BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 11, 2008

Pasca pilihanraya....

Semua dah jelas....dah tahu... Dan sepanjang Cheq belajar dan memahami sistem demokrasi dan berparlimen negara yang Cheq bernaung ni, inilah pertama kalinya Cheq berhadapan situasi yang amat mengujakan.... dan mengejutkan...

Manakan tidak, perluasan kuasa parti alternatif semakin berkembang... Dan Cheq rasa, inilah masanya semua pihak, tak kira yang memerintah atau pembangkang, kena ambil ikhtibar, kena kemabli kerja dengan lebih telus, lebih bertanggungjawab...

Benda mentadbir negara ni bukan main-main.... Silap percaturan, semua binasa.... Bagi Cheq, tak kisahlah sesapa pun yang nak memerintah.. yang Cheq nak tekankan.. kenalah pandai-pandai jaga kebajikan rakyat.. jaga hati rakyat... Jangan kerana kepentingan peribadi... kejarkan harta, kejarkan kedududukan, kejarkan nama.. maruah negara tergadai, keselamatan negara bergolak... Biarlah sentiasa aman walaupun tidak sekata....

Doa Cheq.. biarlah selamanya kita aman bersatu macam ni.. Hendaknya, jangalah sampai jadi macam dekat Pakistan, India serta Thailand malah banyak lagi negara-negara yang belum tentu lagi masa depannya...



Tak sesiapa pun yang akan senang hati, yang tak berserabut kalau agenda negara menjagi tanggunjawab yang perlu dipikul... Biarlah air mata yang kita titiskan adalah sebagai tanda kesyukuran negara kita masih aman tanpa langsung adanya pertumpahan darah....

0 comments: