BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 19, 2010

Jengok Jengok : Takkan Pernah Jauh.....

Dan paling penting, aku  takut aku tidak kuat untuk melihat wajahnya. Antara lebam di pipi dan dahi serta keputusan aku menerima tawaran dengan sebuah majalah antarabangsa, aku terperangkap sendiri dengan perasaan halus yang semakin kuat bemain tali dalam hati dan mindaku.


Aku cuba mengelak berjumpa dengannya semenjak aku dibelasah oleh Yasser di kawasan pejabat Tuan Razak beberapa hari lepas namun kerinduan aku terhadap Hafiy dan Khalel membuat aku tak bermaya.  Dan sudah aku jangka, wajahnya keruh memandang di bahagian mukaku itu. 

Wajah itu juga membuatkan apa yang akan aku lakukan selepas ini, makin nekad. Dan Cuma menzahirkan melalui perkataan, aku kalah sendiri. Justeru, pilihan membisukan saja apa yang akan berlaku selepas itu., aku ambil walaupun aku tahu ia akan melukan hati lelaki tulus di depanku ini.
            “Dyba?”
            Aku lepas nafas....


... (bersambung...)

0 comments: