BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 29, 2008

Exam....


Adoi... apa la Cheq nak jawab.. Macam peksa la pulak...

1. Name one person who made you laugh last night? Err... malula nak jawab...

2. What were you doing at 0800?
Still in bed.

3. What were you doing 30 minutes ago?
Making apppointment for my assigment... Wa!!! tak dapat lagi!!!

4. What happened to you in 2006?
Lots of things happened & nothing too :p

5. What was the last thing you said out loud? I think... I ask my officemate having a breakfast with me...

6. How many beverages did you have today? Dah bercawan-cawan, bergelas-gelas..

7. What color is your hairbrush? Silver....

8.What was the last thing you paid for? My prepaid...

9. Where were you last night? Kat opis... then lepak kat rumah tengk House..

10. What color is your front door?
Chocolate.

11. Where do you keep your change?
Anywhere.

12. What's the weather like today?
Rasa macam kat Uthopia la kejap...

13. What's the best ice-cream flavor?
Mmm... masam-masam aje!

14. What excites you? Err...mmm...

15. Do you want to cut your hair?
Already done!

16. Are you over the age of 25?
Dah nak dekat 30 dah pun...

17. Do you talk a lot?
Depends... with whom I’m talking.

18. Do you watch the O.C.? Mengabiskan boreh jer...Best sangat ke cite tu??

19. Do you know anyone named Steven? None.

20. Do you make up your own words?
Er...

21. Are you a jealous person?
Wallah.. Dah namanyer pompuan... Ada jugak la kot..

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Amree

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'. Tah.. tak de kot...

24. Who's the first person on your received call list? Bosku.. En. Zuki...

25. What does the last text message you received say? Ehm... Gud Nite kot...

26. Do you chew on your straw? No.

27. Do you have curly hair?
Pstt... couldn’t tell. Israel will know then America will blow you out... :p

28. Where's the next place you're going to?
Studio.... to meet my favourite photografer...

29. Who's the rudest person in your life?
I’ve seen so many, but I couldn’t remember any.

30. What was the last thing you ate? Bihun Goreng...

31. Will you get married in the future? Insya-Allah.

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Ehm.. Kala Malam Bulan Mengambang kot... Sebab tengok dua kali.. Kah.. kah..

33. Is there anyone you like right now?
Besides my family??? Ada kot...

34. When was the last time you did the dishes? After supper last night...

35. Are you currently depressed? No.

36. Did you cry today?
No.

37. Why did you answer and post this?
Someone asked me... I did it... And i'm bored right now!!!
38.
Tag 5 people who would do this survey.

1.
Aleya
2. Jun

3.Damya
4.Julia
5.Shahrul

Monday, January 28, 2008

Dia datang lagi...


Ehm... Isnin datang lagi dan seperti selalunya, Cheq lemah sikit kalu keje hari senin ni. Bukan apa.. bosan tak banyak benda yang boleh dibuat. Hari ni, selalunya Cheq set up appoinment... that's mean, i need to make soooo many phone call... and the worse thing is... it's not so easy to get the person who i need to talk... Sakit jiwa jugak kadang kadang...

Tapi bila dah dapat, memang macam nak lompat sampai ke bulan... kalu boleh, nak petik bintang-bintang... Yela... yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Bila dah dapat... mau tak melompat sakan. Tambah-tambah yang 'hard core'. Pergh...

Anyway, semalam, Cheq mula mengarang semula. Entah mana kekuatan tu datang, Cheq dah buat hampir 150 muka surat. Not bad. Ilham datang tanpa dijemput... Mood pula datang menyapa... Apa lagi, dengan Baby, Cheq memerap seharian dekat rumah.

Sebelum mula mengarang, Cheq dan masak nasi goreng kampung... Bolehlah.. Macam Aleeya cakap, Cheq ni dah suka sangat memasak. Yela kot... Rasanya, mengambil gambar dan memasak ni lah yang mampu membuatkan Cheq rasa tenang...

So, semalam Cheq buka lembaran baru bagi karya Cheq. Yang baru ni hantaq, tak tau chegita lagi.. Biaq pilah... Kalu ada rezeki pesta buku nanti, adala.. kalu tak, tetap ada rezeki jugak kan..

So, terimalah buah hati, hero dan kekasih baru Cheq, Shah Idham, Hafiy dan Khalel...

:)


Friday, January 18, 2008

Opocot... anjing...

Adoi.. banyakkkkkknyer yang terjadi kat Cheq semalam. Yang lawak.. yang sakit.. yang tah ke apa-apa... semuanya ada...

Cerita 1.
Sejak seminggu ni, gigi Cheq memang ada masalah sikit. Berlubang. mulanya Cheq ingatkan okey tapi start kelamrin, masa Cheq keluaq makan ngan Kak Jibah, memang Ceq dah tak tahan. Bukan sakit tapi sengai-sengai...

Tu yang buat tak beberapa selesa sikit... Dan semalam, Cheq pi la klinik gigi kat Taman Melawati, tempat biasa Cheq periksa gigi. Ehm.. ingatkan nak tampal saja ghupanya dah teruk. Jadi, terpaksa la cabut.

Tah macam mana, mulut ni gatai nak minta MC dan doktor tu pulak, bagi. Bukan apa.. selalunya Cheq pi klinik gigi masa cuti... boleh rehat. Tapi Cheq nak habaq mai... selamatla Cheq minta MC... On the way balik umah... punya la sakit. Dah la panas. Macam nak pitam. Sampai ja umah, Cheq terus makan ubat tahan sakit ngan antibiotik. Tak sampai 15 minit, lega la sat...

Pergh.. tak pernah teruk macam tu... Ni pun dok rasa sengai lagi kat tempat dia cucuk ubat bius... ADOI!!!

Cerita 2.
Dalam pukui 2.30, Cheq pi Hotel Singgahsana, PJ dengan Bib untuk meraikan kawan penulis Cheq, Damya Hanna. Bib bawak kereta sebab dah janji macam tu dari semalam...(sebelum sakit gigi).

Wallah.. dah lima pun novel dia. Ni yang jeles ni... Tapi Cheq bangga dengan dia. Tak pa.. giliran Cheq, Insya Allah.. Tak lama lagi.. Ni nak pulun la ni...

Yang menambah seri majlis tu, Vanida Imran mai rasmi. Pergh.. memang wanita melayu terakhir... Cantik betui pompuan tu. Mak oiiiii..patutla Shidi terpikat...

Ehm.. kat situ la juga Cheq jumpa kengkawan penulis Cheq yang lain. Best la jugak bertukaq-tukaq chegita. Macam-macam hal yang Cheq dengaq. Ehm.... dan la jugak pujuk Kak Saadi agar jadik editor Cheq kali... Tapi kalau Mun pun, Cheq suka jugak... May be seba dah pernah gheja sekali kot. Geng lain, jumpa la jugak abang Ramlee, Kak Norzailina, Kak Aisya Sofea, Eka Farhana dan qhamai lagi.. Meriah la jugak


Cerita 3...
Ni yang paling gila Cheq pernah buat. Ada ka patut, baru ja pi cabut gigi tengah hari, malam pi tengok wayang. Dah la tu.. bukannya satu tapi dua....

Kisahnya, Bib dengan Fida, ajak pi tengok wayang kat tempat biasa. Mulanya tu, tak nak pi tapi memandangkan Cheq akan dok sorang-sorang kat umah... Cheq pun pi la juga walaupun time tu, badan dah rasa sikit panas.

Nak tau kami tengok chegita apa? He.. he.. Kala Malam Bulan Mengambang dan Game Plan.. YA Rabbi.. Cheq tengok chegita KMBM tu, citer hitam putih...adoi.. tak larat nak gelak... Ayat yang paling best... opocot... anjing. Please la.. pi la tengok... memang lawak gila. Kalah Zombi Kampung Pisang dan Alvin.... Memang ada klassss.....

Lagi satu, yang Cheq pelik... watak Rosyam Noor tu... Cheq rasa macam dok tengok Abang Ramlee Awang Murshid yang berlakon... Kih.. Kih.. (Jgn mare bang..)

Yang pasti, Cheq nak tengok lagi chegita tu...

Cerita 4
Yang ni... memang gila antara gila.. Malam ni, Cheq balik kampung. On the spot....

Wallah...

Wednesday, January 9, 2008

Andaiku Tahu...














ANDAI ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

chorus:

aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu
aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu

chorus


ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

ahh...


Ehm... lagu ni Cheq dapat masa baca masuk blog Aleeya... Pergh... sekali dengar terus Cheq jatuh cinta. Menusuk ke dalam kalbu... Ehm... terpikiaq jugak bilalah komposer Malaysia ni nak boleh cipta lagu-lagu macam ni....

Simple jer lagu ni... berkenaan dengan ketakutan seorang insan menghadapi kematiannya tapi mesejnya cukup sampai hingga menusuk ke tulang dan saraf Cheq.... Dan keinsafan pun hadir... Tapi penghayatan penyanyinya membuatkan lagu ini lebih daripada sekadar lagu...
Kematian...

Satu subjek yang susah nak dihuraikan tapi pastinya setiap yang bernyawa akan menghadapinya.... Di mana dan bagaimana, pastinya menjadi rahsia abadi Sang Pencipta namun kehidupan yang sementara ini membuatkan ramai yang tergelincir...
Teringat Cheq masa zaman sekolah dulu. Di surau sekolah Cheq dulu, ada satu kata-kata hikmat.. `Mati itu pasti namun kehidupan itu, Insya Allah...'. Masa tu, Cheq memang tak berapa nak faham.
Tapi bila umur dan kematangan sedikit meningkat, Cheq faham benar ungkapan penuh hikmah.. Dan ungkapan emas itulah yang sentiasa menjadi sempadan dalam apa saja yang hendak Cheq lakukan...

Cheq tak nafikan yang Cheq ni juga anak nakal... Nakal dalam mengeksperimentasikan sesuatu yang dikatakan kehidupan tapi masih dalam batasan yang dianggap `luhur' dalam agama dan budaya.
Dan apabila umur menginjak hari, Cheq rasa, tak ada matlamat lain selain daripada melebihkan mengingati mati. Ada rasa `lubang yang amat dalam' apabila kalimah kematian ini bermain di bibir dan hinggap di hati.
Entah sama ada Cheq bersedia untuk menghadap Pencipta, menerima buku amalan dan yang pastinya, hukuman di atas kelalaian Cheq selama ini.

Biar orang kata, Allah itu Maha Pengampun namun layaklah kita memintanya setelah nikmat yang diberikanNya kita salahgunakan, setelah amaran dan peringatan yang maha jelas telah diturunkan..

Apabila mengingatinya.... terasa segala taubat yang dilakukan tak pernah cukup... Dan ketika itulah, ingin saja air mata mengalir kesal...

Wednesday, January 2, 2008

Selamat Datang 2008

Alkisah di malam sambutan tahun baru tatkala semua warga kota berpusu-pusu ke pusat bandara raya, Cheq pulak ada cara tersendighi nak meraikan ketibaan tahun penuh bermakna ini.

Ini chegita sambutan tahun baru.... Azam baru, perangai baru... kalau boleh, nak ada oghang baru... kih.. kih..

Tahun baru menjelma lagi. Segala kenangan, tinggal memori manakala yang mendatang, disambut dengan tangan terbuka.


Bijak pandai ada menyebut... Andai kata kehidupan dimulakan dengan sesuatu yang manis, indah dan gembira.... selamanya akan kekal begitu.

Dan natijahnya, malam sambutan Tahun Baru, Cheq dengan Bib pi tengok movie. Kat GSC, Mid Valley. Terkejut gak sebab tak jem dan tak payah beratur panjang.

As usual, kami buat gila macam biasa..

Tengok dua sekali. Kali ni, pilihan kami National Treasure 2 dengan Alvin and The Chipmunks. pergh... memang tak rugi langsung walaupun hakikatnya terpaksa mengorbankan movie yang asal nak tengok, I am Legend.

Cheq pilih National Treasure sebab lelaki pujaan Cheq, Nicholas Cage, Si Mata Menggoda berlakon. Adoi... jatuh cinta Cheq kat dia tiap kali mata berpandangan... (perasaan la tu..) Wallah...

Jalan chegita, memang best. Paling best, cara dia pecahkan kod dan teka teki... Adoi... jatuh cinta betui Cheq kat dia....

Yelah... memang dari dulu pun, sejak zaman chegita Con Air, zaman dia rambut panjang, Cheq memang dah die hard kat mamat ni..

Ehm... entahlah. nak kata tak hensem, hensem... tapi mata dia tu yang selalu buat Cheq cair...

Second movie, Alvin and The Chipmunks..... Kami masuk ngam-ngam waktu start sebab pi makan McD dulu.... He.. He... lapaq la pulak.. Iyela.. Kan pi cari harta karun tadi... Kebulur la jugak...

Yang ni, memang betui-betui buatkan mood Cheq segar bugar... ceria sepanjang tahun.

Cheq dengan Bib gelak sakan.. Dari mola sampaila habis... Rasanya kalu mood Cheq tak berapa elok, Cheq tengok chegita ni jer... Memang bessssstt.

Cute kan depa ni... Tapi jangan tak tau... huru hara tau dengan keletah tiga ekor ni... Yang paling lawak, Theodore.... Yang paling kecik tapi kuat makan. Yang trouble maker... of course si Alvin.....



Masa dok sedap tengok, tetiba panggung tu bergegar. Lepas tu kedebum!!! Hik.. Hik.. saja kasi suspen...gupanya masa dah time untuk Tahun Baru 2008... Gelak sakan la kami...


Dalam tak sedaq, dalam dok syok tengok, rupanya masa dah pun berinjak ke tahun baru. Dan-dan Cheq pasang niat.. Biarlah yang bakal berlaku tahun 2008 ni lebih baik dan membahagiakan Cheq... Ehm, takkah itu yang selalunya di cari oleh setiap insan???




Apa pun, permulaan tahun baru Cheq tahun ni, memang best... Azam tahun ni, cuma satu dan Cheq nak bertekun untuk dapatkannya. Apa dia.... biarlah rahsia.. kih.. kih...

SALAM TAHUN BARU, 2008!!!!