BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 16, 2008

Sahabat....

Mulanya....
"Aku rasa tak sedap hatilah..."
"Apsal?"
"Tahla.. aku rasa macam aku ada buat salah je kat semua orang.."
"Pulak..."
"Tulah.. Paling ngeri, bila aku pandang je muka kengkawan aku, aku rasa aku banyak sangat buat salah kat diorang..."
"Ler..."

Sahabat Cheq yang seorang itu memang Cheq kenal sebagai seorang yang garang.... Tapi memang Cheq sayangkan dia sebab, dalam banyak-banyak kawan dan sahabat, dialah yang paling jujur.... Dan bila dia tegur tu... walaupun dengan suara tinggi.. Cheq tahu, dia buat sebab dia sayangkan kengkawan dia...Dan kerana sahabat Cheq yang seorang itulah.... Cheq mula kenal dengan salah satu kelemahan dalam diri Cheq....

"Hang tak boleh macam ni... Tak semestinya hang ajer yang buat salah dengan depa.. Hang tahu tak.. kalau hang terus macam ni, hang sendiri yang akan susah.... Benda ni lama-lama akan makan diri hang sendiri...."
"Cheq tak boleh la..."
"Hang kena ubah.... Sampai bila hang nak ingat bila orang tetiba tak cakap ngan hang... hang yang buat salah... Hang tau tak.. kengkadang tu, mood depa tu sendiri yang tak betul... dia ada masalah sendiri ka... tu yang depa kurang bercakap ngan hang.. bukannya hang yang buat salah..."

Cheq tersentap dengan nasihat sahabat Cheq ni... Dan langsung tak menafikan kata-kata dia ni... Rasanya, nilah antara kelemahan Cheq.. Suka salahkan diri sendiri dan senang buat assumption yang Cheq buat salah kat orang...
Bukan apa... Cheq rasa, dengan cara ni, Cheq lagi `selamat'.... tak payah nak memanjangkan chegita... Tapi bila sahabat Cheq tu kata macam tu... mungkin dah tiba masa Cheq ubah benda ni...
Sahabat... terima kasih kerana tunjukan jalan...

Epilog...
"Lain kali, kalu ada apa-apa... direct tanya kat aku... Tak payah nak susah-susahkan otak kau dengan benda yang belum tentu betul..."
"Lepas ni, jangan senang-senang nak mengaku yang hang tu salah... Berani sikit... dah tu, jangan sensitif sangat kalau tetiba depa tak bercakap dengan hang.."

0 comments: