Bila kali terakhir kita duduk dan menangis di bahu seorang ibu???
Dan kali pula kali terakhir kita memeluk erat sambil dipujuk oleh seorang ayah??
Dan begitulah Cheq... Baru-baru ni, dek kerana hambatan jiwa yang sedikit berkocak, semangat Cheq seolah terbang entah kemana... Cheq pulang segera ke hinggapan sayap kasih dan sayang mama dan abah untuk memayungi hati ini.
Dan benarlah kata umpama orang lama.. Kembali kepada pangkuan kedua ibu bapa adalah sesuatu yang amat sejuk... amat damai... amat indah....
Dan perasaan itulah yang Cheq nikmati apabila dipeluk dan dipujuk oleh mama dan abah.... Yang kusut mudah benar terlerai.... sebak yang membekam dada hingga membawa tangisan, mudah amat berhenti.. Yang dirasa kini....tenang amat..
Dan semuanya kerana mama dan abah...
Biarlah Cheq tak punya apa... tapi Cheq masih ada mama dan abah... ada adik adik Cheq...
Biarlah Cheq tak diterima dan ditolak... tapi mama dan abah sentiasa menerima....mengisi setiap kekosongan ini.... Yang sentiasa memeluk Cheq dengan kasih sayang yang tiada ubahnya...
Dan itu dah cukup untuk Cheq hidup bagai seribu tahun lagi...
Wednesday, August 6, 2008
Sejuk... nyaman....
Posted by Shanika Latisha at 8/06/2008 05:18:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Seronok kan? uwa!!!Dah berzaman tak rasa mak peluk, tidur atas paha mak!!UWAA!!!
Ika, kim salam mak dan abah ya bila balik kg lagi.
Post a Comment