BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 28, 2007

Cameron with Love....

Alkisah.... cuti Cheq kali ni memang panjang betui. Cuti Raya Haji, Raya orang putih, lepaih tu, campuq cuti tahun, nak dekat lapan hari Cheq cuti... Pergh... sampai naik boring la jugak.

Ceghita pasai cuti, Cheq bawa la famili Cheq pi Cameron Highland. Kami pi raya ketiga (Sabtu, 22/12). Lepaih Subuh jer, kami bertolak dan macam biasa, Angah bawak kereta. Ting tong, ting tong, kami sampai kat sana dalam pukui 9 pagi,(ikut Simpang Pulai). Sejuk la jugak....

Dari tempat kaktus, bunga ros, strawberi sampaila ladang teh, semuanya kami pusing. Yang best, langsung tak hujan sebab dua tiga hari sebelum tu, mamu awie kata hujan lebat kat sana. Cheq tak heran sangat hujan tapi yang takut tu.. tanah runtuh jer.. Ehmm... kira okey la tak jadi apa-apa...

Apa lagi.. shopping sakan la kami semua. Cheq beli seat belt cover yang ada strawberi. Jenuh kena gelak dgn depa semua. Yang lain-lain tu, macam biasala.. beli teh, buah, sayuq....Abah pulak, dia beli madu...

Mula-mula plan, nak tiduq sana tapi memandangkan kami dah pusing habis kat atas tu sebelum pukui enam, so, tak jadi la. Ehm.. lain kali la kot. Syok sikit. Elok jer kami on the way nak turun, hujan. Kira tak ler terkilan sangat sebab semua tempat yang nak pi dah pi...

Itula ceghita Cheq... Cameron... Not bad la... Tapi Cheq tak suggest untuk honeymoon. Tak berapa `kick'. Kalau setakat nak pi cuci mata, nak rileks, bolehla....
Kih.. kih.. rasanya, nak pi lagi ni...Tapi tak tau bila....

0 comments: