BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 23, 2010

Balik kampung...

Salam...
Cerita tentang DiA..
Semalam, hantar email, beritahu aku yang dia akan balik kampung..
aku tenung kelender... terpisat pisat...

Baru nak balik kampung? getusku dalam hati...
Yelah.. tinggal tak sampai 48 jam untuk sambutan Christmas dan DiA masih di opis tatkala memberitahu aku tentang kepulangan DiA ke kampung...
Dan itu membuatkan aku terfikir...
Kalau di Malaysia... 3-4 hari sebelum raya, mesti dah bergelut pulang. berkira kira jalan mana harus diikut, pukul berapa haru skeluar kerana tidak mahu sangkut dalam jemmed...
Dan paling penting, cuti sebelum dan selepas raya mesti panjang panjang.

Tapi DiA.... rileks je.. Dan selalunya begitulah. Tak berkejar untuk balik kampungnya yang ambil masa kira-kira dua jam perjalanan.
Masih mahu memastikan segala kerjanya dan kerja pekerja di bawahnya menyiapkan kerja sebaik habis. Tiada alasan untuk kesilapan... untuk melakukan kali kedua...
Gerrrrrrrr.. kan bagus kalau aku boleh macam tu...
tapi bolehka??

Apa pun..
Untuk DiA...
Merry Christmas,.. as usual.. i'm happy for you...

tekanan

Salam....
mengadap mereka-mereka yang kurang faham tentang kerja, memang agak menaykitkan hati.
Dan itulah yang aku lalui hampir setiap hari...
Secara tak langsung, my blood go upstairs...
Tapi, di sebalik sukarnya memudahkan memahamkan orang,
Saya masih tak jemu memahamkan orang...
walaupun ada kalanya teretik dalam hati...
susah sangat ke nak faham....

Wednesday, December 22, 2010

Inspirasi

Salam...
Kadang kala, inspirasi itu datang tanpa salam, tanpa pamitan...
Dan beberapa hari lewat kebelakangan ini,
Saya bagai ditiup inspirasi yang cukup lembut, yang cukup nyaman,
Hingga mampu membuatkan setiap zarah saraf saya hidup...

Dan dia,
pemberi inspirasi,
terima kasih yang tak terucap,
kerana kau,
membuatkan aku lebih mudah memilih,
lebih senang memberi, lebih terbuka menerima...

teman, terima kasih...

komitmen

Salam...
Komitmen, dalam erti lain, tanggungjawab
Dan lebih mudah, amanah
Saya setuju itu dan untuk mengangguk pada satu-satu komitmen, bukannya mudah.
Tambah-tambah apabila ia komitmen sepanjang hayat, selagi nyawa dikandung badan, selagi nafas membelit jiwa....
Aduh...
Tegakah saya?

licin... salji

Salam...
Disember makin berpenghujung...
Sajli yang memutih, melicinkan jalan, meliputi bangunan..
buat sata risau..
ya... risau...
sebab setiap tahun bila tibanya Disember,
kawan saya yang seorang itu akan selalu merunggut..
memberitahu sukarnya setiap pagi dan petang..
berkereta ke tempat kerja...
Uhhhhh... beberapa kali katanya hampir terbabas kerana licin jalan yang diselimuti salji...
TUHAN...
Sentiasa selamatkan dia ya....
kerana dia pendamai jiwa saya....

Ingat ingat

Salam...

Kita selalu diingatkan...
Jangan terlalu selesa di satu tempat... di satu keadaan
Sebab...
lama lama, keselesaan itu akan membunuh kita dari dalam
akan membuatkan apa yang sepatutnya kita rasa,
menjadi tumpul... menjadi kaku..

Friday, November 26, 2010

minggu depan....

salam...
Saya masih di office...  menghabiskan sisa kerja yang tak pernah surut. Bukan malam ini saja, bahkan sejak lima tahun lalu, malam jumaat saya memang di sini. di depan pc office dengan ditemani kawan-kawan yang turut bertungkus lumus mengejar date line...

Apa pun, saya bahagia di sini. Ehm.. dalam saya merenyuh, meradang, radang, geram, marah... jauh di sudut hati... saya amat sayangkan kerja ini.  dan selama liam tahun, saya di department ini, saya akui, banyak yang saya belajar....

Bukan niat apa pun.. cuma selepas ni, saya akan ditugaskan di bahagian lain pula... dan rasa rasa, bahagian inilah paling mencabar... entahlah.. saya menunggu isnin yang akan datang dalam debar yang amat. Fuh... debar debar.. sebenarnya saya bangga dipilih masuk ke bahagian ini.. dan untuk sebulan, saya akan diuji... hai.. minta minta la semuanya ok...

anyway... rasa bangga juga yang nak panjangkan buat rakan rakan saya yang telah berjaya menyiapkan manuskrip mereka... tak payahlah saya beritahu di sini.. mereka sedia maklum siapa mereka... 
wah.. darjah kejelesan saya memang mencacak naik... ehm.. cabaran tu... he..he.. ( walaupun penyakit M tu dok membelit lagi...)  apa pun.. tahniah buat sekalian sahabat... 

errrrrrrrrrr... apa lagi ya???

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil adha

Buat semua.. Salam Aidil Adha... berkorban atau terkorban... apa pun, jadikan ia landasan kepada kehidupan yang lebih baik.
Buat yang berada di tanah suci, moga kalian mendapat haji mabrur.. Ya.. hati saya sedikit terusik tiap kali melihat paparan dari tanah suci.  Sungguh, saya amat merindui tempat itu. amat merindui apa yang menjadi rutin ringkas saya speanjang di situ. Dan paling penting, saya rindukan kaabah, tawaf, air zam zam, bukit safa dan marwah dan segala apa yang ada di situ. Ya Allah.. muliakan aku sekali lagi untuk menjadi tetamuMu... Amin...

Wednesday, November 10, 2010

November...

Salam...

Jalan cinta saya bersama Hazim, Kaer, Kazuya dan Ari bermula sudah. Di lorong penuh berliku itu, saya menanti dalam debar apa yang akan dihadapkan di hadapan kami..... Saya menyerah.. untung sabut, timbul.. untung batu tenggelam....


Apa pun, di pengakhiran lorong itu, cerita mereka bersatu....

Monday, November 1, 2010

safe zone...

Salam...

Saya yakin.. setiap dari kita... ada territory rasa selamat masing -masing... Ia tak semestinya dalam bilik kedap kalis peluru tapi mungkin.. dalam bili air... dalam almari... dan saya pulak.... atas kerusi panjang kayu yang terdapat di ruang tamu...

Sebab saya buka cerita safe zone ni.. ada mengena apa yang terjadi pada saya beberapa hari kebelakangan ini... Ehm.. senang cerita.. kerja saya yang membuat rencana.. sentiasa membawa saya ke tempat pelik-pelik... he..he... salah satunya.. kawasan RIP.... yup.. kubur... baru-baru ni.. saya berpeluang ke perkuburan cina  mangsa pembunuhan insiden 13 Mei dulu...( ala.. semua orang ingatkan kejadian hitam ni... dan ramai orang cina melayu menjadi mangsa...)

Waktu.. lewat 11 malam baru kami menjejakkan kaki ke tempat tersebut... Untuk pertama kali, saya rasa takut yang amat sangat.. tak tahulah kenapa tapi kalau orang kata mengeletar kepala lutut.. memang malam itu saya alami... he..he...

Apa yang saya nak ceritakan.. bukan apa yang saya dapat di sana.. tetapi selepas saya pulang... Dari dinihari saya pulang hinggalah malam tadi.. saya tak boleh tidur... yup... tak boleh tidur di dalam bilik tidur saya... tak tahu kenapa.... akhirnya...
saya hanya boleh tidur lena .. dekat atas kerusi panjang tu... bukan tak cuba tapi setiap kali saya nak tidur atas katil saya ( sendiri) macam yang saya fikir... Fuh.... macam orang kata..biar tak cukup makan tapi jangan tak cukup tidur... akhirnya... tempat peraduan saya.. di atas kerusi tu... ha..ha... harap harap saya akan dapat kekuatan untuk tidur balik... ada bertanya pada psychiatric... they said.. itu hanya sementara... psikologi je... ha..ha... 

Dan saya perasan.. kalau ada yang menganggu atau tak boleh tidur... di situlah saya akan temui keamanan.... macam mana susah pun nak tidur.. di situ saya pasti memperoleh lena yang panjang... ( saya mula perasan benda ni semasa saya disengat lipan beberapa bulan lepas semasa di kampung.... puas sudah saya hendak tidur... tapi tak boleh... tapi bila saya berbaring di atas kerusi panjang( yang kebetulan kerusai di kampung dan rumah saya di kl sama..) saya tidur nyenyak.. sampai mak saya kena kejutkan saya...) ha..ha...

Dan saya yakin.. itulah safe zone saya... sebab... saya percaya.. kita hanya boleh tidur lena kalau kita yakin tempat itu selamat.. ( mentally dan physical)....

Anda pulak bagaimana??? Apa safe zone anda???

lama la jugak...

Salam....

Hai.. lama jugaklah saya tak menjenguk kat sini... Bukan tak nak menukil di sini tapi.. tiap kali saya buka... saya tak tahu nak tulis apa... kosong... kabur... saya taip dua tiga patah ayat.. akhirnya.. saya delete... saya tulis lagi.. saya delete lagi.. ehm.. entah virus apa yang menyerang pun.. saya tak tahu...

Yang saya tahu... saya hanya mahu berbaring.. mengerekot di atas kerusi di ruang tamu.. melayan segala drama di setiap channnel tv... ha..ha... dasyat kan.. tapi itulah... saya cuba melepas putaran yang berlengkar di dalam kepala saya dengan sebebasnya.. biarkan dia melayang... ke mana yang ia suka.. Dan tahu apa yang menarik...  bila fikiran saya kembali... buku nota saya pasti akan penuh dengan segala scene... plot atau karakter... ha..ha...

Buku nota saya penuh dengan catitan... tapi bukan dalam laptop... wa!!!!!!!!!! ni penyakit saya satu lagi... saya tak boleh menaip apa apa dalam laptop saya tu.. as usual... kosong... natijahnya.. saya guna cara manual... ha..ha... macam detektif la pulak kan... semua yang terlintas ( mcm yg saya cerita awal tadi..) saya catat...

Dan saya harap... satu hari nanti.. saya akan pulih dari penyakit saya tu.. dan kembali menaip dalam laptop kesayangan saya tu....

Anyway... tahniah pada pemenang kuiz yang saya anjurkan... Pada anda... saya akan hubungi anda dalam waktu terdekat...

αντίο

Terima kasih di atas komen ini..... ladyane79.blogspot.com.. @ Anum Syukri..    

Aku baca novel ni dalam masa 3 hari.Emm...tu dah kira lambat tu kalau biasa aku baca novel,aku boleh habiskan dalam masa 2 hari..heheheh...beza 1 hari jer..
Shanika Latisha....sebenarnya aku baru jer beli novel dia...baru pertama kali walaupun aku tahu dia dah banyak novel.Pandangan pertama aku tengok novel ni...emmm..menarik!so aku belilah..

Takkan Pernah Jauh

Kasih tercipta
Rindu bersulam
Cinta membara
Sayang menjelma...
namun...
Lidah kelu untuk bersuara
Tiada lafaz dapat diungkapkan
Walau hati meronta-ronta
Cinta terpendam begitu saja
Takut kehilangan persahabatan yang terjalin.

Tahniah buat penulis...kerana berjaya menggarap jalan cerita yang unik.Dari alam remaja hingga ke usia emas.Kisah Shah Idham yang mungkin pada pandangan saya seorang lelaki yang takut untuk meluahkan kata cinta hingga terpaksa menderita memendam rasa selama 30 tahun.Lama betul!!!Dyba pula seorang wanita yang pada pandangan saya seorang yang penuh kasih sayang walau pun tidak mengetahui bayi kembar yang dijumpai anak siapa.Namun kerana takutkan abang tiri,dia terpaksa melarikan diri meninggalkan bayi yang jumpai bersama Shah.Saya kagum dengan keperibadian Shah kerana cintanya pada Dyba dan kasihnya kepada kembar itu.Walaupun tanpa Dyba dan perkahwinannya yang singkat,Shah berjaya membesarkan Khalel dan Hafiy sehingga mejadi manusia yang berguna walaupun bapa mereka seorang pembunuh dan hanya menyayangi diri sendiri sahaja.
Walau jarak masa selama 30 tahun yang memisahkan Shah dan Dyba,cinta yang tidak terluah itu tidak pernah padam walau cuba untuk dilupakan.Kuasa Allah,mereka disatukan juga walaupun masing2 sudah berusia kerana pada mereka yang tua hanya usia tapi tidak pada kasih sayang.
Tetapi...watak Wairin..seorang yang pendendam.Kerana cinta sanggup putus kehilangan kawan.Inilah konflik yang terpaksa di hadapi oleh Shah,Dyba,Fazril  dan Wairin bila hubungan persahabatan bertukar kepada cinta.Hanya Neesa yang mempunyai hidup sendiri namun masih terperangkap dengan mainan Wairin untuk membenci Dyba.Apa jadi kepada Wairin setelah pernikahan Shah dan Dyba?Adakah masih berdendam dan tidak boleh menerima kenyataan?
errmmm...itu lah yang dapat aku komen tentang novel ini..kalau korang nak tahu kisah nya bolehlah dapatkan novel ni di pasaran..terima kasih!!!

Friday, October 8, 2010

Alhamdulilah.................. Takkan Pernah Jauh....

 

1 Sept - 30 Sept 2010 - Langganan Pos Mingguan
 
No Tajuk Buku Karya/Selenggaraan
1.
Tanpamu Aku Rindu
Aleya Anessa
2.
Takkan Pernah Jauh Shanika Latisha
3.
Cinta 3 Suku Herna Diana
4.
Sayang Sepenuh Hati Eka Fahara
5.
Jauh Kau Pergi Dhiya Zafira
6.
Cinta Tak Beralih Hezzy Azra
7.
Realiti Kasih Qursiah Hanum
8.
Cinta Jangan Sembunyi Arfa Ardiya
9.
Cinta Aku Seadanya Murni Aqila
10.
Ilusi Hati Haiza Najwa

Friday, October 1, 2010

TPJ

Salam...

Agak lama saya tak up date... sibuk.. ya.. sayaagak sibuk lepas raya ni... he..he... lebih-lebih lagi sejak TPj ada di pasaran. alhamdulilah... banyak komen yang saya dapat... ( maaf.. tak sempat nak paste kat sini..) ada yang sedap.. ada yang tawar.. ada yang pedas... ada yang macam-macam.. ngeh...ngeh... alhamdulilah.. semuanya saya terima dengan besar hati... dan banyak komen-komen tersebut membuatkan saya tak sabar-sabar nak menyiapkan manuskrip saya yang perlahan macam siput tu.. he..he...

Ehm... yang saya seronok... TPJ akan sampai ke Perth dan Karben, Germany... he..he.. oversea tu.. Alhamdulilah... sampai juga TPj ke negara asing itu walaupun tuan empunya badan masih berkira kira.. berbajet bajet nak ke sana.... ( sebab tu tengah sibuk membalut dan mengepos.... )

Untuk itu, terima kasih saya pada pembaca TPj di bumi asing.... kenalan dan rakan jauh yang tak pernah putus beri semangat dan dorongan....

Wednesday, September 22, 2010

Terima kasih... komen 1

Takkan Pernah Jauh - Shanika Latisya - Alaf21

Pergilah ke mana mahumu, namun takdir menyatukan kita...

"Kita bagaikan mentari dan bulan... berjauhan, tetapi saling memerlukan."

` TPJ ni mengisahkan Dyba yang terjumpa sepasang bayi kembar dan atas rasa tanggungjawab, dia sanggup nak pelihara bayi kembar tu dan dia minta best friend dia *ye ke bestfriend :)* tolong sama-sama jaga bayi kembar ni..bukan dok sekali ek...harap maklum...Shah ni pun dia sanggup nak tolong Dyba sebab derang ni memang rapat n dah lama jadi bestfriend...*tapi macam sebenarnya masing-masing suka sama suka tapi tak nak declare cuma nak declare jadi bestfriend aje*..disebabkan tanggungjawab pada bayi kembar ni, derang berdua dah tak berapa nak join kawan-kawan derang yang lain..dah tak join Fazril, Wairin & Neesa...kawan-kawan derang tertanya-tanya tapi semua persoalan dibiarkan tergantung tanpa jawapan yang tepat. Mula-mula emua ok tetapi tetiba jadi tak ok bila sesuatu berlaku antara Dyba dan keluarganya...apa dia ek? *baca sendiri la ek :D *

` TPJ agak berbeza dengan novel alaf yang biasa-biasa..pada aku yang baca semua novel dari majority penerbit novel, aku rasa selalunya alaf suka buat cerita remaja dan dewasa tapi TPJ ni cerita tentang remaja pada zaman-zaman study kat U atau kolej + dewasa yang umurnya 40+...tabik la pada Shanika sebab dia ni masih muda remaja tapi leh buat citer dewasa yang bukan dewasa biasa-biasa 30++ tu tapi yang 40++..jalan cerita dia mudah: mula-mula masa kini (kembar tu dah dewasa) pastu flashback balik masa kembar tu baby..tapi ada gak selit-selit time kembar tu baby, time Dyba ada problem dan lain-lain la tapi takde la susah nak faham tapi kalau korang baca lompat-lompat memang la tak faham kan...so, baca ikut kronologi ek...

` Moral of the story..

1. Cuba lah menerima kenyataan walaupun ia pahit untuk ditelan...

2. Fikir dahulu sebelum kita nak buat sesuatu perkara tu kerana kalau kita dah buat, kita takleh nak undur walaupun mungkin kita ada sedikit rasa menyesal kerana telah melakukan perkara tu...

3. Luahkan la perasaan anda..jangan pendamkan..orang tak tahu kita suka kat dia kalau kita tak bagitau...

4. Kalau 'dia' dah pilih orang lain dan orang lain tu adalah kawan atau sahabat kita, jangan la kita berdendam...

5. Jangan buat sebarang kesimpulan tanpa kita dengar apa-apa penjelasan..dengar dulu baru buat kesimpulan...

6. Jodoh di tangan ALLAH s.w.t..kalau telah ditakdirkan yang dia itu jodoh kita, larilah jauh mana pun, terpisah la lama mana pun, kita tetap akan bertemu juga tapi kalau dah ALLAH s.w.t takdirkan yang dia tu bukan jodoh kita, kita rapat macam mana pun tetap akan terpisah....

` Untuk penulis...teruskan menulis...maaf kalau komen-komen ni menyinggung hati dan perasaan...oh, ya...paling suka masa majlis akad nikah Shah & Dyba...rasa macam touching sangat sebab akhirnya mereka bersatu juga...jodoh kan...

p/s: terima kasih pada Adhan @ dunia-novel.blogspot.com

Thursday, September 16, 2010

Duit raya...

Salam....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....

Walaupun dh seminggu raya, kemeriahan masih terasa.. kalau sebelum ni kampung, dengan keluarga, kini pastinya meriah raya diteruskan di tempat kerja... rumah terbuka....

Dalam meriah-meriah raya, di sini saya nak war-warkan mengenai kuiz berkaitan novel-novel saya...

Mudah saja.... nyatakan scene yang anda suka di dalam ke empat-empat novel tersebut dan mengapa. Ulasan tidak perlu panjang. Sekadar 30 patah perkataan. Paling mudah, ikut saja aturan yang diberikan.

Contoh:
1- Kasihku Abadi.
Scene yang digemari:
Page:
Sebab: 

2- Selamat Tinggal Memori

Scene yang digemari:
Page:
Sebab:

3- Sejuta Nafas Cinta:
Scene yang digemari:
Page:
Sebab:

4- Takkan pernah Jauh
Scene yang digemari:
Page:
Sebab:


Setiap penyertaan terpilih akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM150 ( tempat pertama) RM100 (kedua) dan RM50 (ketiga) termasuk cenderahati istimewa dari saya. Cenderahati khas juga akan diberi kepada 20 peserta terawal yang menghantar jawapan.

Ops... tarikh peraduan ini akan bermula dari 20 September sehingga 30 Seprtember. Keputusan akan diumumkan pada 10 Oktober nanti.

Segala penyertaan boleh dihantar pada latisyaz@gmail.com. Sila sertakan nama penuh, alamat serta nombor telefon yang boleh dihubungi.

Ehm.. apa lagi... jangan lepaskan untuk mendapat duit raya dari saya... :0

Thursday, September 2, 2010

Seminggu itu...

Salam...

Dah seminggu pun.... he..he.. dah seminggu pun saya menyambut hari lahir... Dan Alhamdulilah... saya bersyukur sangat-sangat dengan limpahan kasih sayang Allah pada saya... moga hendaknya, diperpanjangan dan berkekalan rahmat Allah pada saya pada tahun yang mendatang ini..

Ehm.. tak dapat nak bercerita banyak.. mungkin gamabr -gambar ini saja yang boleh bercerita...

KEK yang seribu satu cerita..... Illena... thank you so much....
Selepas hampir 13 tahun... kami jumpa balik... dan lebih beerti.. tahun ni sambut birthday dengan kengkawan lama....
Di restoran Nelayan Titiwangsa..... kita jumpa kembali @ex-SMKK... muah... love you all.... *L-R: Duduk: Mont, peoih, Ayun Belakang: Ilena, kak chik, dan Azah.... 

Monday, August 30, 2010

Jengok Jengok : Takkan Pernah Jauh.....2...

“Janganlah manja sangat,” kritikku apabila Shah mengadu tak larat hendak meneruskan latihan senamannya. Annie yang berada di satu sudut, sedang melakukan beberapa pergerakkan, sekadar memandang. Latihan yang ditetapkan hari ini, kebanyakkann bertumpu pada memulihkan kekuatan tangan, terutamanya jemari.  “Mana ada saya manja. Saya betul-betul tak larat Dyba,” katanya. Bola tenis yang dipegangnya, segera aku ambil. Ada kesungguhan dalam suaranya itu.
“Yelah. Berhentilah dulu. Awak nak air ke?” tanyaku namun ditolak Shah.
“Saya nak rehat sekejap saja. Awak pun letih saya tengok. Awak okay?” tanyanya. Aku tersenyum.
“Bukan buat apa pun. Saya okay saja,” balasku. Jemarinya aku capai lalu aku gengam erat. Dan tidak aku sangka, Shah membalas gengaman itu. Pantas aku mendongak memandangnya.
“Awak dah boleh gengam, Shah,” ucapku. Ya Allah.. kalau ikutkan hati...
“Tapi tak semua jari saya boleh gerak,” katanya perlahan. Aku pandang wajahnya dalam dalam. Herotan pada bahagian mulutnya dah hampir hilang akibat rawatan akupuntur. Dan hari ini, satu lagi keajaiban berlaku.
“Tak apa... tak apa,” kataku melawan sebak gembira. Cepat saja tanganku hinggap di bahunya lalu diusap lembut.
“Kan Annie cakap, benda ni, on going proses. Biar sedikit, tapi ada hasil. Tengok ni, kan dah makin baik. Kalau awak sabar sikit lagi, Insya Allah, awak akan pulih, Shah,” bahunya terus aku usap.
“Tapi saya takkan jadi macam dulu lagi walaupun...” pantas saja aku menggeleng, menafikan kata-katanya itu.
“Itu tak penting. Sekarang ni, saya nak awak sembuh. Boleh berjalan. Jadi balik macam dulu atau tidak, biar Allah saja yang tentukan,” tukasku. Aku lihat Shah menarik nafas panjang sebelum menghela dengan berat.
“Kenapa awak susahkan diri kerana saya, Dyba?” tanyanya dengan matanya memandang tepat ke dalam mataku. Aku sekadar angakt kedua bahuku.
“Kalau dulu awak sanggup lakukan apa saja untuk saya, kebahagiaan saya.. mengapa sekarang saya tidak?”


DARI kejauhan, Wairin sekadar memandang. Hatinya berkocak dengan pelbagai perasaan. Entahlah, hendak dikatakan cemburu, tidak pula dia marah melihat Dyba dan Shah berdua begitu.
Namun, hatinya langsung tak dapat ditenangkan. Puas dia memujuk hati. Puas sudah dia cuba merelakan pekara silam itu untuk hilang dari ingatannya. Namun segalanya semakin mencengkam jiwanya.
“I tahu, you masih ada hati dengan Shah kan???” kata-kata itu seolah menghantuinya. Benarkah...???
“Tanya balik hati you Wairin. Jangan tipu diri you sendiri. Selagi you macam ni, selama itulah you menyakitkan banyak hati,” dia tersandar dengan kata-kata Fazril itu.
“I akui... you tak happy hidup dengan I... Jangan nak nafikan perkara tu Wairin...” pangkas Fazril pantas tatkala Wairin mahu membuka mulut.
“Tapi itu tak bermakna I akan biarkan you terus mengharap sesuatu yang tak mungkin menjadi milik you. I tahu perasaan you... mimpi you tapi Shah bukan jodoh you, Wairin,” terhenyak dia dengan kata-kata suaminya itu.........


- bersambung..................

Monday, August 23, 2010

nice surprise from Germany....

Selepas lebih 15 tahun saya akhirnya berjumpa dengannya. Saya langsunga tak sangka, akan berjumpa lagi dengannya. Dulu, kami taklah rapat walapun pernah sekelas. Almaklumlah, saya ni pemalu sikit pada zaman persekolahan. dia pula, memang popular. Tak kira di kelas, asrama atau padang, nama dia memang orang tahu, dirinya memang ramai yang kenal.

Dan masa terus berlalu. selepas PMR, masing-masing kami membawa diri. dan hinggalah lewat beberapa bulan lalu, kami berjumpa kembali di alam FB ( salah satu sebab saya menyukai FB.. dia berjaya menemukan saya dengan rakan lama. itu tak boleh saya nafikan..)

Tup tup pagi ini, dia telefon saya.... jom jumpa dekat Damansara sementelajh dia ada beberapa urusan dokumentasi berkaitan suaminya...

Em... akhirnya... saya bertentang mata dengannya. dan sungguh, dia tak pernah berubah.

Dan 15 tahun yang tertinggal, kami cuba catch up dengan waktu yang amat singkat... dia dah kahwin dengan lelaki Jerman ( it's really nice to met you mr. Sarip... ha..ha..) dah anak dua.. sepasang... ( ralat tak dapat jumpa anak dia yg cute tu...) dan maca -macam lagi yang kami bercerita.... anyway.... it's really... realy... nice surprise for me... especially on monday morning...)

Ops... lupa nak kenalkan... dia yang saya maksudkan... Mydatul Faraheeza... hik..hik...



Well Farah.. just wait for the next surprise ok....

Thursday, August 19, 2010

Jengok Jengok : Takkan Pernah Jauh.....

Dan paling penting, aku  takut aku tidak kuat untuk melihat wajahnya. Antara lebam di pipi dan dahi serta keputusan aku menerima tawaran dengan sebuah majalah antarabangsa, aku terperangkap sendiri dengan perasaan halus yang semakin kuat bemain tali dalam hati dan mindaku.


Aku cuba mengelak berjumpa dengannya semenjak aku dibelasah oleh Yasser di kawasan pejabat Tuan Razak beberapa hari lepas namun kerinduan aku terhadap Hafiy dan Khalel membuat aku tak bermaya.  Dan sudah aku jangka, wajahnya keruh memandang di bahagian mukaku itu. 

Wajah itu juga membuatkan apa yang akan aku lakukan selepas ini, makin nekad. Dan Cuma menzahirkan melalui perkataan, aku kalah sendiri. Justeru, pilihan membisukan saja apa yang akan berlaku selepas itu., aku ambil walaupun aku tahu ia akan melukan hati lelaki tulus di depanku ini.
            “Dyba?”
            Aku lepas nafas....


... (bersambung...)

Tuesday, August 17, 2010

Hotel vs baza ramadan

Salam...

Kejap saja masa berlalu... ramadan tahun ni, ramadan yang ke 5 saya di tempat kerja tercinta... banyak cerita dan kenangan yang tercipta di sini.

Ingat masa 2 tahun pertama, tiap kali tiba ramadan, maka berderatlah jemputan berbuka puasa dari hotel, kementerian atau syarikat koporat... Yummy.. makanan memang best....
Siap senaraikan lagi hotel mana nak pergi hari apa... Jadi, sepanjang bulan puasa, memang kami naik turun hotel je lah ...( macam bagus je kan makan kat hotel....) nak kata jimat.. tak pun sebab duit habis dekat parking.... ( almaklumlah..parking hotel.. tahu jelah harganya....)

Masuk tahun ke 3, saya dah kurang. entah mengapa, saya seolah jemu dengan makanan di hotel... Justeru.. berbuka di rumah menjadi pilihan...

Bukan saja selesa, solat maghrib pun tak terkejar-kejar.Jemaah terawih pun dh tak tertinggal-tinggal lagi...

Tapi sejak ada rumah sendiri... memang saya dah tak pandang berbuka di luar dah... Cuma kalau dah tak ada pilihan sangat-sangat, baru saya berbuka di luar. ( itu pun atas arahan mandatori bos...)

Dengan isu-isu masih banyak hotel yang tak ada sijil halal, kaki saya makin berat nak menjengah ke sana.  Dengan sesak lalu lintas... dengan berebut nak cari parking... memang letih... Saya rasa, saya dah tak kuasa langsung nak terjerumus lagi dalam `kegilaan' tersebut.

Justeru... setelah masuk tahun kedua berpuasa di rumah sendiri, dengan kerja macam saya ni, bazar ramadan menjadi mangsa tetap saya... Saya pilih yang dekat-dekat saja... Bazar ramadan Tasik Permasuri ( ada tiga) Sungai besi, tak pun.... dekat Ampang..( ni kalu rajin terlebih...)

Bazar ramadan ni pun berhantu jugak.. hi.hih... bukan apa... memang rambang mata... macam semua nak dimakan... semuanya sedap.. Bayangkan panjang gerai menjual  nak dekat 1 km... macam macam adaaaaaa...

Huh..huh... tahun lepas.. memang terbabas jugak la kalu membeli di baza ramadan ni...  Tapi tahun ni sampai puasa hari ni, alhamdulilah... belum lagi terbabas dengan pembaziran... kik..kik... 

Yang penting.. bila saya nak masak ek.............. hik..hik..

Thursday, August 12, 2010

RAMADAN.... datang lagi...

Nama saya SYA'BAN..saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu RAMADHAN akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi besama isterinya iaitu REZEKI & kedua-dua anakya iaitu SAHUR & IFTAR!! mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu RAHMAT,BARAKAT & KEAMPUNAN!!mereka akan pulang selpas 30 hari dengan menaiki pesawat EID AIRLINES ......Hargai mereka & anda akn mendapat berkat!! Insya'ALLAH... AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN..

 Saya senyum-senyum membaca utusan ini yang tertampal cantik di entry FB seorang kawan lama... Ya... dah masuk hari kedua Ramdan dan Alhamdulilah... saya tidak pernah lelah menjalani ibadat yang satu ini... Secara peribadi, saya amat menyukai puasa... tidak kira puasa sunat atau wajib.. memang saya suka berpuasa...

Suka berpuasa ini bukan hanya disebabkan keberkatan yang amat banyak di dalamnya, tetapi, elemen kesihatan dan pembersihan jiwa yang sarat terkandung di dalam setiap hari berpuasa.

Macam encek German saya cakap... Dear.. fasting is more about what you can think... it's abaout religion, soul, health and spiritual... ehm... i wish i can fasting and feel all the experiences.. so i can grab all the goodness behind it..."  

Apa pun, saya mengharapk rahmah dan berkat Ramadan ini... Moga-moga saya dipanjangkan umur , disihatkan tubuh dan dipermudahkan urusan untuk saya menjalani ibadah ini... bukan untuk saya saja.. malah untuk semua....

p/s: Dear Encek german... macam mana puasa hari ini??? :)

Tuesday, August 3, 2010

Yang tertinggal.... world cup....

Salam...

Dah saya ceritakan.. dah saya kongsikan sedikit sebanyak mengenai perjalanan dan pengalaman saya di bumi barakah tersebut.

Kalau nak diceritakan, memang banyak. Cerita saya dan Dhiya melilau mencari beg tambahan gara-gara membeli belah, saya yang mula kemaruk memakai dan mencari jubah ( subhanallah... memang rambang mata melihat jubah-jubah yang dijual di sana... yang saya tak boleh lupa... lalu je kedai jubah... gelap je... ha..ha.. dah jubah tu gelap.. yang masuk kedai pun pakai baju gelap...) cerita `bertawaf ' di Masjid Nabawi mencari pintu As Salam (sementelah mutawif tak terang dan memberitahu di mana arah pintu tersebut berada.. terima kasih pada kak Nor kerana menunjukkan), cerita gua Hira` dan tongkat serta laluan yang berjaya membuatkan saya kecut perut tapi masih control macho.... aduh... saya lelah sendiri dalam keriangan mengingati memori di sana...

 Tapi yang paling saya tak boleh berhenti ketawa dan tersenyum... mengenangkan kerja gila yang saya buat dengan Kak Ros... ha.... ha... 
Semua maklum, sebelum dan semasa saya di Mekah... World Cup memang tengah panas. Malah, semasa penerbangan ke Bahrain ke Jeddah, sempat kapten memberitahu keputusan perlawanan antara German vs Argentina... apa lagi... bersorak sakanlah saya (dalam hati...) bila German menang waktu tu..

Berbalik cerita ketika di Mekah.... sebaik saja pulang dari menunaikan umrah, tiba di lobi, yang kebetulan saya dan Kak Ros bersama waktu tu, hairan dengan riuh rendah dan ramai pak-pak Arab serta pekerja hotel berkumpul di tempat tv. Saya tanyakan pada seorang pak arab tu... game dengan sapa... dia cakap German dengan Espanyol.... apa lagi... dari berdiri di tepi tiang... siap dapat tempat duduk lagi... ( selamat ada pekerja hotel, pak arab tu baik hati tarik satu kerusi panjang untuk saya dan kak Ros)  Yang kelakarnya, hanya saya dan Kak Ros perempuan... ehm.. tak dapat nak nolong la ek kalu dah kaki bola...

Suasana.... baik semi final.. mahupun final... memang riuh rendah... ingatkan pak arab ni kureng minatkan bola.. tapi masya allah... boleh runtuh hotel tu bila diorang ni menjerit.... kami berdua ( saya dan kak ros.. aku pandang kau.. kau pandang aku... bersorak pun ala-ala sopan... almaklumlah... kami dua ni je lain jantina) ehm... memang tak nafikan yang diorang ni kasar... tapi tebal dengan sifat gentleman nya... umpamanya masa final, dah siap-siap mereka sediakan kerusi untuk kami berdua dengan posisi yang cukup menarik...(sebab saya dan kak Ros dah kata dengan pekerja hotel tu akan datang tengok final dan ada sorang pak arab tu beriya-iya suruh saya datang masa final)

Apa pun, itu antara memori paling indah sepanjang berada di Mekah... Rezeki Allah pada saya... sebab saya dah tawakal je... kalau tak dapat tengok semi final ngan final World Cup... rupanya... ehm.. lebih pula yang saya dapat walaupun hanya menonton dari televisyen 30 inci..... bukan flat skrin pun...

Bila saya bercerita dekat `buah hati' saya, Encek German tentang saya menonton bola di Mekah.... dia terkejut ( Saya membayangkan dia menggeleng panjang dengan cerita.. saya itu) As he said to me... "well dear, i know how much you love the match...... but next time... please dear.... at least have more women with you okay...." 
Nasib baiklah dia tahu benar yang saya ni suka menonton bola.. peminat german... hi...hi... encek german... thank you for understanding ya...

Apa pun, keletah Kak Nor, Kak Ros dan Fitri.. memang melekat kejap di dalam jiwa saya.... ehm.. apa lagi ya yang belum saya kongsikan dengan kalian.... ehmmmmmmmmmmmm....

Friday, July 30, 2010

Sambung lagi ( 2 )

Salam..
Ada waktu sanggang yang tak seberapa. Untuk itu, saya sambungkan lagi catatan yang tak seberapa di bumi barakah tempohari. 
Usai sudah melakukan ibadah, kami di bawa berziarah di beberapa tempat di sekitar Mekah dan Madinah.

Berlatar belakang gunung gunung yang pernah menyaksikan Rasulullah cedera akibat perang.
Ehm.. ladang tamar.. tak boleh masuk sebab buahnya sedang ranum masak. Geram betul tengok buah kurma yang berduyun-duyun, segar di setiap pokok
Di Mekah... di antara dua pusat membeli belah yang sentiasa sibuk... termasuk burung-burung merpati.

Gunung Tsur... salah satu sejarah Islam pernah tercatat di sini di mana Rasullulah dan sahabta yang paling dipercayainya, Saidina Abu Bakar bersembunyi daripada orang kafir Quraish yang membunuhnya ( masih ingat cerita labah-labah dan burung merpati yang menutup pintu gua.... di sinilah tempatnya) . Di sini juga, tercatat sejarah di mana kaki Abu Bakar yang disengat kala jengking tatkala baginda menutup lubang gua. Hingga menitis air mata Rasullullah melihat sahabatnya itu menahan kesakita bisa kala jengking. Peristiwa ini juga memperlihatkan mukjizat Muhammad di mana air liurnya dan bacaan Al- Fatihah  menjadi penawar bisa binatang. perjalanan untuk sampai ke puncak... dua jam. Adeh.... tengok dari bawah je la ek...
Jabal Rahmah... Semua pasti tahu mengenai tempat bersejarah dan mustajab berdoa ini. Yang tak best mengenai tenpat ni... kotor sangat-sangat. Dengan taik unta.... adeh... harap-harap sangat yang pihak Saudi buat sesuatu mengenai tempat ni. Sayang kalau terus dibiarkan kotor dan tak terjaga di sini. Lagi satu, terlalu ramai peminta sedekah... Ehm......( sambil menggeleng kepala..)
Unta oh unta.... Saya kena gelak kaw kaw dengan Dhiya dan Kak Ros... Depa kata saya takut ngan unta ni.. dep akata muka saya cuak gila.... wa!!!!!!!! ya la kot.. Tapi kan,.. unta ni friendly... Cerita pasal susu unta.... yummy.. memang sedap.. rugi saya beli hanya sebotol... tak berbau langsung.... Sempat saya buat facial dengan saki baki air susu unta ni... memang fresh muka...
Dengan Kak Ros dan Dhiya di Ladang Unta... belakang tu.. padang pasir seluas saujana mata memandang.
Tinggalan Masjid Asal Hudaibiyah...
Semasa di akhir lawatan di Muzium Dua Masjid. Di sini, tersimpanya hampir semua tinggalan asal yang terdapat di MAsjid Nabawi dan mAsjidil Haram sepeti tiang dalam kaabah, Kelambu Kaabah, Pendakap Hajarul Aswad, Pintu Kaabah, Pintu Masjid Nabawi, dan sebagainya. Yang menarik mengenai muzium ini, untuk lawatan, ia perlu mendapat kebenaran daripada kerajaan Saudi. Dan lawatan pula, tidak akan bercampur dengan kumpulan lain. ( Jadi kalau kumpulan kita lambat menghabiskan lawatan, jadi kumpulan seterusnya terpaksa menunggu la di luar muzium hingga semua hali kumpulan sebelum itu keluar,..)
Tempat yang paling membuatkan hati saya tersentuh.... Gua Hira`. Mendaki selepas waktu Maghrib.... perjalanan ke gua ini, hampir satu jam... Dan sungguh mencabar kekuatan mental dan fizikal... dan sepanjang perjalanan itu, saya banyak berfikir dan berfikir.... Dan apabila tiba di puncak, memang hampir mengalir air mata saya... sayu.. sebak mengenangkan isi hati Rasullulah yang seumpama merajuk dengan penduduk Arab waktu itu... hingga membawa diri ke gua ini... Dan di sini juga, wahyu pertama diturunkan... memang bergetar hati ini......  Ya Allah...  Sempat saya bersolah Isyak dan sunat di sini. Dan sementara menunggu giliran kawan-kawan menunaikan solat ( sementelah ruang di dalam gua itu amat kecil.. hanya dua oran saja yang boleh masuk,) saya memerhatikan alam.. Subhanallah...  itu saja yang dapat saya ungkapkan....    


Itu saja untuk kali ini... insya allah... bersambung....

Tuesday, July 27, 2010

Alhamdulilah.................. Takkan Pernah Jauh

Masih ingat yang saya berjanji akan berkongsi berita gembira dengan kalian??? Nah.. ini dia.... 



Sinopsis: 
Harga: RM18.00
Halaman: 480
Penulis: Shanika Latisha
ISBN: 978-983-124-583-5

Sinopsis: NUR DYBA dan Shah Idham merupakan teman rapat di universiti. Takdir menemukan mereka dengan sepasang bayi kembar merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Menjaga si kembar secara bergilir-gilir telah memutikkan rasa cinta tanpa disedari. Masing-masing menyimpan perasaan, tetapi tidak berani untuk berterus terang. Belum sempat hubungan itu bertukar status, konflik mula melanda diri.

Hanya kerana satu rahsia yang terpaksa disingkap, Dyba kehilangan dua insan yang amat disayangi. Ketakutan menyebabkan dia membawa diri. Sementelah, dia juga memendam rasa akibat kecewa dengan sikap Shah yang tidak berani meluahkan kata cinta. Bertahun-tahun Shah nanar dengan perpisahan itu. Namun, kepulangan Dyba mengubah segala-galanya. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku, menyukarkan cinta mereka untuk bersatu. “Kita bagaikan mentari dan bulan... berjauhan, tetapi saling memerlukan.”

Dapatkan borang langganan:
http://www.alaf21.com.my/


Baby saya yang ke 4... Alhamdulilah.... saya suka covernya... dan untuk pembaca, jangan lupa dapatkan naskah anda dipasaran pada bulan Ogos nanti.... Insya Allah....

Dear Friends and editor.... terima kasih yang amat sangat.... muah....

Friday, July 23, 2010

Iklan jap....

Salam...

Saya kebuntuan.... sejak beberapa hari lepas... saya puas memikir... mencari-cari nama untuk hero saya yang akan datang...  aduh.. saya bab ini.. memang lemah... cukup lemah...

 Dan untuk itu, saya mohon pengunjung blog ini agar memberi idea pada saya... Insya Allah.. nama yang terpilih, akan mendapat saguhatinya dari saya.... justeru, sertakan nama anda, nama hero pilihan anda, alamat dan nombor telefon untuk saya hubungi sekiranya nama yang anda berikan, terpilih....

 Ehm................ hero.. hero....

p/s: tarikh tutup ialah 1 Ogos 2010.....

Thursday, July 22, 2010

Lagi.........

Salam....

Saya lanjutkan lagi kisah saya di bumi barakah ini...

Entah bagaimana hendak saya gambarkan suasan di Mekah, saya sendiri tidak pasti. Hiruk pikuk kenderaan bersama ratusa ( malah mungkin ribuan) jemaah yang bertali arus  di jalanan membuatkan ada ketikanya saya rimas sendiri.

Apa yang saya gambarkan kota mekah ini di dalam kotak fikiran saya, nyata jauh meleset. Boleh saya andaikan, kota ini tak ubah seperti di Bukit Bintang. Cuba membayangkan, Masjidil Haram itu letaknya di tengah-tengah Bukit Bintang... itulah yang saya rasa.

Dengan pesatnya kerajaan Saudi membangunkan dan menaik tarafkan hotel serta meluaskan jalan, saya kematian kata. Di mana-mana saja, hotel dibangunkan. Hinggakan hanya kuranghampir 10 meter dari perkarangan utama Masjidil Haram, Hotel mewah didirikan. ( entah mahu mengatakan subhanallah atau astafirullahalazim.... lihat sendiri... hakimi sendiri...)  Tak dapat tidak, hotel amat diperlukan. amat penting terutama apabila tibanya musim haji atau Ramadan.. namun, pada perkiraan saya, janganlah dibina hingga ke hadapan pintu masjid. Kan tak molek begitu... Malah, pembinaan Clock Tower yang betul-betul mengadap Masjidil Haram dari arah timur membuatkan saya berimiginasi sendiri... membayangkan bunyi loceng jam itu bersenada dengan azan.... ehmmmmmmmmm..  entah mana satu yang akan lebih mendominasi.... alahai... tunggu dan lihat sajalah.... 

Jalan raya utama yang tidak pernah sunyi dari kesesakan lalulintas.... Gara-gara semua pusat komersial ( di kiri kanan jalan) bertumpu di jalan utama ini...

Pembinaan Clock Tower yang makin berpenghujung. Ketika hari terakhir saya di sini, jam gergasi ini telah siap dipasang dengan sempurna. ( gambar ini diambil pada hari kedua tiba di Mekah)

Mekah alMukaramah yang berlatar belakangkan pembangunan pesat. Kren-kren dibelakang itu adalah untuk projek pembinaan hotel di belakang Masjidil Haram yang terletak kurang hampir 10-15 meter...

Yang saya bimbangkan, bandar ini akan menjadi bandar atau pusat pelancongan ibadah... seperti yang berlaku di Mumbai dan China. Orang melancong sambil melawat kuil dan tokong....

Ada yang bertanya, menangis tak apabila melihat pertama kali masjidil haram dan kaabah? Aduh.. sulit benar untuk saya menjawabnya....  terus terang ( ini saya sendiri ya..) pertama kali melihat masjidil haram dan kaadah... saya tidak menangis.. cuma terbit rasa kagum... tiada perasaan terharu atau sayu.... mungkin persekitaran dan waktu yang berkejaran ketika kami sampai, membuatkan saya berperasaan begitu....

Dan seperti kata orang-orang lama.. tak kenal.. tak cinta. Begitulah saya... Setelah masuk hari kedua, dan saya ingat lagi, selepas Asar...( yang kebetulan, Allah memberi izin kepada saya bersolat di dalam Hijir Ismail) saya menagis sepuas-puasnya apabila melihat kaabah... sungguh... perasaan sayu itu tiba di kala itu. benar-benar mengadap Kaabah... ketika itu, hati saya dipasak hiba yang amat sangat... mengingatkan timbunan amanah Allah yang saya olang olengkan... himpunan dosa yang saya lewati sejak diberi akal membezakan antara benar dan salah, saya hiba sendiri....

Apa pun.... banyak cerita yang saya titip sepanjang di bumi ini yang memberi pengajaran dan ada masanya, ia menjelmakan sikap dan perangai saya sendiri... Yang boleh saya katakan... Subhanallah...

Dan saya sambungkan nanti ya....... :)

p/s: saya menerima khabar berita gembira... dan insya allah, sedikit masa lagi, akan saya kongsikan dengan anda semua yang masih sudi menjengah blog ini....

Wednesday, July 21, 2010

Sambung lagi....

Salam...

Saya tinggalkan Bandar Yathrib dengan hati yang pelbagai perasaan..... Yang nyata, hati saya sebak... air mata mengalir deras tatkala mengaminkan doa wida pada Junjungan besar Rasulullah.... 

Saya memulakan perjalanan ke Mekah al Mukaramah dengan hati yang berdebar-debar. Apa tidaknya, perjalanan selepas Asar diiringi dengan pakaian ihram.... Huh.. saya akui.. detik hati ini tak pernah tenang sebaik saja mandi sunat umrah.... apatah lagi selepas berniat di Miqat Bir Ali yang terletak kuranghampir 15 minit perjalanan dari Madinah.

 Menikmati matahari terbenam berlatar belakangkan padang pasir... Subhanallah..

Dengan niat ihram, saya dan jemaah lain kini terikat erat dengan pantang larang ihram. menyusuri nikmat pantang larang... nyata ia cukup besar rahmatnya... Ikut akal logik, yang dipantangnya itu, bukan benda besar-besar pun... hanya harus jaga batas pergaulan suami isteri, rambut jangan dibiar luruh atau dicabut, jauhi segala bauan dan wangian... dan beberapa perkara lagi...  Anehkan... dilarangnya kita melakukan perkara rutin harian... Dan secara halus.. pantang larang itu mengajar kita jujur pada diri sendiri..... berdisiplin dan yang paling penting, kita kembali kepada fitrah....

Dan saya sendiri ( hingga kini apabila memikirkannya... saya tersenyum sendiri ) menjadi lebih `sopan santun' sebaik saja melafazkan niat ihram.... duduknya tertib... makan minumnya beralas ( sebab tidak mahu membuka telekung kerana dibimbangi akan ada rambut yang gugur...)...  pelik namun itulah yang mengajar saya....

Dengan perjalanan yang hampir kurang 5 jam... diperantaranya, kami singgah di satu tempat untuk mengalas perut. Ehm.. yummi... dijamu dengan nasi mandi.... memang lazat.. makan berdulang...  Dan setelah usai mengsisi perut, perjalanan kami diteruskan... bersama di dalam hati yang terus menerus melafaskan talbiah....



sebelum makan nasi  mandi....


Inilah nasi mandi tu... yummy..........

Tuesday, July 20, 2010

Hanya dia yang memungkinkan....

Dia mengalah kerana menganggap takdirnya begitu.... Membawa dirinya jauh selama bertahun-tahun, tanpa menyedari  ia merobek hati insan yang mencintainya dari jauh...

Dan selama waktu yang memisahkan.. Shah tegar menyimpan isi hatinya... Biarpun luka berdarah.... biarpun menunggu tanpa bernoktah... dia yakin, cintanya hanya untuk Dyba.... 

Sekeping gambar dan seutas rantai... tanpa sebarang niat... mula menguraikan isi hati antara uda dan dara itu. Bersulam dengan dendam dan cemburu yang dinamakan sahabat... mereka mula menganyam kembali tautan kasih walaupun sedar masa makin berpenghujung waktu....

Bagi Shah.... "Hanya dia yang mampu.... dari dulu hingga sekarang... mengisi sekeping hati ini..."
Ungkap Dyba...... " Andai dapat diulang masa itu... pastinya aku suruh kau halang aku dari pergi jauh...."

Monday, July 19, 2010

Madinah.... Negara Kekasih Allah...

Salam....

Saya sambungkan lagi momen indah tatkala berada di Madinah....

 Pemandangan waktu malam di Masjid Nabawi.... sebaik saja tiba di Madinah.. beberapa waktu sebelum Subuh...

Sepeti yang dicoretkan oleh Dhiya... memang kawalan di setiap pintu masuk ke dalam Masjid Rasulullah ini amat ketat... Pengalaman saya sendiri... telefon bimbit saya ditahan sementara... ha..ha... tak apalah.. gara-gara terlupa mahu menyorokkan benda tersebut....

Cerita Raudah....
Antara tempat paling mustajab berdoa ialah di Taman Surga ini... Raudah... terletak di antara Makam Rasullulah dan Mimbarnya, saya selalu mencuba nasib mendapatkan tempat di sini untuk berdoa... bersolat. Alhamdulilah.. saya dipermudahkan oleh Allah. Mendapat beberapa kali berdiam di Raudah tersebut.. memang sesuatu yang bernikmat.... bermunajat di situ dengan sepenuh hati membuatkan jerit perih berasak dan berebut amat berbaloi ( seperti kata Dhiya... kawasan dan masa untuk di sini amat terhad... justeru... memang kejadian bertolak, berasak dan sebagainya berlaku...)

 Di Raudah... saya amat berterima kasih pada Kak Nor.. dia yang memberi semangat dan peluang kepada saya bermunajat di taman Syurga tersebut dengan aman pada satu malam....

Tatkala itu.. memang bada sudah teramat letih namun melihat dia bersiap untuk ke masjid.. saya gagahkan juga mengikutnya.... dan Alhamdulilah.. letih dan lelah saya terbalas... Diberikan Allah pada saya ruang, masa dan kesempatan yang amat banyak untuk bersolat dan bermunajat di situ sepuasnya.... Dalam sesak manusia mencari ruang... saya dipermudahkan.... sesampai saya di Raudah... seolah ada satu laluan dan ruang bagi saya..... apa lagi.. dengan sujud syukur... saya berdiam dan bermunajat di situ... dan hinggalah pengawal di situ `menghalau' jemaah kerana ingin menutup ruangan Raudah tersebut... air mata saya berlinang.... Dan hanya Allah yang tahu air mata itu untuk apa dan siapa.....

---- sambung nanti... ----

Di sana.. hatiku tertinggal...

Alhamdulilah... perancanganNya jugalah yang terbaik... dan kerana jemputanNya.. saya tiba di negara Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW dengan selamat....

Ehm.. saya sendrii tak tahu dari mana hendak memulakan... selak-selak juga blog Dhiya Zafira ..... buntu juga.. tapi senyum masih tak lekang dari bibir saya tatkala membaca coretan Dhiya... Sebagaimana kawan saya itu merasakan... itu jugalah saya merasanya... ada gembira.. sebak... teruja... takut... gentar......


 Di hadapan Masjid Nabawi....

Tak banyak sikit... permulaan cerita saya dan Dhiya... tak jauh beza... berlepas dari Kuala Lumpur dan singgah di Bahrain selama hampir empat jam... banyak cerita yang tersemat di dada... Dan di sana juga, saya mula berkenalan dengan jemaah yang lain... dan hati terus bertaut indah dengan kak Nor, Kak Ti, Kak Ros dan yang lain-lain....

Apa pun.. hingga ke saat coretan ini hampir bernoktah... hati saya seolah-olah tertinggal di sana... Di Madinah... hati saya tenang... tenang yang tak dapat saya ungkapkan dengan perkataan... cuma hati saya yang hingga kini.... masih sebak meninggalkan negeri yang menempatkan junjungan besar umat Islam... Rasulullah SAW....

Di Mekah.... saya masih rindukan tawaf.. saie dan bergunting di sana... tak tertinggal... Kaabah yang masih dan terus membuatkan hati saya berdebar setiap kali melihatnya....


Dan doa saya hingga kini... moga Allah masih sudi menjemput saya ke sana lagi...


... bersambung.....

Wednesday, June 30, 2010

World Cup....

Selain daripada berkongsi ketinggian yang hampir sama ( ehm...  saya gak yang paling pendek...) kami juga ( saya... damya dan Hezzy) kaki bola..

Masing-masing ada team sendiri ( tak tahulah sebab apa.. player dia ka... game ka... apa ka..) Dan dengan demam bola sepak dunia yang melanda la ni... saya terkekek kekek sendiri bila berbicara dengan Hezzy tentang bola... ha..ha... well.. sembang bola bukan hanya untuk lelaki.. yup.. saya setuju....

Macam saya.. dari dulu... ( sejak kempen World Cup yang lepas-lepas) saya memang peminta setia Germany... ha..ha.. tak kira depa ni menang ka( saya sorak tinggi-tinggi walaupun memang hakikat tak cukup tinggi) kalah ka...( saya sorak jugak...) setia saya memang pada team ni...

Pasal apa.. saya sendiri tak tahu.. ( yang disebabkan Ballack.... Podolski atau Klose... itu tolak tepi... sebab saya lagi minat Oliver Kahn... x- keeper depa...)  

Rumah saya... kalu berkumpul tengok boal.. memang haru biru.. yelah.. sorang sokong Argentina.. sorang Brazil.. sorang lagi ( saya la tu...) Germany.... Mau tak gamat... walaupun negara tu lawan team lain.. memang kutuk mengutuk akan jadi.. ( hoo.ho.. saya selalu kutuk Brazil.. kik..kik.. sebab suka sangat tengok adik saya tu meradang...) wakakaka....

Apa pun.. saya harap sangat sangat team saya ni menang kempen world cup 2010 ni.. memang kebelasan utama team ni muda... tapi mereka ada skill masing-masing.... so Germany.. don't let me down okay... hik..hik...

Germany... Viel Glück....

Nr.          Name                       Date of Birth         Position             Clubs                                  Height

1       Manuel NEUER        27/03/1986               GK                   Schalke 04         (GER)        190
2      Marcell JANSEN      04/11/1985              MF                   Hamburger SV   (GER)         190
3     Arne FRIEDRICH      29/05/1979              DF                     Hertha Berlin (GER)               185
4     Dennis AOGO           14/01/1987              DF                     Hamburger  SV (GER)           184 
5     Serdar TASCI           24/04/1987              DF                      VfB Stuttgart (GER)                186
6     Sami KHEDIRA        04/04/1987             MF                       VfB Stuttgart (GER)             189
7     Bastian SCHWEINSTEIGER 01/08/1984 MF                      Bayern Munich (GER)            180
8     Mesut OEZIL           15/10/1988              MF                        Werder Bremen (GER)        182
9     Stefan KIESSLING  25/01/1984              FW                        Bayer Leverkusen (GER)       191
10   Lukas PODOLSKI   04/06/1985              FW                         FC Cologne (GER)              180
11   Miroslav KLOSE      09/06/1978              FW                         Bayern Munich (GER)           182
12   Tim WIESE              17/12/1981              GK                          Werder Bremen (GER)         193
13   Thomas MUELLER  13/09/1989              MF                         Bayern Munich (GER)           186
14   Holger BADSTUBER  13/03/1989           DF                         Bayern Munich (GER)          190
15   Piotr TROCHOWSKI  22/03/1984          MF                        Hamburger SV (GER)            168
16   Philipp LAHM             11/11/1983          DF                         Bayern Munich (GER)           170
17   Per MERTESACKER  29/09/1984          DF                          Werder Bremen (GER)           196
18  Toni KROOS                04/01/1990          MF                          Bayer Leverkusen (GER)       180
19  CACAU                       27/03/1981          FW                          VfB Stuttgart (GER)               180
20  Jerome BOATENG     03/09/1988          DF                           Hamburger SV (GER)            192
21  Marko MARIN           13/03/1989         MF                           Werder Bremen (GER)            169
22  Hans Joerg BUTT      28/05/1974         GK                           Bayern Munich (GER)            191
23  Mario GOMEZ          10/07/1985          FW                           Bayern Munich (GER)             189

Coach: Joachim LOEW (GER)

Tuesday, June 29, 2010

Layannnnnnnnn

Disebabkan saya tiada kawan untuk berlibur menonton wayang.... jadinya drama ini menjadi teman liburan saya... huh...huh...terlepas 2-3 episod namun.... saya rasa.. layannnnnnnnnnn je lah...

  
-
-
-
-


 
Kak Elee... mamat ni memang hensome.. dan memang patut cik abang akak jeles... wakakka... sebab saya pun menghadapi situasi yg sama....

pengumuman

Ada yang menegur.. tiba-tiba saja saya rajin menukil di blog ini... ha..ha.. saya sendiri pun tak tahu apa jawapannya... mungkin ada yang terpendam di dalam jiwa membuatkan saya rasa, blog ini menjadi penganti diari yang terbaik untuk meluahkan rasa hati...

Apa pun alasan... appa pun kata... apa pun sebabnya... saya tahu, saya senang di sini.... Ehm.. berkenaan tajuk N3.. ada pengumuman yang mahu saya buat... jeng..jeng.... 

Kepada semua yang mengenali saya.. tak kira kenalan, kawan, atau sahabat.... dengan segala rasa rendah hati, dengan rasa takzim... saya memohon ampun dan maaf seandainya ada kesilapan.. kesalahan yang terlanjur saya lakukan...  

Saya akan kepermergian barang seketika... pulangnya belum tentu.. mengikut  takdir dan ketentuan yang telah dilukiskan Allah pada saya... Andai jodoh pertemuan hanya setakat ini... bernoktah selepas ini... saya mohon.. dihalalkan segalanya...  

Saya sayangkan kalian....

Dia... lagi

Tiba-tiba.. saya jadi rindu sangat-sangat dengan seorang sahabat saya ni... sahabat saya yang cukup jauh untuk saya hubungi... hanya email menjadi perantara...

Mungkin keadaan saya yang sebegini... membuatkan saya mengharap.. menginginkan dia ada dekat dengan saya... Ha...ha... saya tahu.. kalau saya menelefon dia.. mengadu itu dan ini.. saya yakin dia tak berbelah bagi meminjamkan telinga untuk mendengar.... malah kalau perlu.. bahunya itu ( walaupun hakikatnya dia tu tiga kali ganda lebih tinggi dari saya... kih..kih...) akan dipinjamkan buat saya menyandar... menghilangkan segala lelah di dalam hati... ( tapi... angan jelah kan... bila mengenangkan bil yang harus saya bayar nanti.... tiket flight yang harus dia bayar nanti.... )

Wa!!!!!!!!!!  saya amat rindukan dia....

Monday, June 28, 2010

Dihargai....

Selepas 4 tahun bertungkus lumus.. akhirnya....

 -
 -
 -
 -



Anugerah dari UKM bagi artikel mengenai burung kelawar dan penyakit batu karang.... Alhamdulilah....

Selamat datang....

Buat anak buahku .... Adik.. buah hati pengarang sahabatku Badariah dan Zakry... selamat datang ke dunia ini pada 26 Jun 2010... moga hidup-hidup yang mendatang, Adik dilimpahi dengan curahan kasih sayang dan kebahagian selalu.. itu doa Mami Ika... muah............
p/s: sorry.. tak sempat ambik gambar sebab excited sangat.... huh.. huh... next time ek...

Ditinggalkan... meninggalkan????

Ada yang kata saya amat sibuk.. ada yang katakan takut nak hubungi saya .. nak ajak saya berlibur kerana menganggap saya sibuk...
Ehm... entahlah... saya akui memang sibuk tapi saya bukannya gila kerja ( walaupun ada ketikanya saya boleh beristana hinggap di pejabat hingga berembunkan jantan...)

Dan saya kira.. mungkin anggapan-anggapan yang dibuat itu.. saya telah ditinggalkan oleh rakan dan sahabat saya... bukan sekali.. bukan dua... tapi entahlah... mungkin saya ini membosankan hingga saya sering diterlupakan oleh sahabat dan rakan saya... ( tapi bila nak minta tolong.. uishhhhhhhhhh laju je mengingatkan saya... ( ha. nak kena pukul la tu.. ok.. saya tolong dengan niat Allah Taala.. Ikhlas... titik...)

 Ehm.... ada yang mengingatkan saya... kalau dah ada orang melupakan kita... itu tandanya kita dah tak ada value lagi padanya... jadi.. pandai-pandailah mengubah haluan... mencari arah yang baru.. cari kawan baru... ( saya tarik nafas dengan nasihat ini....)

 Ada benarnya nasihat kawan saya itu tapi tak berapa kena dengan diri saya... pertama.. ( yang saya kenal diri saya) saya memang tak ramai kawan yang boleh menjadi sahabat... jadi... sampai kini... memang hanya ada beberapa kerat yang saya masukkan dalam senarai `sahabat' saya... sebabnya... menjadi sahabat (mengikut konteks saya sendiri) perlu datang dari jiwa... perlu lahir dari persefahaman dan perbezaan yang menyempurnakan hubungan itu...

Kedua.... saya sendiri pelru masa untuk mempercayai seseorang.. hatta mereka yang bergelar perempuan.. gadis dan wanita (tambah la kan lelaki...)  justeru... nilai kepercayaan yang saya berikan kepada mereka yang di dalam senarai sahabat... memang tinggi.. ( yelah.. sementelah beberapa insiden dalam hidup saya yang ditipu... saya cukup serik memberi kepercayaan saya...) 
Yang lain lain.. biarlah saya sendiri yang tahu.. yang rasa... apa pun.. memang saya tertinggal jauh sekarang ini....