BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 7, 2008

Pasca Raya....

Kejap je masa berlalu dan hari ni, dah pun seminggu Aidilfitri menjengah.... Dan semalam, Cheq dah mula gheja... kira okla.. cuti lama-lama pun, otak pun berkarat, payah la pulak nanti...

Dan la jugak semalam Cheq intai-intai blog kengkawan yang lelain.. Ehm.. semuanya dok chegita pasai raya depa... Macam macam hal...

Cheq sendighi pun tak tau nak tulis apa... Sambutan raya Cheq, biasa ja... cuma tahun ni, Cheq dan pi semua umah mak dan pak menakan Cheq kat Penang dan Kedah. Dan la jugak jumpa semua oghang sebab sebelum ni, asyik ada saja yang tertinggai... tak dan jumpa. Ada tu pulak kekadang, tak dan pi umah depa... Ada tu yang dah bertahun tak pi langsung...

Dah jumpa adik beradik, sepupu sepapat, sedara mara.. macam-macam la chegita yang keluaq.. Ada yang best, ada yang sedih.. ada yang.... tah apa apa... ehm...semuanya ada.

Dan sebagai rumusan:

Baju raya....

Pakai yang tahun lepas sebab semuanya elok lagi. Dan kebetulan, tema keluarga Cheq tahun ni, warna seroja... Yang Cheq pulak, buat kain tak ada baju... bukan apa.. tak dan nak pi beli baju kebaya yang Cheq nak tu... kain batik dia... dah ada tiga helai... So, main suai-pakai jela...

Kuih raya...
Mak Cheq dan buat tiga jenis je... malas nak buat banyak-banyak. Bukan makan pun. Lagipun tahun ni kami semua banyaknya pi umah ogahang... So... makan kat umah-umah depa jer...
Gambar raya...
Tahun ni... akhir nya dapat jugak tangkap gambar kami satu keluarga.... tahun-tahun lepas... ada saja yang buat hal.. kamera la, tak cukup korum la... gamabr tak jadi la.. tripod tak bawa balik la... Tahun ni, alhamdulillah... dapat jugak gamabr yang cantik..nanti nak pi print dan bingkaikan...
Duit raya...
Untuk sedara je.. Cheq habis dalam seratus lebih.. sikit la tahun ni sebab banyak yang dah besaq besaq... hik.. hik.. Cheq bagi yang last dan second last je... yang besaq-besaq tu.. sowy la...
Rumah terbuka...
Tak ada istilah rumah terbuka sebab memang selalu kena serbu selepas raya ketiga... yang gamai dok mai tu selalunya kengkawan angah.... Cheq.... mana ada kawan kat kampung... semuanya tah hilang pi mana... :(
Balik raya...
Dok dengaq kata kat sana jem... kat sini jem... ehm.. yang Cheq pelik tu, time Cheq balik ke KL... langsung tak jem malam Ahad tu.... tak tau la kenapa.. ghamai yang balik awai kot...hik.. hik... time nak balik Kulim, jangan kata la... langsung tak ada kereta... mana nak ada.. dah balik hari Jumaat... lengang la jalan...

Keje time raya...
Wa.... walaupun Cheq dapat balik kampung awai... Cheq kena siapkan dulu satu story kat Bagan Serai.... Ceh.... spoi betui...

0 comments: