BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 10, 2007

Cheq nak habaq mai....


Tu dia.. haghi minggu mai dah. . Bagi yang gheja, pasti menarik nafas lega kerana inilah waktu berehat.
Tapi bagi Cheq, cuti tak cuti, sama ja. Dah kejha macam ni, tak dak beza langsung... kalu nak betui-betui cuti, kena minta cuti panjang. Baru berbaloi.

Tak ada apa sangat yang jadi kat ceq sepanjang minggu lepas. Cuma nak habaq mai, yang paling tak dapat ceq lupa, jamuan hari qaya kat Alaf 21 aghi tu. Cheq bukanlah kejaq sangat bab makan tu cuma saat berjumpa dengan kawan-kawan lama, tu lagi penting.

Plen punya plen, cuma Aleya yang jadi ikut. Bib tak dan sebab ada kelas. Cheq pun masa makan tengah hari, pi ambik minah tu kat tempat gheja dia. Yang lawak, dua-dua tak ingat roundabout mana kena masuk nak p Alaf. last-last, Cheq masuk semua roundabout. Kih.. kih... Yang penting, jumpa.

Kat sana, qhamai la yang Cheq jumpa.... Oiii.. meriah sungguh. Lagi satu, Cheq dan jumpa kawan lama Cheq masa kat UIA. Cumanya, kami tak dan nak gebang lama-lama sebab dia nak kena balik opis.

Lagi satu Cheq nak habaq... selalunya Cheq yang interview orang.. Ari tu, Cheq yang kena interview. Dengan RTM pulak tu.... Gelabah la juga Cheq... Ya la.. Cheq bukannya mesra kamera sangat.... Selamat masa tu dengan Aleeya... Kalu tak... Wa... kelu lidah Cheq...

Kalu oghang lain pi rumah terbukak dapat kuih muih, Cheq pulak, dapat buku... Ala, complimentary yang Cheq tak pi tuntut... belambak-lambak la pulak... Tu dia.. jenuh Cheq nak baca..

Kak Saadi dan sindiaq Cheq.. `Lain kali `ghajin sikit mai sini.... Jangan time nak hantaq manuskrip ja nak nampak batang hidung..." He.. he.. sorryla. Cheq memang tak dan. Kalu dekat, dah lama Cheq pi....

Masa balik, tersalah ambil jalan.. terpaksa la balik kot jauh.... Selamat tak terbabas sampai Klang... Kalu tak... Deepavali la Cheq kat Klang dengan pakai baju kebaya.. hu.. hu...

Diam tak diam... banyak yang dok jadi kat Cheq dua tiga menjak ni. Banyak yang Cheq belajaq walaupun pada sesetengah oghang, benad tu nampak tak dak apa. Pengalaman kawan-kawan Cheq yang depa dok chegita kat Cheq, banyak tolong Cheq tengok dunia ni macam mana...

Paling penting, Cheq rasa, Cheq dah makin pandai menilai orang, menilai keadaan. Laghi satu, Cheq dah makin tenang.. Tak kelam kabut macam dulu laghi kalau jadi apa-apa. Mama Cheq habaq, tu salah satu tanda kita dah makin matang.. Ehm... matang ke Cheq ni?

0 comments: