Ehm... puasa yang menjengah awal bulan ini, kini dah pun masuk hari yang ke 10... Macam-macam yang jadi....
Yang best, yang shahdu, yang lawak... semuanya menjadi adunan resepi Ramadan Cheq kali ni. Dan tahun ni jugak, sedar tak sedar, dah masuk tahun ketiga Cheq berpuasa di tempat kerja Cheq ni....
Dan selazimnya, memang banyak jemputan berbuka dari pelbagai institusi termasuklah di hotel-hotel. Ehm.. Cheq teringat masa tahun pertama... Pergh, bersemangat waja nak berbuka di luar.. terutamanya di hotel besar dan mewah... Boleh dikatakan setiap petang. mesti sanggup mengharungi sesak dan panas untuk berbuka di luar...
Tahun kedua.. dah mula kurang sikit... Dah penat dan jemu mungkin dengan juadah `gempak-gempak' di hotel. Rasanya, tahun tu, lebih banyak berbuka di office jer sebab ramai geng yang ada kat sini... Meriah gak...
Dan tahun ni, Cheq dah malas betul nak berbuka dekat luar... Sampai hari ni, baru tiga kali Cheq berbuka di luar (termasuk kat office)... Tahun ni, Cheq senang berbuka dekat rumah jer... Selesa dan yang pentingnya.. haousemate Cheq ada.. sempoi gak la... Dan Cheq percaya, tahun ni, Cheq jadi selective person... Ehm... dah matang kot... sampai nak beli makan untuk berbuka pun, jenuh Cheq memilih... sepanjang-panjang pbazar Ramadan tu.. kekadang yang beli hanya satu jenis kuih... Tahla.. dah jemu kot... Asyik mengadap benda yang sama je setiap hari.. :(
Apapun.. Ramadan tahun ni tetap meriah... dengan caranya yang tersendiri... Yang penting.... kerja Cheq tetap belambak.... Wa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Wednesday, September 10, 2008
Puasaku... Ramadanku...
Posted by Shanika Latisha at 9/10/2008 02:43:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment