalan.. terpaksa la balik kot jauh.... Selamat tak terbabas sampai Klang... Kalu tak... Deepavali la Cheq kat Klang dengan pakai baju kebaya.. hu.. hu...

Diam tak diam... banyak yang dok jadi kat Cheq dua tiga menjak ni. Banyak yang Cheq belajaq walaupun pada sesetengah oghang, benad tu nampak tak dak apa. Pengalaman kawan-kawan Cheq yang depa dok chegita kat Cheq, banyak tolong Cheq tengok dunia ni macam mana...

Paling penting, Cheq rasa, Cheq dah makin pandai menilai orang, menilai keadaan. Laghi satu, Cheq dah makin tenang.. Tak kelam kabut macam dulu laghi kalau jadi apa-apa. Mama Cheq habaq, tu salah satu tanda kita dah makin matang.. Ehm... matang ke Cheq ni?

Monday, November 5, 2007

Ujian di Penghujung Syawal...


Alahai... banyak betul ujian yang diberikan kepada aku sejak dua menjak ni. Bukan nak mengeluh,merungut, marah atau sedih cuma sedikit `lelah' untuk menghadapinya.

Bermula dengan belakang kereta aku dicium, walaupun sekadar tercalar, aku dah mula rasa tak sedap hati. Dan gerak hati aku yang resah ternyata memberi petunjuk ada lagi ujian lagi besar menanti.

Boboy (gelaran pada kereta yang merangkap buah hati aku) menjadi mangsa aktiviti tak berhati perut manusia yang inginkan hak orang lain dengan mudah namun kejam.

Ceriteranya bermula apabila Ujie ajak aku minum dekat Sup Meletup pada malam Sabtu lepas (2/11/07).Ikutkan,aku agak keberatan untuk mengiyakan pelawaan kawanku itu sementelah perut aku telah pun diisi penuh semasa majlis hari raya anjuran unit pengarang Utusan.

Memikirkan tiada sesiapa pun di rumah pada malam itu dan aku tak ingin keseorangan, aku pun dari pejabat terus ambil Ujie dan singgah di tempat yang dirancang kira-kira pukul 9.30 malam. Di sebabkan di depan kedai makan tu penuh, aku parking di sebelah jalan, bersisikan Apartment Cemara. Lagipun, bukannya aku tak pernah parking kat situ.

Borak punya borak, jam menginjak 11.00 malam. Ujie ajak aku balik. Sampai jer kat kereta, aku terus ke sebelah pemandu dan sebaik saja aku buka pintu, Ujie panggil aku. Dengan tak rasa apa-apa, aku ke sebelah sana dan...

"Boboy kena pecah la ika..." Dan aku pun tak terkata apa-apa. Aku jenguk ke dalam kereta melalui cermin tingkap belakang sebelah kiri yang dah berderai.

"Beg aku dah kena kebas la..." kata aku. Masa tu juga baru aku teringat yang kedua telefon kesayangan aku ada dalam beg tu... Dan apa lagi, mati kutula aku. Nak telefon sapa, semua nombor ada dalam tu.

Akhirnya, aku mesej mama, minta nombor telefon angah. Mujur masa aku telefon angah, dia tak balik ke rumahnya di Balakong lagi. Dalam 15 minit macam tu, angah sampai dengan Cik Kerry, kawan dia yang badan beso tu. Dah ambil gambar apa yang patut, angah bawa balik Boboy ke opis dia.

Ingatkan dah settle masalah tu. rupanya, tak juga. Kunci rumah aku pun lesap sekali dalam kejadian tu. Selamat masa aku sampai kat rumah, housemate aku tak tido lagi. Fuh... kalu tak, ada la yang tido kat luar atau masjid....

Next day, pepagi lagi, aku dah terpacak kat kedai kunci. Aku buat kunci baru tapi hampeh.. satu kunci tu tak leh guna la pulak... Dalam pukul 10.30, Angah sampai kat umah aku dan mujur aku ada kat bawah apartment aku, nak telefon dia.

"Cermin keta dah settle. tak tinted je lagi," aku anggukkan saja. Yelah.. Tinted tu, lain kali ajerlah. Then, aku hantar angah kat Ukay Perdana...

Adoi... lelah aku. Sampai jer kat opis. terus aku buat kerja apa yang patut dan sepantas boleh. Mujur hari tu hari Sabtu, kena buat translation ruangan antarabangsa jer. Dalam pukul 3.00, aku tepon Angah dan suruh aku call Izah, awek dia, temankan aku pergi Maxis Center.

