BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 31, 2007

Penutup 2007

Hujung minggu tiba lagi... Dan kali ni, yang paling best Cheq rasa sejak beberapa lama. Maksud Cheq, weekend terbaik bersama kawan-kawan...

Semalam, Cheq pi berkelah... Kat Sungai Gabai, Ulu Langat.... Pergh, best Cheq habaq... Tempat dia pun cantik... Ayaq dia pun okey.. tak cangkat dan tak dalam sangat... tengok ayaq terjun dia... terpegun la jugak.

Ehm.. Ada gak chegita dia sebaliknya...

Dua tiga hari sebelum tu, Cheq janji nak pi sana dengan Bib dan Ujie. Baik punya plan. Tup-Tup, pukui lima pagi semalam, Bib hantaq mesej, kata tak boleh pi sebab kawan baik dia, kaisara mai... (period la tu....) So, dia tak selesa nak pi.

Dah satu bab. Ni ujie punya hal pulak... Cheq telepon dia dari pukui tujuh... sampai pukui 9.30.. haram satu pun dia tak angkat. hangat hati la jugak kat minah ni. Dah la tu... mesej pun tak reti-reti nak balas... Awat??? Susah sangat ka nak angkat telepon, balas mesej kata tak jadi pi... Bukannya susah mana pun... Dia tak jadi pi, Cheq tak marah pun tapi yang Cheq bengang tu.. haram tak habaq apa-apa.....Menyusahkan oghang saja.

Selamatlah Kak Ina Taiping tak ada masalah. Dengan dia, Cheq senang betui. Lagi lawak, Cheq habaq kat dia pun last minit... Dalam pukui 11 malam lebih. Tu la.. tak guna berjanji beriya-iya, last-last, tak jadi. Baik on the spot jer.... Tak sakit hati.

Cheq dan la jugak masak mantou sebelum nak pi tu. Ala.. tak susah pun. Lagipun ,semangat nak memasak tu, morning glory sikit sebab Cheq baru ja beli periuk nasi.. Pi beli ngan Kak Najibah... He.. he.. tu yang tak tambah syok tu..


Ehm.. mula-mula ingat nak pi Sungai Tekala tapi rasa jauh sangat, kami singgah sungai Gabai ja. Tu pun, dah cukup best. Macam yang Cheq chegita tadi la.... Cheq pun berendam la dalam sungai tu ngan Kak Ina Taiping. Best!!! sambil berendam, berchegita sakan la kami dua oghang... Dari bergosip, luahan perasaan sampaila lawak-lawak bodoh... semua chegita habis... Sedaq tak sedaq, nak dekat sejam kami berendam...

On the way balik, kami singgah makan. Kat area tu juga tapi Cheq nak habaq mai.. tempat ni lagi best. Jeram dia lagi syok... ayaq dia pun best. Ingat lain kali nak mandi kat situ ja. Makan mee rebus dengan laksa dia pun not bad....

Bila perut pun dah kenyang, mulala cargas sikit... Cheq ajak Kak Ina Taiping pi Low Yat sebab ada barang nak beli. Dia pun okay ja... Tapi sampai ja kat trafik light Chan Sow Lin, Kak Ina Taiping bukak chegita ikan. Dan akibat syok chegita dia, kami tukaq plan pi Pasar Pudu.

Meronda sakan gak Pasar Pudu ni. Meriah dengan oghang juai ikan bela. Macam-macam jenis. Murah la jugak. Cheq beli la juga ikan silver shark dua ekoq. Nak dekat pukui lima setengah, kami pun cabut balik.

Ehm... penat gak tapi memang best. Rasanya nilah perkara terbest untuk tutup tahun 2007...


2008? Tak tau la nak mai macam mana.... kih... kih...


Friday, December 28, 2007

Cameron with Love....

Alkisah.... cuti Cheq kali ni memang panjang betui. Cuti Raya Haji, Raya orang putih, lepaih tu, campuq cuti tahun, nak dekat lapan hari Cheq cuti... Pergh... sampai naik boring la jugak.

Ceghita pasai cuti, Cheq bawa la famili Cheq pi Cameron Highland. Kami pi raya ketiga (Sabtu, 22/12). Lepaih Subuh jer, kami bertolak dan macam biasa, Angah bawak kereta. Ting tong, ting tong, kami sampai kat sana dalam pukui 9 pagi,(ikut Simpang Pulai). Sejuk la jugak....

