Rasanya, sejak kebelakangan ni, keterujaan Cheq nak update blog ada sedikit menurun.. sebabnya.. usah ditanya... memang pelbagai..
Cuma kali ni, terasa nak menulis sesuatu.. pasai kawan Cheq... yang membuatkan Cheq tersenyap sekejap bila dengaq chegita dia. Nak ikutkan, agak lama la jugak dia tak bersembang dengan Cheq sebab dibatasi dengan jarak dan waktu... maklumlah.. satu di utara... satu di luar semenanjung...
Cheq kenai dia ni dah lama... Dan satu perangai dia yang Cheq cukup paham ialah, dia ni memang susah nak merungut.. Jauh marah sekali la kan.... Tapi, bila dia merungut malah marah... Cheq mula pasang telinga...
Dia habaq kat Cheq.. mengadu kat Cheq... Dia memang ada `share' ngan satu syarikat ni.. produk syarikat ni memang baguih... semua orang suka... Dan Cheq jugak, selalu jugak ikut dia pi company ni... jadinya, memang Cheq memang kenai la staf kat company yang tak beberapa besaq tapi berpotensi ni.
Kawan Cheq ni habaq, masa dulu, masa produk depa ni baru nak tembusi pasaran.. punyalah jaga kebajikan pemegang share dia... pantang sampai ja kat opis company ni.. mesti disambut dengan senyum manis... paling kurang, dijamu ayaq teh secawan... hubungan pun macam dah adik beradik.... boleh bergurau.. bertampaq mesra..
Tapi tu la dia kan.. bila dah maju.. masa pun dok berjalan... manusia pun sama `naik'.... Kawan Cheq ni habaq, bukan setakat ayaq secawan.... nak senyum pun haram.... dan yang buat dia lagi sedey tu..... staf yang lama.. staf yang dia kenai sangat sangat dari dulu buat macam tu...
Cheq garu kepala.. tanyala kat dia.. takkan kot sebab tu ja hang nak jadi sampai macam ni.. kecik hati... marah sampai lagu tu...
Dia balas kat Cheq... aku bukannya heran sangat pasai makan minum tu tapi yang aku dok terasa tu.. produk yang aku bagi sama kat depa tu.. macam tak ada apa-apa... dok kata juai laku tapi tapi bila aku chek... hampeh... Dah la tu... bukannya free tau.. aku bayaq tau untuk promosi tu... bukan sikit....
Sambung dia lagi.. hang nak tau tak... aku rasa la ni aku macam kena tipu.... memang la depa bayaq kat aku tapi aku rasa macam tak betui ja... tahla... rsegala habuan resit tu memang la depa dok bagi kat aku tapi aku rasa tak betui ja...
Dia lepas lelah... Bila dia sambung.... ayat dia ni buatkan Cheq tak tau nak pikiaq apa lagi.... Dia kata.. aku tak halai dunia akhirat kalau depa tipu duit aku walaupun satu duit... aku tak halai...
Iskh... Cheq rasa, dia ni memang dah berpatah arang, berkerat rotan.. hati dia dah sentap gila... dah remuk rendam...
Ehm.. lepas dengaq apa yang dia chegita... Cheq terbayang staf kat situ... company tu.. dari kecik... sampai la lani... memang banyak kenangan tapi bila ini yang timbul.. hati Cheq macam tersiat-siat...
Cheq pun hairan.... kenapa perlu jadi macam tu?? Sebab dia dah ada pengeluar produk yang lebih bagus?? Produk dia semakin laris??? Entahlah.. dah bertahun lamanya.. Cheq rasakan.. produk dia ni sama jer... Yela.. ada la jugak here and there peningkatan tapi.... takkan sampai lupa diri...
Takkan habis madu, sepah dibuang??? Takkan dah dapat akar berotan cantik.. buluh yang bermiang.. yang dulunya dok tampung kita.... dibuang macam tu saja....
Ehm... macam kata Nabil... lu pikir la sendiri...
Friday, February 27, 2009
Fuh....................
Posted by Shanika Latisha at 2/27/2009 05:19:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment