BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 28, 2008

Sarawak la pulak...part 1

Sebenaqnya... event ni berlaku pada 8/8 sampaila 11/ 8 ari tu... Cumanya, Cheq lambat masukkan dalam blog ni sebab gambo tak ada.. macam tak best la pulak kan..

Chegitanya... event ni ala-ala Explore Race la... VV Green, Miri, Sarawak nama dia... Participant, memang gempak... artis, media, photograper, polis ngan orang biasa....

Cheq mewakili KOSMO!!!.. Cewah... macam bagus jer.. Tapi memang gempak pun sebab dalam lembek lembek Cheq, we all, Abang Zaini, Kak Shida ngan Reza... dapat nombor empat.. Tapi frust la jugak sebab kalah dengan lima mata jer... Ehm.. tak ada rezeki la tu..

Senang cerita... ni la sikit gambaq yang Cheq dapat...

Ni la event yang Cheq masuk tu... pergh... mencabar gila... (wa.. seminggu Cheq sakit badan...)

Sebenaqnya, task ni bermula dari Perkampungan Kedayan, salah satu etnik di Sarawak... Tempat dia.. dua jam perjalanan dari lapangan terbang Miri...

Wa!!!! manyak jauh ooo... Tapi bila dah sampai... rasa mengantuk menunggu sejak pukul 2 pagi malam tu dan penerbangan hampir 2 jam tu seolah terbang...

Tempat ni memang cantik.. Kawasan pantai... Mau tak cantik.. laut China Selatan.. Ombak dan angin.. Pergh.. menbuai-buai...

Ops.. Sebenaqnya.. kat kampung ni, macam-macam task yang kami kena buat.. tapi chegita dia......tungguuuuuuuuuu...

Sampan yang menang...ni kat kampung Kedayan, pit stop yang pertama... Ni hasil kreativiti kami berempat...Dari buruk yang hamat sampai jadi lawa macam ni kami kerjakan.... Pergh.. jeles orang kampung.... Selamat tak leh bawak balik...kui.. kui...

Masa task di sini, kami tinggal dengan keluarga angkat.. Ni la dia.. baik hati walapun ada masalah sikit dalam berbahasa..(macam ayam ngan itik lagaknya..)

Abg zaini ngan Reza yang terbongkang keletihan dlm bas dalam perjalanan ke Niah...

Lepas dua jam perjalanan( termasuk nak dekat sejam berjalan kaki meredah hutan Niah...) kami sampai kat perkampungan etnik Iban.. kat sini.. tah la... not bad.. (perlukan ketahanan yang tinggi la untuk stay lama kat sini...)

Di sambut dengan meriah masa sampai kat home stay St Patrick, niah...perkampungan kaum Iban

Antara ritual etnik iban dalam menyambut kami. Mujur tak kena paksa minum tuak...

Berlatar belakangkan rumah panjang... (Yang kat bawah umah tu.. pepaham sendiri la ek tempat apa..)

Pabila larut malam....

Tarian etnik...ngajat... nampak ja senang.. payah betoi nak ikut... Dia punya parang.. seram oooo...

Ngajat pompuan.. lagi payah.. macam nak menangis kena buat.. tapi selamba je la... sebab buat ramai ramai... belasah jer .... ala ala makyung pun ada jugak.. kah.. kah...

Esok pagi...lepas ja habis task dekat Perkampungan Iban tu, kami terus bergerak ke Gua Niah.. Kat sini, task dia senang ja.. Kena angkut taik burung kelawar.. at least 10 kg...

Gambar dia... nat ek Cheq masukkan.... tungguuuuuu....

Ops.. lupa nak habaq... kat sini, memang tak ada tempat mandi.... Toilet tu ada la tapi kalu nak mandi, kena mandi kat sungai...ehm... berkemban la.... Eiii.. tak sanggup Cheq... malam tu, Cheq cuci muka jer....

Kenangan di pintu masuk HQ Gua Niah.. Bangga oi dapat masuk dan melawat gua terbesar di dunia dan mempunyai nilai arkeologi terpenting dunia... Rasa nak pi lagi....

Dah settle mengangkut taik kelawar.. kami bergerak ke Taman Negara Lambir... Ehm, kat sini ada air terjun.. apa lagi.. terjun!!!

Lambir Park... Sini pun taman negara jugak... ayaq terjun dia... ada enam... semuanya cantik cantik... dan dalam.. diulangi.. dalam....

Dalam pukul 4.00 ptg, kami bergerak ke hotel... Lepas jer check in, kami keluar pi Bandar Miri... Kononnya nak cari costum untuk malam kebudayaan.. Tapi hampeh.. Mahal bagai.. at last, we all end up makan KFC.. kah.. kah...

Malam Kebudayaan... as usual, kami la yang paling sempoi... dan yang paling kreatif...(Ye la tu..)

Malam kebudayaan.. group yg paling sempoi...

No 4.. jadila...walaupun frust menongeng... Wa....!!!


Itu la serba sedikit yang berlaku masa kat Miri, Sarawak... Part 2.. tunggggggguuu...

Wednesday, August 27, 2008

TERIMA KASIH!!!

Buat semua sahabat dan rakan....


Terima kasih di atas ucapan dan ingatan yang dititipkan kat Cheq....

Moga segala doa dan restu yang dikirimkan, menjadi rahmat dan kekuatan pada diri Cheq untuk tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang...

Pengakhiran kata..

TERIMA KASIH....

Tuesday, August 19, 2008

TERJUN!!!!!!!!!!!!!!!!ops.. rendam je..

Mulanya...

"Lecehla nak pegi Genting... modal banyak.. nanti nak kena bermalam la... tambang la... jauh la..."
"Dah tu???"
"Pi picnic nak??? Ala. dekat-dekat sini pun jadikla.. boleh main air... berendam rendam..."
"Ok ker?"
"Belasah jer..."
"Er..."

Dan Ahad lepas... dengan tiga kereta, Lin, Izah, Sally, Ammar, Shah, Martin, Abg Zamri dan Cheq pun menjengah ke Pangsun, Hulu Langat....

Sungai Pangsun yang menjadi terjahan pada Ahad lepas...

Citer dia, sempoi jer... makan-makan... rendam-rendam.... dan sembang-sembang.. Kui.. Kui... Kami sewa sebuah pondok kat situ.. apa lagi.. rumah ku, syurga ku la jawabnya....


Shah n abang zamri yang berpeluh-peluh menghidupkan api....ops.. asap...

Gaya ibu mithali yang khusyuk menyediakan makanan untuk anak-anaknya.. "Oit... ambik sendiri la..."

Martin n arang-arangnya... "Macam zaman batu lar..."

Hasil kerja tangan Lin, Amar ngan Shah yang memerap ayam..."Yang besar tu, aku punya." Amar...

Ayaq kat situ, boleh la.. kawasan jeram.. Yang sakitnya.. banyak batu la pulak kat port kami tu.. Tak leh la nak buat kuak lentang... kupu-kupu atau dada.. so, berendam je la....


Rendam... jangan tak rendam!!!!!

Ops... menambah nilai percutian kali ni ialah.... acara membakar ayam dengan Lin secara sukarela membuka SPA kat situ... Kih.. Kih... Cucian rambut ngan kaki lagi.. (tu untuk Amar jer...)

Ini gara-gara selepas mendapat sentuhan daripada SPA Lin... "Service ikut helai rambut tau.."

Sally yang sedang menurun akibat makan ayam terlebih...

Nak dekat seharian la jugak kami berkampung kat situ.... On the way balik, singgah jap beli ngan makan durian kat gerai tepi jalan.... pergh.. layan tu.... Izah yang dok demam pun.. nak dekat sebijik dia balas...

Durian lagi.... dan juaranya.. yang terselit kat belakang tu...

Epilog...
"Ni cabai melaka nak buat apa Amar??? Pencuci mulut ke??"
"Dah penat-penat lekat api.. korang tinggal macam tu jer??? bakar le ayam tu.." sergah abang Zamri.
"Oit... jomla mandi lagi... aku tak puas lagi la mandi..." rengek Lin bila semuanya dah pakat-pakat naik sebab sejuk.
"Martin.. ko ni bertapa ke apa??? terjun la... kat atas batu tu tak ada air la..."
"Bukan kura-kura la... labi-labi..." kecoh jap pasal `spesies' yang tetiba keluar dari celah batu

Saturday, August 16, 2008

Sahabat....

Mulanya....
"Aku rasa tak sedap hatilah..."
"Apsal?"
"Tahla.. aku rasa macam aku ada buat salah je kat semua orang.."
"Pulak..."
"Tulah.. Paling ngeri, bila aku pandang je muka kengkawan aku, aku rasa aku banyak sangat buat salah kat diorang..."
"Ler..."

Sahabat Cheq yang seorang itu memang Cheq kenal sebagai seorang yang garang.... Tapi memang Cheq sayangkan dia sebab, dalam banyak-banyak kawan dan sahabat, dialah yang paling jujur.... Dan bila dia tegur tu... walaupun dengan suara tinggi.. Cheq tahu, dia buat sebab dia sayangkan kengkawan dia...Dan kerana sahabat Cheq yang seorang itulah.... Cheq mula kenal dengan salah satu kelemahan dalam diri Cheq....