Dari tempat kaktus, bunga ros, strawberi sampaila ladang teh, semuanya kami pusing. Yang best, langsung tak hujan sebab dua tiga hari sebelum tu, mamu awie kata hujan lebat kat sana. Cheq tak heran sangat hujan tapi yang takut tu.. tanah runtuh jer.. Ehmm... kira okey la tak jadi apa-apa...

Apa lagi.. shopping sakan la kami semua. Cheq beli seat belt cover yang ada strawberi. Jenuh kena gelak dgn depa semua. Yang lain-lain tu, macam biasala.. beli teh, buah, sayuq....Abah pulak, dia beli madu...

Mula-mula plan, nak tiduq sana tapi memandangkan kami dah pusing habis kat atas tu sebelum pukui enam, so, tak jadi la. Ehm.. lain kali la kot. Syok sikit. Elok jer kami on the way nak turun, hujan. Kira tak ler terkilan sangat sebab semua tempat yang nak pi dah pi...

Itula ceghita Cheq... Cameron... Not bad la... Tapi Cheq tak suggest untuk honeymoon. Tak berapa `kick'. Kalau setakat nak pi cuci mata, nak rileks, bolehla....
Kih.. kih.. rasanya, nak pi lagi ni...Tapi tak tau bila....

Tuesday, December 18, 2007

Termakbul doa Cheq


He.. he.. Sabtu lepas 15/12/2007, hasrat Cheq nak beli printer gambaq yang diidam-idamkan sejak beberapa bulan lepas..


Chegitanya, petang Sabtu, Chek Ann ngan Shahrul Blur temankan Cheq pi Low Yat... Tera nak sampai tempat tu, tersangkut dalam jem.. Adoi... Dah la jem, Sharul Blur selaku pemandu tak rasmi,tersilap jalan pulak sampai kena keluar dan tempuh lagi sekali depan Berjaya Times Square yang jem macam kura-kura....


Ehm, dah settle bab tu, kami pun memulakan ekspedisi mencari barang-barang yang hendak dibeli. Shahrul Blur beli PDA, Chek Ann pulak beli SD Card...


Cheq pulak... setelah berpusing-pusing kat dalam tu nak dekat sejam, barulah terjumpa printer yang Cheq nak tu... Tu pun Chek Ann yang jumpa.... Kat kedai Canon....


Malam tu, Cheq pun mencubalah printer baru tu... best jugak walaupun terkedek-kedek dok guna benda alah tu.. Last-last, bolehlah...


Lepas ni, senang la sikit Cheq nak print gambaq yang Cheq tangkap...He.. he.. bertambahlah gian Cheq nak mengambik gambaq lepas ni...


Ehm macam yang Chek Ann cakap, lepas ni, kumpul modal, buat beli lens pulak. Baru syok ambik gambaq...


Chek Ann.. Cheq sayang kat hang sebab hang saja yang faham minat Cheq ni.... Tengkieu...

Wednesday, December 12, 2007

Hari Off....

Semalam, hari off Cheq. Mula-mula ingat maleh nak cuti tapi memandangkan mood Cheq tak beberapa cun dua-tiga hari ni, Cheq rasa, lebih baik Cheq tak mai opis...

Pagi yang tak seberapa pagi, Cheq tetiba teringin nak pi buat facial dan rawatan resdung kat Pandan. Kat Felisa. Cheq pun pi la sana. Tunggu punyala lama... Dan Cheq pi meronda kat Pandan Capitol. Jumpa la jugak dua tiga kedai yang Cheq berkenan. Tengok jela sebab tak rasa nak beli masa tu.

Lepas nak dekat dua jam tunggu, dapatla Cheq buat facial tu. Bolehla. Yang lawaknya, masa buat facial, perut Cheq berbunyi. Masa tu la Cheq baru teringat yang Cheq tak makan apa-apa lagi. Baru rasa nak lapaq...

Usai buat facial, cheq terus balik umah. dah tak ada hati nak pi mana-mana. Lagipun dah plan nak buat novel tu bagi habis.. tak pun, kat mana yang patut....

Dan gak Cheq pi hantaq comforter Cheq yang dah dok bertangguh untuk dicuci.. Pergh.. punyala mahai.. sampai RM28.... ehm, lepaih ni, pikiq dulu la nak hantaq kat kedai dobi tu... Cekik darah ke hapa thah...

Wek... bosan gak off kalau tak ada geng.... rasanya, ni last kot Cheq ambil off masa weekdays.... BOSAN!!!

Ni kalau Cheq habaq kat mama, rasanya, ayat dia Cheq dah boleh agak... `Tula.. kalau ada boypren kan senang... tak rasa bosan. Ada gak kawan nak diajak berjalan-jalan...'

Ehm... dah tak ada yang berkenan... Nak buat macam mana. By the way, i'm still having a good life... and I'm happy what i'am doing plus have now...

Itu lagi pentingkan???

Saturday, December 8, 2007

semalam yang hangat...

Yessss zaaaa... setelah setahun berhempas pulas akhirnya usaha Cheq berbaloi...

Semalam.... (7/12/2007) , setelah sekian lama.. lebih tepat, selepas konvo, Cheq sekali lagi naik ke pentas untuk terima hadiah... kali ni kat Menara KL...

Tak tau la nak kata besaq atau tak tapi depa kata, anugerah kewartawanan KPDNHEP, boleh tahan gak dia punya impact...

Yela kot....

Walaupun Cheq cuma dapat saguhati, tapi boleh dikira puas hati... Sebabnya, Cheq oghang baru.. pengalaman dalam mendedahkan isu pun tak banyak.. jadinya, kira bolehla... (ayat febret bos Senyum Cheq..)

Chegita malam tu...

Cheq pi dengan Bos Senyum dan Yan Come... Tapi bukan kami jer... kawan-kawan yang lain pun pi sama gak macam Shah Jehan, Mazly, Mafz, Cik Amre dan Megat Teraweh... kira okla juga di majlis yang Cheq rasa agak hambar...

Hambar? Ye la kot... Mungkin dibuat kat tempat terbukak.... Selamat tak hujan...

Nak chegita mai... malam tu, Cheq dapat la seriban dan sijil.. ok la kan.. sapa nak bagi buta-buta duit banyak macam tu...

Yang lagi best, Cheq dapat handphone untuk cabutan bertuah... pergh.... rezeki betul...(mestiu sebab Cheq ada salam dgn abg Raja...)

Ehm.. sayangnyer, Abg Zamri tak dapat ikut... kesian kat dia sebab terlalu banyak kerja yang dia nak kena tengok... Tak per la bang... tahun depan ada lagi...

Ehm.. apa pun, Cheq rasa bertuah sangat-sangat... Paling penting, ini tandanya Cheq memang serasi dengan dunia wartawan ni... ya la kot???

Thursday, December 6, 2007

Walimatus urus punya chegita


LEGA... tu ja yang Cheq dapat habaq lepas empat hari bercuti panjang. Kih.. Kih.. tak plan pun nak cuti panjang sampai macam tu tapi memandangkan angah pun cuti dan kenduri mamu Yab pada 1 Disember, Cheq pun balik la Kulim. Lagipun, Cheq rasa, Cheq dah penat sangat gheja... Jadi, tak salahla kalau Cheq ambik cuti panjang sikit.


Nak chegita mai pasai kenduri sepupu Cheq ni. Bukanla nak kondem atau apa tapi banyak yang tak syok jadinya masa kenduri tu. Paling haru, ghamai yang kecik hati dan marah kat mami Cheq ni.

Tahla.. tak tau nak masuk belah sesapa tapi sebagai anak mami, Cheq rasa tak salah kalau acara kawen kita mengikut adat selepas mendahulukan agama. Ehm.. adat ni bagi Cheq, pemanis agama, pengukuh bangsa. Kalau agama tak bersatu dengan adat, banyak yang pincangnya.

Tula yang terjadi masa kawen anak mamu Cheq ni. Cheq rasa, pengantin ni mesti rasa rugi seumur hidup sebab tak buat apa yang selalu anak-anak mami buat masa kawen. Oi... meriah tau dengan adat berinai, acara buka pelamin, makan beradat dan banyak lagi. Tambah pula, dia cucu sulung, pembuka majlis....

Tu yang Cheq dok berchegita sesama kami anak beranak.... Kalau Cheq kawen nanti, kalau diizinkan Allah, Cheq nak buat semua tu... Biaq oghang ingat sampai bila-bila meriahnya majlis kita. Lagipun, cheq percaya, kawen ni hanya sekali seumur hidup. Dan kalau kita kawen untuk kali kedua atau kali ke berapa pun, tak akan sama dengan majlis pertama kita.

Yang best, Cheq dah start berangan macam mana kenduri Cheq nanti... Cuma yang tak terangan, si mapley... kih.. kih...

Dalam pada tu... sempat la juga Cheq test skill ambik gambaq oghang kawen.. Best la juga. Gambaq.. bolehla tahan walaupun ada beberapa keping yang terblur.. He.. he.. art la tu konon-konon...