BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 24, 2008

Ye.. ye... raya dah dekat...


Ehm.. sedaq tak sedaq, tinggai beberapa hari saja lagi kita nak sambut Syawal... Cepat saja masa berjalan, menginjak meninggalkan kita.


Tak nak chegita panjang, biarkan pun masih awal... tapi di kesempatan ini, Cheq dengan penuh rasa takzim, mengucapkan

Selamat Hari Raya....
Maaf Zahir Dan Batin...


Buat semua saudara, sahabat handai, kenalan jauh dan dekat.... Cheq hulurkan sepuluh jari memohon ampun dan maaf....

Wednesday, September 17, 2008

Ceritaku... ceritaku jua...

Ehm... dalam sibuk tetiba je ada masa nak update blog ni...:) xecli, tak ada sangat pun chegita yang Cheq nak gebang kat sini tapi terasa nak tulis...

Dah 17 hari berpuasa, segalanya berjalan lancar. Cumanya, Cheq dalam dilema nak balik kamapung ni... Wa... tak tau nak balik macam mana sebab angah Cheq dh balik dulu jumaat tu... Kalau ikutkan, memang Cheq boleh balik drive sendhigi tapi masalahnya.. mama ngan abah tak bagi.. Jadi.... terpaksa la mencari oghang nak balik sekali.... So, kalau ada sesiapa yang tak ada lagi tiket bas, nak balik belah-belah penang atau kulim, habaq mai kat Cheq. Boleh la balik sekali...

======================

Dalam sebulan dua ni, banyak la pulak member Cheq yang sambut hari jadi tapi as usual, Cheq terlepas nak wish....

So, kat sini.. Cheq ucapkan SALAM PANJANG UMUR DAN MOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN KEBERKATAN OLEH ALLAH pada:

BADARIAH@BAD....

Kalau tuan pergi ke bendang,
Jangan petik buah rembia,
Tuan umpama bulan mengambang,
Cahaya meliput serata dunia...

Bad, cuma satu yang aku tahu.... kau sentiasa istimewa dalam hati ini.....

Monday, September 15, 2008

wajah baru.. semangat baru

Yihaaaaaaaaaaaaaaa... akhirnya, Cheq tukaq lagi skin N3 Cheq... Tahla.. saja nak cari sesuatu yang `light, simple and fun..' Dan inilah hasilnya...

By the way.. terima kasih buat Bib yang bersengkang mata menyempurnakan skin n3 Cheq ni.. Hik.. hik... as usual.. Cheq lebih senang serahkan pada pakar... Ops.. bukan maleh tapi memang tak sempat nak mengadap benda ni... Lagi pun, sejak dua menjak ni, gheja menimbun saja.. Adoi... fenin.. fenin..

Well... have fun.... :)

Thursday, September 11, 2008

Anak nombor tiga....

Setelah lama menunggu, setelah lama mengukir janji... kini dengan penuh rasa takzim, Cheq umumkan kelahiran novel ketiga Cheq yang bakal menjengah pasaran tidak lama lagi....


Episod kali ini... Cheq kembali kepada elemen kekeluargaan... ikatan kasih sayang yang mengikat kita selamanya...

Enggan Cheq bercerita panjang... baca, fahami dan sama-sama kita berkongsi.... Yang terkurang... Cheq minta maaf...

Selamat membaca...

Wednesday, September 10, 2008

Puasaku... Ramadanku...

Ehm... puasa yang menjengah awal bulan ini, kini dah pun masuk hari yang ke 10... Macam-macam yang jadi....

Yang best, yang shahdu, yang lawak... semuanya menjadi adunan resepi Ramadan Cheq kali ni. Dan tahun ni jugak, sedar tak sedar, dah masuk tahun ketiga Cheq berpuasa di tempat kerja Cheq ni....

Dan selazimnya, memang banyak jemputan berbuka dari pelbagai institusi termasuklah di hotel-hotel. Ehm.. Cheq teringat masa tahun pertama... Pergh, bersemangat waja nak berbuka di luar.. terutamanya di hotel besar dan mewah... Boleh dikatakan setiap petang. mesti sanggup mengharungi sesak dan panas untuk berbuka di luar...

Tahun kedua.. dah mula kurang sikit... Dah penat dan jemu mungkin dengan juadah `gempak-gempak' di hotel. Rasanya, tahun tu, lebih banyak berbuka di office jer sebab ramai geng yang ada kat sini... Meriah gak...

Dan tahun ni, Cheq dah malas betul nak berbuka dekat luar... Sampai hari ni, baru tiga kali Cheq berbuka di luar (termasuk kat office)... Tahun ni, Cheq senang berbuka dekat rumah jer... Selesa dan yang pentingnya.. haousemate Cheq ada.. sempoi gak la... Dan Cheq percaya, tahun ni, Cheq jadi selective person... Ehm... dah matang kot... sampai nak beli makan untuk berbuka pun, jenuh Cheq memilih... sepanjang-panjang pbazar Ramadan tu.. kekadang yang beli hanya satu jenis kuih... Tahla.. dah jemu kot... Asyik mengadap benda yang sama je setiap hari.. :(

Apapun.. Ramadan tahun ni tetap meriah... dengan caranya yang tersendiri... Yang penting.... kerja Cheq tetap belambak.... Wa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!