Salam...
Saya tinggalkan Bandar Yathrib dengan hati yang pelbagai perasaan..... Yang nyata, hati saya sebak... air mata mengalir deras tatkala mengaminkan doa wida pada Junjungan besar Rasulullah....
Saya memulakan perjalanan ke Mekah al Mukaramah dengan hati yang berdebar-debar. Apa tidaknya, perjalanan selepas Asar diiringi dengan pakaian ihram.... Huh.. saya akui.. detik hati ini tak pernah tenang sebaik saja mandi sunat umrah.... apatah lagi selepas berniat di Miqat Bir Ali yang terletak kuranghampir 15 minit perjalanan dari Madinah.
Menikmati matahari terbenam berlatar belakangkan padang pasir... Subhanallah..
Dan saya sendiri ( hingga kini apabila memikirkannya... saya tersenyum sendiri ) menjadi lebih `sopan santun' sebaik saja melafazkan niat ihram.... duduknya tertib... makan minumnya beralas ( sebab tidak mahu membuka telekung kerana dibimbangi akan ada rambut yang gugur...)... pelik namun itulah yang mengajar saya....
Dengan perjalanan yang hampir kurang 5 jam... diperantaranya, kami singgah di satu tempat untuk mengalas perut. Ehm.. yummi... dijamu dengan nasi mandi.... memang lazat.. makan berdulang... Dan setelah usai mengsisi perut, perjalanan kami diteruskan... bersama di dalam hati yang terus menerus melafaskan talbiah....
sebelum makan nasi mandi....
Inilah nasi mandi tu... yummy..........
0 comments:
Post a Comment