"Hang tak boleh macam ni... Tak semestinya hang ajer yang buat salah dengan depa.. Hang tahu tak.. kalau hang terus macam ni, hang sendiri yang akan susah.... Benda ni lama-lama akan makan diri hang sendiri...."
"Cheq tak boleh la..."
"Hang kena ubah.... Sampai bila hang nak ingat bila orang tetiba tak cakap ngan hang... hang yang buat salah... Hang tau tak.. kengkadang tu, mood depa tu sendiri yang tak betul... dia ada masalah sendiri ka... tu yang depa kurang bercakap ngan hang.. bukannya hang yang buat salah..."

Cheq tersentap dengan nasihat sahabat Cheq ni... Dan langsung tak menafikan kata-kata dia ni... Rasanya, nilah antara kelemahan Cheq.. Suka salahkan diri sendiri dan senang buat assumption yang Cheq buat salah kat orang...
Bukan apa... Cheq rasa, dengan cara ni, Cheq lagi `selamat'.... tak payah nak memanjangkan chegita... Tapi bila sahabat Cheq tu kata macam tu... mungkin dah tiba masa Cheq ubah benda ni...
Sahabat... terima kasih kerana tunjukan jalan...

Epilog...
"Lain kali, kalu ada apa-apa... direct tanya kat aku... Tak payah nak susah-susahkan otak kau dengan benda yang belum tentu betul..."
"Lepas ni, jangan senang-senang nak mengaku yang hang tu salah... Berani sikit... dah tu, jangan sensitif sangat kalau tetiba depa tak bercakap dengan hang.."

Wednesday, August 6, 2008

Sejuk... nyaman....

Bila kali terakhir kita duduk dan menangis di bahu seorang ibu???
Dan kali pula kali terakhir kita memeluk erat sambil dipujuk oleh seorang ayah??

Dan begitulah Cheq... Baru-baru ni, dek kerana hambatan jiwa yang sedikit berkocak, semangat Cheq seolah terbang entah kemana... Cheq pulang segera ke hinggapan sayap kasih dan sayang mama dan abah untuk memayungi hati ini.

Dan benarlah kata umpama orang lama.. Kembali kepada pangkuan kedua ibu bapa adalah sesuatu yang amat sejuk... amat damai... amat indah....

Dan perasaan itulah yang Cheq nikmati apabila dipeluk dan dipujuk oleh mama dan abah.... Yang kusut mudah benar terlerai.... sebak yang membekam dada hingga membawa tangisan, mudah amat berhenti.. Yang dirasa kini....tenang amat..

Dan semuanya kerana mama dan abah...

Biarlah Cheq tak punya apa... tapi Cheq masih ada mama dan abah... ada adik adik Cheq...
Biarlah Cheq tak diterima dan ditolak... tapi mama dan abah sentiasa menerima....mengisi setiap kekosongan ini.... Yang sentiasa memeluk Cheq dengan kasih sayang yang tiada ubahnya...

Dan itu dah cukup untuk Cheq hidup bagai seribu tahun lagi...

Duri duri.....

Mulanya

"Nak g ke tak?"
"Aku plan nak makan hujung minggu ni.. kat Hulu Langat then terus gi berkelah..."
"Ala... lambat sangat la... jom je la.."
"Ye la... Yang lelain-lain?"
"Nanti aku roger...."

Dan malam Isnin lepas, Cheq yang baru bukak posa, terus siap, then pegi ambik Lin, Saiful ngan Amar... Ting tong ting tong... dalam kul 10.30mlm... kami sampai kat Chow Kit... Yang lambat tu sebab kami pi makan dulu kat Kampung Baru... Tu pun sebab Saiful tak makan lagi.. cian la pulak...

Pergh... emapt biji kami sebat malam tu.. Yang lawak.. Saiful baru je beberapa ulas, dah kepanasan....

Yang Lin... ehm..melantak tak hingat dunia... Dan trip ni la Cheq baru tau yang Amar tak makan durian.... Kah.. Kah... padan muka... tengok la je ek...

Epilog...

"Aku panas la oi..." adu Saiful tak henti henti.. Muka pun dah naik merah..
"Korang jangan sendawa dalam keta ni dah... Karang ada yang balik jalan kaki," Lin bagi amaran sebaik je air cond keta di buka...
"Demam la jawabnya aku esok..." kata Cheq sambil mengipas...."