Pejam celik, pejam celik.. dah pun hampir seminggu berlalu. Dan banyak betui yang terjadi kat Cheq dalam minggu ni... Dan sampai tak tau dari mana nak mula...
Ehm.. yang paling haru... keta Cheq, Si Boboy, `selsema' sikit... Alkisahnya, paku sudah masuk dalam itu tayar la... pancit la jawabnya... Actually,Rabu malam tu, masa on the way balik, Cheq dah rasa tak sedap... Then hari Khamis(Hari Maulidur Rasul) tu, memang betul.. Time balik tu, Cheq tengok, tayar tu dah kelepek. Selamat Angah ada kat opis dia lagi.. Dia la yang mai tolong tukaq ke tayar spare... Nak pi hantaq kedai.. banyak yang tutup sebab public holiday. Tepaksa la tunggu esok. Dok esok, Cheq bawa la pi kedai.. Ok la...
Tup tup hari Isnin tu, berpeluh Cheq ngan Bib... Mana taknya, sekali lagi dia buat hal. Terkelepek tayar tu. Dan sekali lagi, selamat ada orang kat umah tolong... Pi hantaq kedai lain pulak.. Dan semalam, angin dia keluar jugak... Cheq pun pi la hantaq balik dan depa chek betui-betui... Pergh.. Kelam kabut jugak sebab hari tu Cheq ada assignment kat Zoo Negara. And yang buatkan Cheq tak gabra sangat sebab photografer dia, si Nasir... Tapi lepas tu, fobia la jugak.. Minta-mintala dah tak ada masalah dah lepas ni.. Tapi.. itu pun sebahagian pengalaman juga.. At least, Cheq dah tau macam mana nak tukaq tayar lepas ni...
Ehm... Next....
Sabtu malam Isnin tu, Bib datang lepak ngan Cheq.. Tiduq kat umah Cheq.. Memang best. Macam-macam yang Cheq sembang dengan dia.. dari cerita dunia penulisan, dunia hati dan perasaan, dunia kawan-kawan... sampailah dunia kita orang masa kat UIA dulu... Adoi.. macam-macam chegita yang keluaq... Paling istimewa, kami dan jugak buat draft untuk story kami nanti.. Iskh... tak sabaq Cheq nak siapkan apa yang kami dah bincangkan tu... Insya Allah...
Well.. itulah antara cebisan apa yang terjadi kat Cheq sepanjang minggu lepas... tu pun tak termasuk lagi pi melepak kat kedai makan dengan Mek Aleeya dan Firda.. Bergelak sakan kami dok ungkit chegita-chegita lawak masing-masing... Dan.. itulah sahabat dan kawan Cheq...
Ehm.. mai dah minggu baru.. tunggguuuuuuuuuu...
Wednesday, March 26, 2008
Seminggu yang itu....
Posted by Shanika Latisha at 3/26/2008 11:36:00 AM 0 comments
Tuesday, March 18, 2008
Kuasa seorang sahabat..
' Berapa sahabat yang hang ada????' Soalan ni pernah ditanya oleh seorang kawan Cheq lama dulu dan sampai Cheq habaq kat dia.... tak lebih dari lima oghang. Dia terkejut dan kata, `awat hang tak ramai kawan ka?' Cheq geleng jer..' Tapi kawan Cheq memang la ramai.. yang kenai lagi la ramai..." balas Cheq selamba.
Dan apa yang dialami membuatkan Cheq faham seba apa oghang tua-tua kata kawan tu cerminan peribadi kita.... dan benda ni jugak buat Cheq sedaq kenapa ramai oghang sanggup buat apa saja daripada kehilangan kawan dan sahabat...
Pada Aleeya... hanya ungkapan terima kasih saja yang mampu Cheq titipkan...
Posted by Shanika Latisha at 3/18/2008 05:29:00 PM 0 comments
Saturday, March 15, 2008
alahai....
- Bosan yang teramat-amat... padahal keje banyak tu...
- Gelisah.... even semuanya berjalan dengan lancar
- Rindu kat semua kawan-kawan... tapi tiap-tiap hari berjumpa..
- Dan yang ni paling parah... Dah mati kutu nak tulis apa walaupun belambak-lambak idea yang tercurah-curah....Buka je Baby, jari jemari seakan kaku.. otak seperti beku dan akhirnya, Cheq layan je Khabi Khusi Khabi Gham.. melele-leleh ayaq mata Cheq tengok cite tu.. wa!!!!!
Posted by Shanika Latisha at 3/15/2008 12:45:00 PM 0 comments
Thursday, March 13, 2008
iskh.. iskh..
Bebaru ni, Cheq ada menerima beberapa kiriman e-mail dari kengkawan Cheq dari merata negeri/negara. Apa yang Cheq nak habaq mai kat sini, Cheq langsung tak sangka bahawa remaja kita, tak kira bangsa, semakin `sakit' malah pada pandangan Cheq, depa ni dah sampai ke tahap kronik.
Apa yang Cheq maksudkan di sini ialah, penglibatan depa-depa ni dalam-dalam video porno atau yang selalu kita istilahkan `blue movie'.... Memulanya, kiriman e-mail tu, Cheq ingat tak ada la apa sangat. Tapi bila dah tengok.. rasa macam nak.... tahla...hangpa pikiaq sendiri la...
Bukan apa.. Cheq kesian kat depa ni.. Nak kata bodo bangang.... rasanya, semuanya ada pendidikan, tak kirala agama atau sivil... Nak kata depa ni ni miskin kepapa.... iskh... tak kan sampai tak makan minum hingga cari makan cara hina ni... Nak kata depa ni tak tahu malu.. rasanya depa ni masih ada mak bapa, adik beradik...
Tak taula apa Cheq nak kata... Dan mungkin jugak apa yang sahabat Cheq pernah habaq kat Cheq tu betui... kita tak akan terlepas daripada mengulangi kesilapan dan sejarah lalu... Dan kenyataannya dah ada depan mata...
Jadinya, tak kan kita nak biaq generasi kita ni ulang balik balik apa yang kaum Luth buat... tak kan kita nak biaq penyakit yang bukan-bukan dok hinggap kat kita yang disebabkan oleh depa-depa ni...
Ehm.. tepuk dada, tanya iman.. Kiri kanan, pilihan sendiri... jangan dok kata urusan kubur masing-masing punya hai... silap haribulan, tanam kat tepi kita... yang susah, kita jugak...
Posted by Shanika Latisha at 3/13/2008 04:25:00 PM 0 comments
Tuesday, March 11, 2008
Pasca pilihanraya....
Semua dah jelas....dah tahu... Dan sepanjang Cheq belajar dan memahami sistem demokrasi dan berparlimen negara yang Cheq bernaung ni, inilah pertama kalinya Cheq berhadapan situasi yang amat mengujakan.... dan mengejutkan...
Manakan tidak, perluasan kuasa parti alternatif semakin berkembang... Dan Cheq rasa, inilah masanya semua pihak, tak kira yang memerintah atau pembangkang, kena ambil ikhtibar, kena kemabli kerja dengan lebih telus, lebih bertanggungjawab...
Benda mentadbir negara ni bukan main-main.... Silap percaturan, semua binasa.... Bagi Cheq, tak kisahlah sesapa pun yang nak memerintah.. yang Cheq nak tekankan.. kenalah pandai-pandai jaga kebajikan rakyat.. jaga hati rakyat... Jangan kerana kepentingan peribadi... kejarkan harta, kejarkan kedududukan, kejarkan nama.. maruah negara tergadai, keselamatan negara bergolak... Biarlah sentiasa aman walaupun tidak sekata....
Doa Cheq.. biarlah selamanya kita aman bersatu macam ni.. Hendaknya, jangalah sampai jadi macam dekat Pakistan, India serta Thailand malah banyak lagi negara-negara yang belum tentu lagi masa depannya...
Tak sesiapa pun yang akan senang hati, yang tak berserabut kalau agenda negara menjagi tanggunjawab yang perlu dipikul... Biarlah air mata yang kita titiskan adalah sebagai tanda kesyukuran negara kita masih aman tanpa langsung adanya pertumpahan darah....
Posted by Shanika Latisha at 3/11/2008 12:56:00 PM 0 comments
Friday, March 7, 2008
Mengundi oi...
Posted by Shanika Latisha at 3/07/2008 11:36:00 AM 0 comments
Monday, March 3, 2008
Boleh biol kalu macam ni...
Posted by Shanika Latisha at 3/03/2008 04:21:00 PM 0 comments
Kan dah tau....
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya: "Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama:Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua:Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ........... !!
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut..... .........
Moralnya:
Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......
Posted by Shanika Latisha at 3/03/2008 04:15:00 PM 0 comments