BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 24, 2009

TAk pernah sangka....................

Sunday, January 25, 2004

Puisi yang diadaptasi daripada novel Kasihku Abadi.

Pintaku padamu Tuhan
dikurniakan hati secekal Iwana
suami penyayang seperti Risyam
putera yang bijak seperti Rayyan
puteri yang patuh seperti Rania

Lalu
ku sujud padamu Ya Rahman
dijauhkan daripada
manusia keji seperti Haiqal
cintanya yang tidak pernah kekal
dugaan hebat kepada Risyam
hanya yang merasai akan faham
godaan syaitan kepada Wana
akibat perbuatan syirik manusia
penderitaan hebat seperti Kartini
gelombang hidup seperti Hadi

Apakah kita masih tidak bersyukur dengan pemberianNya?
ujian ditimpa, apakah balasan dosa didunia?
dan
apabila bermulanya kekeliruan
antara hati dan badan
tengoklah dengan mata
lihatlah dengan hati
renunglah dengan akal
dan fikirkanlah dengan iman
Insya' Allah
yang tersurat akan terserlah
dan yang tersirat akan terbentang

sherrina,
25 Januari 2004, 3.45 am

p/S: tak pernah Cheq sangka... ada puisi yang dititipkan untuk novel pertama Cheq.. Kasihku Abadi... Dalam hati.. tuhan saja yang tahu tahu.... pada penulisnya.. terima kasih Cheq ucapkan terima kasih..

Wednesday, July 15, 2009

Terima kasih....

Award ni... dari Kak Eka... sebenarnya dah laama dia bagi kat Cheq.. tapi disebabkan ada masalah teknikal... Cheq tak dapat nak tempek kat blog ni... Dan kali ni... nasib menyebelahi Cheq... bolehla pulak... ehm. dah namanya Award Bertuah kan.. so.. harapnya.. Cheq akan sentiasa bertuah.... Kak Eka... muah.. tq..

Ni pulak dari Bikash....
Bib... Tq so much.... peace!!!!! Wallah...

Wednesday, July 8, 2009

TAG.. Bikash






1. Copy badge untuk diletakkan diblog anda -
Dah!


2. Link @ ceritakan siapa yang memberi award ini –
Bikash....... ehm.. nak chegita pasal minah ni.. memang tak pernah habis... tapi yang penting.. dialah sifu Cheq.. kawan Cheq dari masa belajaq lagi...

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda ditag) -
i. suka membaca
ii. suka melancong
iii. suka menonton
iv. suka mengemas rumah
v. selalu dibuli oleh Bikash dan Aleeya
vi. Paling pendek + kecik dalam famili dan member
vii. kelam kabut
viii. suka pandu laju-laju
ix. suka jaga malam
x. sayang sangat kat boboi....

4. Pilih 6 orang penerima award seterusnya & nyatakan nama mereka -
i. Kak Eka Fahara
ii. Fatin Nabila
iii. Lynn Dayana
iv. Aleya Aneesa
v. Dhiya Zafira
vi. Nia Azalea

Tuesday, July 7, 2009

Turun Naik...

Sejak masuk bulan 5 hari tu sampaila saat ni... hari hari Cheq memang penuh. PENUH....rasanya itu saja perkataan yang tepat untuk mengambarkannya....
Dengan kerja, kursus, outstation, perjumpaan penulis, menyiapkan novel terbaru... bla.. bla... fuh... memang membuatkan Cheq kelelahan...

ESQ:
Dalam dok kelam kabut menyiapkan kerja yang tak pernah sudah, pihak alaf tak henti-henti telefon, menanyakan sama ada Cheq boleh pergi ke kursus ESQ.... Cheq lepas nafas... nak berjanji.. takut tak tertunai... dalam dok pikir-pikir... dapat offer pi Taiwan. Cheq terduduk kejap. Sana ajak, sini suruh... akhirnya.. Cheq sembang dengan mama.
Dan akhirnya, saya `pejam' mata... pi la jugak ESQ tu... Dengan separuh hati( disebabkan gheja kat opis masih belambak) mujurlah ada Bib, Aleya, Dhiya, Fatin dan Kak Dhiyah... kalau tak, memang berat Cheq nak pi.
Cheq tak nak cakap banyak pasal ESQ ni. Yang Cheq boleh cakap, kena hadapinya sendiri. Baru tau macam mana. Lekat di hati atau tak...
Cuma pesanan Cheq, kalau ada yang sakit jantung.. baik tak payah pi ataupun ambil precaution act siap-siap. Lagi satu.. ketahanan telinga perlu ada.. Sebabnya, sampai la ni, telinga Cheq masih dok sakit sebab sound system dia.. pergh.. boleh buat pekak orang...
Buat Alaf... Cheq ucap terima kasih yang amat sangat... Macam yang dikatakan... "amat luar biasa sekali keadaannya apabila jiwa disentuh Allah dengan kasih sayangnya.."

Paling penting... Cheq berlajuan ke opis setiap kali habisnya kursus ini.... Mengadap kerja lagi... huh..huh...

KENGKAWAN:

Disebabkan ESQ jugak, rumah Cheq dipenuhi dengan kengkawan. Berkampung kat umah Cheq memang gamat. Sampai ke pagi kami dok bercerita. Tapi, Cheq memang puas hati sebab kengkawan Cheq mai jugak umah Cheq hari tu. Buat hampa.. jangan serik mai umah Cheq...

NOVEL:
Jeng.. jeng... setelah berhempas pulas sejak lima bulan lalu... akhirnya buah hatiCheq yang ke empat, dah siap. Dan Isnin lepas (semalam) Cheq dah hantar kat Alaf. Keputusan dia.. tunggu..... Kali ni, Cheq rasa puas sebab dah selesai hutang Cheq kat Alaf. Dah adat berhutang kan.. kena la langsaikan.. kalau tak.. merangkak nanti kat padang masyar.. mencari si pemberi hutang... fuh... nauzubilah... hutang ni jangan buat main-main... tak berkat hidup... tak tenang jiwa... kalau tak dihalalkan.. mau darah daging keturunan kita memakan punca yang haram... fuh.......... berat tu...
Berbalik pada chegita novel Cheq... bila dah siap yang ni, Cheq dah tarik nafas.. kosongkan kepala.. dan nak start yang baru... (xceli.. dah start pun...) jadi, insya allah.. akan siap hujung bulan ni... sesuatu yang tak dapat Cheq bayangkan.. pecutan tenaga untuk novel yang satu ini amat luar biasa sekali... hik..hik.. atas segala itu, kepantasan membuat yang ke 5 ini adalah kerana janji Cheq dekat Bikash.. yihaaaaaaaaaaaaaaa...

PERJUMPAAN PENULIS:
Rasanya dalam banyak-banyak, Cheq la yang paling lambat nak berchegita pasai ni.. hi..h.. bukan apa.. macam yang cheq habaq tadi.. memang busy... Jadi... macam yang lain-lain sahabat Cheq tulis.. rasanya itu jugak la yang Cheq rasa... memang seronok jumpa yang lain-lain.. sesekali.. memang banyak cerita sampai tak tahu nak dengaq mana satu.. hik..hik.. apa pun.. memang memori indah...

DURIAN:

Lupa nak habaq... yang part ni la kemuncak segalanya... makan durian kat umah Cheq... idea Aleya dan di sokong oleh yang lain.. Jadinya... malam Sabtu tu.. 11 biji durian kami habiskan... burpppppppppppppp...