Salam...
Masih dalam mood Aidilfitri.. Maaf.. saya tak sempat nak menghulur tangan kepada sesiapa untuk memohon maaf andai ada kekhilafan diri... saya tak sihat sepanjang minggu akhir puasa hinggalah sekarang.. tak tahu apa yang tak kena.. mengalahkan alami jeg leg... paling kronik.. suara saya tak ada ketika syawal (malah beberapa hari sebeklumnya) sehinggalah kelmarin.. baru ok.. Jadi bagi yg menelefon.. maaflah jika saya `abaikan' panggilan anda.. memang saya tak ada suara untuk bercakap... yang mana sempat.. hanya sms dan mms penganti diri... Apa pun.. Maaf Zahir Batin...
Tutup kejap cerita raya...
Saya nak bawa sedikit kisah yang berlaku seminggu yang lalu.. Pastinya ramai yang telah mengetahui apa yang berlaku pada wira negara/ syahid Noramfaizul Mohd Nor (14 Nov 1971- 2 Sept 2011) yang meninggal terkena peluru sesat ketika bertugas di Somalia... Jujurnya, saya tak mengenali arwah walaupun pernah mendengar cerita mengenainya.
Memandangkan ruang litup kerja saya yang amat akrab dengan rakan-rakan di unit gambar/rakaman... saya amat terkesan dengan apa yang berlaku padanya. sungguh.. pertama kali mendengar apa yang berlaku pada arwah menerusi laman FB seorang rakan photo, saya terduduk. enggan mahu mempercayai namun apabila beritanya mula terpapar di televisyen dan semakin banyak ucapan takziah di laman FB, saya akui.. ia telah terjadi...
Sebagai wartawan, yang bergantung harap pada jurugambar, memang saya sanjung... hormat dan kagum dengan mereka-mereka ini. sungguh... bagi saya, mereka wira sebenar dalam lapangan `peperangan' dunia berita. Bahkan.. saya secara peribadi, kadang kala agak tempang dalam menjalani tugasan sekiranya tiada mereka. Dalam tidak sedar, jurugambar yang mengiringi pemberita ketika membuat liputan, sering saja menyalur kekuatan pada kami-kami yang bergelar wartawan.
Dan apabila dulu, seorang jurukamera `pro' yang mengatakan jurugambar berita `tidak ada kelas' saya memang marah. Sungguh-sungguh marah. Allah saja yang tahu betapa sakit dan lukanya hati saya dengan kenyataan jurugambar itu. Memang.. dia memang terkenal dalam dunia jurgambar perkahwinan... dekorasi... senang cakap.. jurugambar komersial... saya pernah kata pada seorang rakan jurugambar... setakat ambil gambar pelamin, gambar artis.. tak payah tinggi diri... cuba bergelumang dulu dengan kotor longkang, tanah runtuh, orang mati...... berpecah peluh rakam masa demo... meredah hujan sebab nak ambil gambar menteri rasmi majlis.... Dan paling tidak.. berani ke nak pergi ke tempat-tempat bencana? kawasan perang? baru tahu ada kelas atau tak...
Dan kata rakan jurugambar tu.. `aik.. kenapa pula ko yang terasa?'
Senang saja jawab... sebab tanpa jurugambar berita... dunia ni tak ada warna... Mana ada yang lebih berani nak ke frontline kalau jadi apa-apa kecuali jurugambar?
Dan apa yang terjadi pada Noramfaizul, membenarkan apa yang saya kata selama ini... mereka wira sejati... Untuk arwah.. Al- Fatihah... Moga jasadmu sentiasa harum seperti mana harumnya gugur syuhada perang Badar...
Dan buat semua rakan jurugambar.. tak kira di mana-mana.... anda wira yang tak didendang....
0 comments:
Post a Comment