Aku keluar opis dalam pukul 4.00 ptg, terus ambil Izah kat UM then ke Maxis Center kat KlCC. Punya la seksa cari parking.. last-last dapat juga. Masuk kat MXC, ramai la orang beratur. ehm... Dalam kul 5.45, baru aku dapat balik sim card baru. Barula rasa `bernyawa' sikit. Ingat nak beli handset baru, modal tak beberapa best lak. So, Izah pinjamkan aku handset dia.. kira cincai la sebab tengah darurat ni...

Balik tu, baru singgah buat laporan polis. Mulanya aku maleh nak buat tapi kakak kesayangan aku, Kak Najibah suruh juga aku buat. then kawan aku, Shahrul pun suruh aku buat. Dan aku pun pergila buat.... Kat Balai polis Salak Selatan. Tak pasal-pasal, aku masuk balai.. walaupun cuma nak buat laporan.. (ni kena mandi bunga ni...:) )

Alahai... dah settle, aku pun bawa la si minah tu gi makan. Dan masa tu, baru aku sedar aku dah mula fobia. Jantung aku ni... dup dap.. dup dap jer masa makan tu. Kesiankan kat aku... :(

Balik jer rumah, aku tak leh tidur langsung walaupun dah nak dekat 24 jam benda tu jadi. Terbayang-bayang Boboy yang menjadi mangsa... terkedu aku apabila kedua telefon aku kena kebas..

Ehm, bak kata kak Najibah, jangan fikir sangat benda yang dah hilang... sebab tuhan nak gantikan dengan yang lebih baik... Dan yang lagi penting, benda tu dah bukan rezeki kita... Dalam hati, aku anggukan saja sebab dah jelas betul kata dia..

Itulah ciretera aku...


Yang lawaknya...


  • Ujie yang terduduk masa tengok Boboy yang kena pecah... Aku??? tah, boleh cool gile masa tu.

  • Masa angah sampai jer kat crime scene, aku terus ajak Ujie gi tandas. Tak tahan dah. Dah jumpa tandas, kunci la pula. Terpaksa aku guna tandas lelaki...

  • Selamat aku simpan paper kat dalam kereta. Aku dapat nombor telefon opis dari paper tu dan terus aku tepon. Megat Lutfi yang jadi OC malam tu... Megat.. TQ!!!

  • Cuma tiga nombor jer yang aku teringat nak minta masa tu... Kak Jibah, Abang Zamri dan Su.

  • Orang pertama yang aku call selepas angah adalah Abang Zamri. Sebab apa? Jangan tanya sebab aku pun tak ada jawapannya....

  • Beg yang hilang tu, actually aku dapat jer.. Dan bukannya ada apa sangat pun. Kalau tak salah aku, selain telefon, yang ada daalm beg tu ialah barangan make up, CD A Walk to Remeber (Bib, nanti aku ganti balik tau...) dan buku perubatan serta ubat yang aku baru ambil... Ehm, aku ingatkan... pencuri tu mesti menyesal gila... tak balik modal pun dia curi beg aku tu... kah.. kah..!!!!

He... he.... Betulla orang cakap.. dalam duka, pasti terselit suka... Dalam bencana, pasti tersembunyi hikmah.... Jadi, selagi kita bertenang, selagi kita redha.. Insya Allah, yang berat akan jadi mudah dan yang kusut akan terungkai...

:)



Friday, November 2, 2007

Alahai....



Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke mana pun langkahku pergi

Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu

Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja

Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu

Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…


Aku percaya lagu ni memang semua orang selalu dengar. Dah masuk dalam kategori `lagu berhantu' sejak ia mula menyerang corong-corong radio di Malaya ni.
Sekadar berkongsi, aku ni bukanlah minat sangat Anuar Zain tapi lagu ni memang berjaya mencuit tangkai hati aku. Ada sesuatu pada lagu ni yang membuatkan aku `lekat' padanya. Apa dan kenapa... aku sendiri tak tahu...

Dan aku rasa, biarlah ia terus begitu. Kadang kadang, jika terlalu mengetahui, hidup akan mudah menjadi bosan dan aku percaya, kerahsiaan yang wujud dalam setiap perasaan seseorang itu, membuatkan kita rasa ada sebab untuk menanti munculnya matahari setiap hari...


:) ....