BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 2, 2009

Salam 2009


Ehm.. rasanya, belum terlambat untuk Cheq ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2009 DAN SALAM MAAL HIJRAH pada semua oghang... Harapnya, tahun ini menjadi lebih bermakna, diberkati dan segala yang selama ini diimpikan menjadi kenyataan...

Dan bagi permulaan tahun baru ni, Cheq nak kongsi chegita dengan semua apa yang sepanjang bulan Disember lepas.... Yang menyebabkan N3 Cheq ni kusam sikit dengan chegita terbaru.

Minggu 1 Disember
Minggu ni, Cheq mula excited sebab dah dapat surat yang menyatakan Cheq dah boleh masuk rumah baru.... So, bermulalah kisah sibuk Cheq berulang alik antara opis gheja, opis developer dan opis bank... pergh... memang penat.

Minggu 2...
Cheq mula mengemas apa yang patut.. Dan minggu ni jugak, Raya Haji... Balik kampung dalam 4 hari.... Dan la pi beli tudung tingkap dengan mama kat sana.

Minggu 3....
Gheja kat opis makin menimbun..... lagi dekat nak cuti, lagi belambak gheja yang bertimpa-timpa. Boleh katakan, tetiap malam, heq balik dalam pukui 9-10 malam... lepas balik, mengemas lagi apa yang patut...

Minggu 4...
Bermula 20 Dis, Cheq mula cuti panjang.... campuq cuti tahun, ganti off dan off, ada la dalam 12 hari Cheq cuti... lamakan ?? tapi Cheq tak rasa macam tu pun sebab belambak benda yang Cheq nak buat.

Hari Sabtu (20/12) tu, Cheq, angah ngan acik pi umah baru. Pi tengok apa yang patut. Pintu grill yang dijanjikan, tak buat lagi. Hari tu jugak, Cheq `tempah' buat wairing. Bolehla... Nak dekat 3 riban la jugak untuk satu rumah. Yang grill pulak, nak dekat seriban.... huh..huh... habis duit bonus tahun ni....

Hari Ahad sampai la Selasa, Cheq tak pi ke mana kecuali berulang alik antara ruamh baru ngan lama. Gheja wairing, depa dah start hari Selasa tu. Lega la jugak.... Malam tu, Cheq pi umah kak lynn.. pi ambik kipas yang dia janji nak jualkan.... Kak Lynn... tima kasih tau...

25/12 bersamaan Krismas, parents Cheq sampai dari Kulim... Terus pi tengok umah baru... Malam tu, kami semua tiduq kat umah angah...

26/12... petang tu, kami pi umah baru (selepas buat operasi kat umah angah....) ingatkan dah boleh buat rel langsir tapi wairing habis lambat... pulak, malam-malam, tak boleh dril... so tangguh la kejap... tapi kami dan la basuh umah tu... pergh... maghrib pertama di rumah baru...

27/12... pepagi lagi, abah, angah, acik ngan dida dah pi umah baru... depa buat rel langsir.... okla... petang tu jugak, dah settle buat rel, aku, angah ngan acik pi umah lama.... ambik barang... so dengan rasminya, aku berpindah kat umah baru pada hari ni....

Dan hari seterusnya, kami mengemas la apa yang patut... dan endingnya... memang memenatkan.... tu baru angkut barang untuk satu bilik.... tak la ada benda sangat... kalau pindah barang satu rumah.. mau pengsan Cheq....


Huh...huh... satu perasaan asing apabila ada rumah sendiri... Lega... dan Cheq rasa, seronok tu, memang lain macam... dan apa pun... sempena maal hijrah pada 29/12 baru ni.... Cheq sambutnya dengan sesuatu yang cukup bernilai.. cukup berharga bagi diri Cheq....

Gambar umah baru???? Nantila Cheq masukkan..... tunggggggggggggguuuuuuuuu....

1 comments:

Mersik said...

Salamz Ika,

Slmt berpindah ke rumah baru. Lepas ni bolehlah ajak kawan2 dtg ke umah makan-makan..