Ghe... cuti raya cina baru ni memang happening betui kat Cheq. Banyak benda yang Cheq buat dan berlaku. Bukan saja kat diri Cheq, keluarga Cheq pun terkena tempiasnya jugak...
Bermulanya dengan ketibaan keluarga cheq dari Kulim pada hari Rabu, Cheq memang sibuk gila... Dengan gheja tak habis-habis, then mai pulak `insiden yang tak diduga-duga'... pergh bengong la kejap otak Cheq ni nak berpikiaq dengan betui...
Sejak bertahun, dah menjadi kelaziman keluarga Cheq turun KL masa raya Cina. So, tahun ni, kami pilih pi selatan.. Saja ja nak tengok negeri tu. Ehm.. bolehla memandangkan Cheq ni `kurang berkenan' sikit ngan negeri ni.
Hari Jumaat, lepas subuh, kami pun pi la sana. Singgah berkelah dekat Air Terjun Gunung Ledang... Ghamai la pulak.. Nak cari port pun leceh... tapi selamat ada...
Nak chegita mai, tempat ni, lawa la jugak tapi memandangkan ada pengunjung yang tak ada kesedaran sivik atau mak bapak serta cikgu depa tak ajaq (atau depa buat-buat lupa apa yang diajaqkan......) tempat ni dah seghupa pusat pembuangan sampah. Tak tau la kot-kot Cheq silap cakap tapi tu la yang dapat Cheq kata... Ei.. buat malu pengunjung ja... Dah la penjaga pintu masuk tu sombong nak mampuih.. Ehm.. macam mana tempat ni nak maju...
Then, dari situ, kami terus ke Johor Bahru. Mula-mula ingat nak cari chalet kat Desaru tapi memandangkan cuti macam ni, terus cancel sebab peluang nak dapat tu memang tipis sangat.. Sampai kat JB pun dah nak dekat pukui 5 ptg.. so, terus pi umah kak Ija. Kami sepakat decided tidoq sana. Lagipun dah angah tak larat nak bawak keta... Dan la tengok anak kak ija yang kecik tu..
Ni nak cherita mai umah dia.... pergh, sepupu belah abah ni dok kat kem tentera Majidee. Disebabkan laki dia ni ada pangkat, dia dapat la umah besaq... Ehm, dia punya besaq, pergh.. sampai nak takut. Bayangla umah pegawai tentera British dulu macam mana.... Dengan tingkap stail lama, dapuq nun jauh ke belakang. toilet boleh main bola.. he.. Cheq pun naik seram. Memang besaq.. Boleh buat shooting drama seram... Saka ke, Susuk 3 ke... Jo On ke...
Next day, kami balik, singgah sat kat Dangga Bay. Panas la pulok. Semalam pi jugak tapi oghang punya la ramai. Lepas lepak situ sat, kami terus pi Ayer Itam. Shopping sat kat sana.. Ehm, penuh la jugak bonet keta tu.. Cheq dan la jugak beli tikaq buluh. buat letak kat dalam bilik... Gedebak gedebuk.. dalam pukui 3 ptg, kami pun menuju keluar dari Johor. Sampai KL dalam pukui 7.. pergh... semua terbongkang letih...
Itulah aktiviti Cheq sempena raya cina tu... By the way, ada lagi satu kejadian yang besaq tapi tak yah la kot bagitau kat sini.. nanti, pelan-pelan, Cheq habaq kat hangpa semua... so.. TUNGGU!!!!! kih.. kih...
Monday, February 11, 2008
Kutub utara, kutub selatan....
Posted by Shanika Latisha at 2/11/2008 05:17:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment